Jom la klik

!-- nuffnang -->

Ada ApaYang Awesome

Saturday 27 September 2014

Rindu Bertamu



Tak salah pun kita merindu, Aku tetap rinu walaupun ku tahu rindu ku tak akan berbalas. tiada lagi gelak tawa gurau senda kami anak beranak. ya allah terima kasih kerana titipkan rasa rindu ini dalam hati ku. rindu ini buat aku kuat, buat aku sedar betapa bernilainya sebuah kehidupan. Rindu ini juga buat aku sedar tentang hakikat kematian.terima kasih kerana pinjamkan seorang ibu yang sangat memahami, pandai masak dan penyayang.

Terima kasih YA ALLAH kerana 24 engkau pinjamkan ku seorang ibu yang sangat baik, kami ibarat kawan yang tiada rahsia. tuturnya tak pernah kami lupakan,senyumanya sentiasa dimata,suaranya sentiasa ditelinga. sedar tak sedar sudah 4 tahun ibu pergi tapi terasa seperti baru semalam dia tinggalkan kami. AL FATIHAH semoga mak tenang dan berbahagia disana. Insya Allah mak,kita akan bertemu disana.sambutlah kedatangan anakmu yang sangat merinduimu mak.

Abah, terima kasih sebab besarkan kami, cari rezeki siang malam nk besarkan kami. nak penuhi permintaan anak-anak dan isteri tersayang. YA ALLAH, terima kasih pinjamkan 28 tahun kepada ku seorang abah yang sangat menjagaku. abah tak pernah jentik pun walaupun aku nakal, sebaliknya dinasihatkan dengan penuh hemah. tuturnya sentiasa penuh dengan nasihat dan pesanan. AL FATIHAH untuk abah,moga tenanga dan bahagia disana. abah tunggu kami ya, kita jumpa disana nanti. segala amanah abah akan ku jaga sebaik mungkin.

YA ALLAH terima kasih untuk rindu ini, terima kasih atas segala pinjamanmu untuk kami, pinjaman yang sangat tak ternilai dengan harta dunia. tak pernah ku menyesal, meratapi kehilangan ini sebab hati ini sudah cukup redha dan sudah cukup faham tentang qada & qadar mu. sampai hujung nyawa aku tetap aku akan merindui



Hubungi saya dengan whatsapp/wechat/sms 013-5954808 Email : hayati1710@gmail.com https://www.facebook.com/IzatisShop https://www.facebook.com/pages/Pengedar-vitamin-Kuala-Ketil/632120276827757 These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

1 comment:

  1. Kasih sayang orangtua kepada kita tak kan putus sampai ke hujung nyawa mereka...sebagai anak kita harus senantiasa mendoakan mwreka agar berbahagia dunia dan akhirat. ....saya sayang parents saya....

    ReplyDelete