Jom la klik

!-- nuffnang -->

Ada ApaYang Awesome

Saturday 27 September 2014

Air Membantu untuk Kurus



SAYA NAK KURUS!!!


kalau nak kurus kena banyak minum air. apa kaitan kurus dengan air?


Ini adalah bukti kajian sains tentang kepentingan air kepada tubuh badan

Berbalik kepada topik kurus, memang air sangat menyumbang dan membantu kita untuk kurus. tapi pastikan air putih ya,bukan air manis atau air berkarbonat. kekurangan air dalam badan boleh membantutkan proses pelangsingan badan teruatamanya bagi anda yang memang dalam proses menurunkan berat badan.

Mengapa perlu minum banyak air untuk kurus?

Pernahkah anda mendengar "gemuk air". sebenarnya minum air dalam kuantiti yang banyak tidak boleh membuatkan anda gemuk,lemak sahaja yang buat anda gemuk. sebaliknya air sangat membantu kita daripada dehidrasi semasa proses diet.

Lemak akan mudah dicernakan dengan bantuan air dan air juga membantu meningkatkan kadar metabolisma badan.

Badan kita akan membakar lemak semasa proses diet, dan membuang segala toksin dalam badan. dalam proses ini air sangat berperanan besar untuk membantu proses penyingkiran toksin melalui sistem perkumuhan.

Alasan yang selalu diberikan apabila kita disaran banyak minum air adalah saya penat lah nak berulang-alik ketandas. sebenarnya itu adalah sihat, melalui pembuang air kecil dan air toksin juga dikelurkan dari dalam tubuh. berkurangnya kadar toksin akan membantu meningkatkan daya serapan nutrien.

Apabila anda kekurangan air anda akan cepat rasa letih,pengaliran darah tidak lancar dan otak kita juga kekurangan oksigen.

Air juga membantu otot supaya tidak kejang semasa kita bersenam

Disamping itu anda juga dinasihatkan supaya mengambil bekalan protein dan serat yang mencukupi. tetapi kurang air dalam badan juga akan membuatkan fungsi serat terbantut.

Ambil serat secukupnya,minum air secukupnya barulah kita tidak sembelit

Jom kita amalkan cara minum air yang betul

> 2 gelas air sebaik sahaja bangun tidur bagus untuk proses penghadaman
> 1 gelas air sebelum mandi membantu merendahkan tekanan darah 
> 1 gelas air sebelum tidur mengelakkan strok dan serangan jantung
> 1 gelas air sebelum makan membantu proses penghadaman

* orang dewasa digalakkan minum air kosong sekurang-kurangnya 3 liter sehari

Setiap pergerakkan atau aktiviti yang kita lakukan akan mengurangkan air dalam badan kita sebab itu kita perlu minum untuk menggantikan air yang hilang

Amalkan minum sebotol air mineral bersamaan 1 liter sebelum bersenam membantu anda berpeluh dan toksin akan dikeluarkan dari dalam badan melalui peluh

sangat mudah dan murah, hanya perlu disiplinkan diri dengan minum air secukupnya sahaja, insya allah berat akan akan turun dengan jayanya disamping mengamalkan suplimen tambahan, kawal diet harian dan bersenam.



klik pada imej untuk order sekiranya anda memiliki kad kredit @ kad debit


@


Hubungi saya dengan whatsapp/wechat/sms 013-5954808 
Email : hayati1710@gmail.com 
https://www.facebook.com/IzatisShop 
https://www.facebook.com/pages/Pengedar-vitamin-Kuala-Ketil/632120276827757 

These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

1 comment:

  1. Minum air kosong sejurus lepas bangun dari tidur memang banyak manfaat nya. Bagus info ni.

    ReplyDelete