Jom la klik

!-- nuffnang -->

Ada ApaYang Awesome

Sunday 14 September 2014

Ahmad Imran Ku Sayang

Pada hari isnin 20 Jun 2011, pada jam 8.04 pagi lahirlah Ahmad Imran bin Moh Izham. dua hari sebelum tu ibu dah masuk wad sebabnya Im (nama glemer untuk Imran) dah merajuk tak mau bergerak. mungkin sebab minggu-minggu sebelum tu ibu kena kerja overtime,makan tidur tak menentu. Im pun mesti penat kan,maaf ya sayang,ibu terpaksa. Alhamdulilah sepanjang mengandung tak mengidam yang pelik dan tak berperngai pelik-pelik.alahan pun xdak, suami ja yang alah..haha adil la kan.pakat rasa sorang sikit. Imran lahir ceaseran sebab Imran besar sangat,3.76kg ok,dengan keadaan ibu yang kecil molek ni ibu tak mampu nak normal delivered. tak apa macam mana pun ibu redha,janji anak ibu selamat.

tapi ibu tak boleh tengok lagi baby tembam ibu sebab Imran dah terberak dalam perut, so kena admit NICU..huhu sedihnya. keesokkan hari baru la ibu boleh tengok baby ibu, sayunya tengok anak yang dikandung 9 bulan dah ada depan mata,gembira tak terkata. Dalam pantang Im sangat la manja,nak beriba saja, ibu tidur sambil duduk meriba Im. dah lepas pantang baru Im ok,tidur pun mudah sangat, tak banyak karenah. Im membesar dengan sihat, Im dah pandai meniarap tapi Im tak merangkak..lompat satu step trus duduk pastu bangun berjalan.Im erjalan masa umur 9 bulan,tumbuh gigi masa umur setahun sebab Im pndai cakap cepat sangat, 10 bulan Im dah pandai panggil ibu ayah.

sekejap saja masa berlalu,sekarang Im dah 3 tahun. macam-macam la akal kan bila dah besar ni.manja tak payh cakap la, tambah-tambah lagi sekarng ibu WAHM,lagi la Im bertambah manja.tak nampak bayang ibu ja menangis macam kena cubit.hai la anak, walaupun Im selalu buat perangai yang ibu geram tapi ibu tetap sayang Im dunia akhirat. Im la harta ibu, perkembangan Im sekarang dah pandai mengira 1-10, ABC pun dah boleh tapi bila dipenhujung dah tungging langgang, baca doa makan dan doa tidur memang dah full hafal.alhamdulilah,tak pa Im belajar slow-slow ya sayang. sikit-sikit lama-lama jadi bukit.



LOVE YOU SAYANG!!!




Hubungi saya dengan whatsapp/wechat/sms 019-5954808
Email : hayati1710@gmail.com
https://www.facebook.com/IzatisShop
https://www.facebook.com/pages/Pengedar-vitamin-Kuala-Ketil/632120276827757

These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

1 comment:

  1. Tersentih baca citer akk..
    www.anakummicomel.blogspot.com

    ReplyDelete