Jom la klik

!-- nuffnang -->

Ada ApaYang Awesome

Saturday 13 September 2014

Rahsia Sebiji Epal

Saya pasti ramai yang menggemari epal tapi tidak ramai yang mengetahui khasiat epal. atau ada yang tak kenal epal? teruk sangat la kan kalau tak kenal epal. Ini lah rupa epal,yang kerap kita jumpa dekat Malaysia ni epal hijuan & merah saja. kalau dekat luar negara ada pelbagai jenis epal.




Mengapa kita perlu makan epal?

Terdapat pelbagai sebab mengapa kita perlu makan sekurang-kurangnya sebiji epal sehari. Terdapat satu kajian menyatakan sekiranya kita mengambil 5 biji epal seminggu dapat meningkatkan tahap kesihatan paru-paru ditahap yang sangat baik berbanding individu yang langsung tidak mengambil epal.

Sumber : http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp
y=2009&dt=0515&pub=Kosmo&sec=Pesona&pg=ps_02.htm

Menurut pakar pemakanan di Pusat Perubatan Prince Court, Kuala Lumpur, Tan Yeng Sing, epal menjadi kegemaran bukan sahaja kerana rasanya tetapi khasiatnya.
"Epal tidak mengandungi lemak, sebaliknya mempunyai kandungan nutrien dan serat termasuk antioksida yang meningkatkan prestasi badan dan kulit seseorang.
"Serat yang terdapat pada biji dan kulit epal membantu mengurangkan kekenyangan dan mencegah anda daripada makan berlebihan," katanya.
Tambah beliau, sebiji epal wajar diambil setengah jam atau satu jam sebelum anda menikmati hidangan utama setiap hari, iaitu antara makan tengah hari dan malam.
Dengan cara itu, kita mengurangkan hidangan yang diambil kerana kandungan serat sudah berupaya mengisi perut anda yang lapar.
Bercerita mengenai kelebihan buah epal merah, pigmen merah yang terdapat pada kulit buah tersebut mengandungi sejenis bahan yang dipanggil likopena.
"Ia adalah rahsia yang membuatkan buah epal sangat luar biasa. Bahan ini mempunyai pelbagai khasiat antioksida semula jadi yang baik untuk kesihatan badan.
"Selain antioksida yang berfungsi menjauhkan seseorang daripada serangan kanser kerana melawan radikal bebas dalam tubuh, likopena juga baik untuk mengurangkan risiko jantung.
"Likopena dikenal pasti membantu merendahkan paras kolesterol LDL (kolesterol jahat)," jelasnya sambil memberitahu epal merah mengandungi komponen likopena yang lebih tinggi sementara epal hijau mengandungi karotenoid.
Bagaimanapun, kajian menunjukkan epal sememangnya baik untuk mengurangkan risiko sakit jantung dan kanser, sekali gus mengurangkan kolesterol darah.
"Seperti kebanyakan buah, epal mengandungi vitamin C. Ia juga hos sebatian antioksida lain bagi mengurangkan risiko kanser dengan menghalang kerosakan deoksirinukleik (DNA).
"Kandungan seratnya membantu mengawal pergerakan usus dan merendahkan risiko kanser kolon," ujarnya.
Bagaimanapun, nasihat Yen Sing, elakkan pengambilan buah yang mempunyai warna yang sama setiap hari. Katanya, untuk mendapatkan diet yang ideal, kita seharusnya mempelbagaikan jenis buah-buahan dan juga warnanya, termasuk sayur-sayuran.
Justeru, pakar diet mengesyorkan pengambilan makanan daripada warna-warna pelangi. Cara tersebut bukan sahaja baik untuk kesihatan badan, malah membantu kita mendapatkan pemakanan yang seimbang.
"Amalkan pengambilan buah-buahan yang segar seperti epal, strawberi, oren, kiwi dan salad berbanding buah-buahan atau pemakanan yang telah diproses," kata Yen Sing.
 Kesimpulannya kita perlu pelbagaikan diet harian kita,ambil buah yang pelbagai dan berwarna-warni  kerana setiap warna asli bauh memmpunyai khasiat tersendiri. Saya sendri pun sangat menggemari jus epal, tiap-tiap hari minum pun tak jemu. mulai dari hari ini marilah kita sama-sama mengamalkan pengambilan SEHARI SEBIJI EPAL.




Hubungi saya dengan whatsapp/wechat/sms 019-5954808 
Email : hayati1710@gmail.com 
https://www.facebook.com/IzatisShop 
https://www.facebook.com/pages/Pengedar-vitamin-Kuala-Ketil/632120276827757

These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

0 comments:

Post a Comment