Jom la klik

!-- nuffnang -->

Ada ApaYang Awesome

Wednesday, 24 September 2014

Delima Baik untuk Jantung

Buah delima sangat tinggi antioksidan yang berfungsi untuk melawan radikal bebas. Kajian juga menunjukkan buah delima mengandungi tiga kali lebih tinggi kandungan antioksidan berbanding anggur merah.


Buah Delima

Malah kandungan antioksidannya juga lebih baik dari buah beri biru,kranberi dan oren serta kandungan polifenol dalam buah delima juga adalah lebih tinggi.

Buah delima dapat melindungi jantung. Berdasarkan kajian Proceeding of National Academy of Sciences, jus buah delima dapat mencegah pengerasan arteri, serangan jantung dan stroke.

Buah delima menghalang plak-plak daripada terlekat di arteri dan menyebabkan arteri tersumbat dan juga membantu menyahkan tompokan-tompokan plak yang sudah lama melekat pada dinding arteri.
Buah delima juga dapat menurunkan paras kolestrol jahat (LDL) dan meningkat kadar kolestrol baik (LDL) dalam badan manusia.

Sekarang ini saya lihat dimana-mana pasar tani memang banyak sangat buah delima dijual. apa lagi, sementara bekalan buah delima yang banyak jom lah kita beli buat stok. boleh buat jus,jadikan bahan tambahan dalam salad. baut jus pun boleh lepas tu kita frozenkan, bila nak mnum cairkan sahaja.

buah delima ini bukan sahaja isinya yang berkhasiat,kulitnya pun ada khasiat, kulit delima dijemur kering dan boleh disimpan berbulan-bulan lamanya, dijadikan ubat cirit-birit. ambil sekping kulit delima yang dikeringkan, rendam dalam secawan air panas dan tutup, bila air dah sejuk boleh la diminum. Insya allah berkesan. Selamat Mencuba!!!



Hubungi saya dengan whatsapp/wechat/sms 013-5954808 Email : hayati1710@gmail.com https://www.facebook.com/IzatisShop https://www.facebook.com/pages/Pengedar-vitamin-Kuala-Ketil/632120276827757 These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Related Posts:

  • Petua kempiskan PerutPerut kempis pinggang ramping memang idaman setiap wanita la kan. lelaki pun suka pandang perempuan cantik saja kan. tak boleh nak salahkan lelaki,lumrah manusia memang suka tengok keindahan kecantikkan. kita wanita pun suka … Read More
  • Cekur Penawar Pelbagai Penyakit Cekur adalah tumbuhan yang tergolong dalam kategori halia. Pohonnya terdiri daripada dau hingga lima daun tebal yang berbentuk bujur telur, bunganya pula berwarna putih keunguan. Cekur membiak melalui ubinya dan temp… Read More
  • Delima Baik untuk JantungBuah delima sangat tinggi antioksidan yang berfungsi untuk melawan radikal bebas. Kajian juga menunjukkan buah delima mengandungi tiga kali lebih tinggi kandungan antioksidan berbanding anggur merah. Buah Delima Malah k… Read More
  • Buah Naga Pelik Tapi Banyak Khasiat Buah nagan bukan sahaja mempunyai fizikal yang pelik dan mempunyai dua warna, jenis yang isinya putih dan satu lagi yang jenis isinya merah terang. boleh dijadikan pewarna semulajadi dalam makanan. Berasal dari Amerik… Read More
  • Petua Menghilangkan Bau Badan Masalah bau badan sebenarnya dapat diatasi dengan beberapa langkah mudah termasuk : # Gosokkan ketiak dengan hirisan limau.gosok perlahan ya,gosok kuat nanti pedih. # Boleh juga diperah air limau tersebut dan dicampu… Read More

0 comments:

Post a Comment