Jom la klik

!-- nuffnang -->

Ada ApaYang Awesome

Wednesday 3 September 2014

Kenali Diet Anda

Diet bukan brrmaksud kita tak makan langsung,boleh makan tapi kita perlu mengambil makanan yang seimbang iaitu mengambil 55-60% karbohidrat,15-20% protein dan 30% lemak.Baru lah kita akan dapat berat badan yang ideal dan selamat. janji membuta tuli sahaja diet,penghujungnya kita dapat gastrik,tekanan darah rendah.dah masalah lain pula bertambah. terdapat 3 jenis diet yang kita akan bincangkan kali ini iaitu diet makanan mentah ( raw diet ), diet sayur-sayuran ( vegetarian diet ), diet paleo. jom saya terangkan satu persatu.

1. Raw diet
diet makanan mentah terdiri daripada 3 kategori.

- mengambil semua makanan dalam keadaan mentah termasuk sayuran,buah,kacang,daging mentah dan ikan mentah

- hanya mengamalkan jenis makanan tertentu seperti buah-buahan dan sayuran mentah tetapi tidak mengambil daging dan ikan.

- hanya memakan sayuran hijau,buah-buahan, kekacang dan bijirin yang mentah.mengambil daging dan ikan yang dimasak.

2. Vegetarian diet
Dikenali juga dengan nama diet vegen, terbahagi kepada 3 iaitu

-lakto-ovo yang mengambil telur,produk tenusu,dan sumber tumbuhan.

- lakto, mengambil produk tenusu dan tumbuh-tumbuhan.

- vegans, hanya mengambil makanan daripada sumber tumbuh-tumbuhan sahaja (tidak mengambil telur dan produk tenusu).

*masalah yang sering dihadapi oleh pengamal diet vegetarian
- kurang zat besi
- kurang kalsium dan vitamin D jika susu dan produk tenusu dikecualikan dalam diet mereka
- kurang vitamin B12 & zink
- kurang protein

3.Paleo diet
paling jarang diamalkan, ia merupakan diet ala nenek moyang kita dahulu. juga dikenali dengan nama Caveman Diet.

- mereka tidak mengambil segala jenis nasi,gandum mahupun kentang.

- banyak mengambil makanan dari.sumber protein

- tidak menggunakan garam dalam semua hidangan yang diambil

kesimpulannya,jika anda mahu berdiet,dapatkan nasihat doktor terlebih dahulu dan buat pemeriksaan kesihatan sebelum mengikuti sesuatu program diet.

posted from Bloggeroid

1 comment:

  1. diet ni kalau betul2 nekad insyallah memang akan jadi..tp selalnya ramai yang kecudang dulu...

    ReplyDelete