Jom la klik

!-- nuffnang -->

Ada ApaYang Awesome

Thursday 2 July 2015

Vitamin Shaklee Bantu Kurangkan Alahan


Ada ka vitamin yang boleh bantu kurangkan alahan?, jawapannya mestilah ada. kehamilan kali ni saya memang amalkan shaklee dari awal lagi. sebab dah jatuh cinta la katakan.

Pengambilan vitamin B6, B9, B3 dan B12 dikatakan dapat membantu mengurangkan alahan ibu hamil. Banyaknya vitamin B yang nak kena ambil. Jangan risau, shaklee dah formulasikan kesemua vitamin B yang diperlukan oleh ibu hamil dalam satu tablet sahaja.




Amalkan sebiji sehari insya allah loya akan berkurangan, badan pun sihat, menguatkan antibodi badan, mencegah stress dan mencegah anemia yang kebanyakkan wanita hamil mengalaminya. vitamin b-complex juga membnatu pertubuhan bayi dalam kandungan diawal usia kehamilan.

Jadi jangan malas-malas nak telan b-complex ni tau, bukan untuk ibu semata-mata. juga untuk bayi anda. berikan yang terbaik untuk bayi anda sejak dari dalam kandungan lagi.

Bulan ni promo besar-besaran vitamin b-complex ni tau. nak tahu apa yang menarik jom PM saya, kita bincang lebih lanjut.




Hubungi saya dengan whatsapp/wechat/sms 013-5954808

These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Atasi Alahan Semasa Mengandung Secara Semulajadi






Morning sickness @ alahan semasa mengandung, kalau yang sihat ja sepanjang 9 bulan mengandung alhamdulilah syukur pada Allah, bagi yang ada alahan pun syukur alhamdulilah, Allah nak uji kita pelbagai cara,moga bertambah pahal berkat kesabaran melayan alahan..hihi.


Jom-jom kita baca serba sediki perkongsian cara atasi alahan semasa mengandung secara semulajadi.

Petua

1. Makan sikit tetapi kerap. jangan biarkan perut kosong, bila perut kosong kita kan bertambah loya. jadi makanlah walaupun sedikit. makan makan yang sihat, bukan 'junk food'.

2. Makanan sihat. Amalkan memakan makan yang sihat, Elakkan makan makanan yang terlalu pedas, berasid dan makanan yang berminyak. Amalkan makan yang tinggi protein.

3. Pastikan snek ringan sentiasa ada. pastikan snek yang sihat ya seperti biskut gandum, buah-buahan dan kekacang.

4. Minum air yang mencukupi. ya saya akui memang susah nak minum air tapi kena paksa juga untuk minum. minum sedikit demi sedikit tapi kerap minum.

5. Rehat yang secukupnya. Jangan stress, dapatkan rehat yang secukupnya supaya dapat membantu kurangkan masalah pening dan mabuk anda.

6. Amalkan pengambilan lemon. Anda boleh hiris lemon dan hidu baunya, atau boleh letakkan hirisan lemon didalam air minuman anda. Insya allah akan bantu mengurangkan rasa loya.

Itulah serba sedikit perkongsian dari saya tentang tips-tips nak lawan rasa loya. memang bukan mudah tapi kita wanita ni memang diciptakan cukup kuat untuk hadapi semua ni. jadi, saya layankan saja sambil zikir moga allah permudahkan saya ketika proses kelahiran nanti, insya allah.

SELAMAT MENCUBA YA !!!

Hubungi saya dengan whatsapp/sms 013-5954808

These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Wednesday 1 July 2015

Alahan Semasa Mengandung

Hamil kali kedua, memang dah lama saya nantikan. Ya la,anak sulung dah 3 tahun lebih boleh sangat dah jadi abang besar. Anak sulung saya lelaki, Ahmad Imran namanya


Bila dah sah hamil yang kedua ni timbul pulak pertanyaan dah scan ke belum?, lelaki @ perempuan?
Saya tak kisah samada lelaki @ perempuan, saya terima dengan hati terbuka, saya mintak selamat ja ibu dan anak.

Berbalik pada cerita alahan semasa mengandung, kehamilan pertama memang langsung tak ada alahan. Alahan tu pergi pada suami, dia yang demam2,muntah tak lalu nak makan. Tpi yang kedua ni saya merasa la nikmatnya alahan tu.

Saya tak boleh nasi, orang malaysia tak boleh makan nasi memang merisaukan. Tapi nak buat macam mana,bukan saya sengaja. tak boleh makan nasi, saya makan la mee, bihun,roti. Apa-apa saja janji buka nasi. Kalau makan nasi mesti muntah,jangan kata makan, sebut nasi pun dah muntah. Allah nikmatnya, besar pahal ibu mengandung ni kan. banyak-banyak bersabar ya.

Yang paling best mengandung kali ni sebabnya dah kenal shaklee, jadi bila rasa loya pening tu saya elakkan makan asam jeruk. Saya gantikan dengan Peppermint ginger plus, perut pun selesa tak rasa loya. Angin dalam badan pun mudah keluar. Sangat membantu saya ketika alahan.



Inilah teman baik sentisa dihati saya semasa saya tempuh fasa alahan. Memang super power. selamat pada ibu mengandung dan menyusu. Yang mana badan banyak angin tu pun sesuai amalkan peppermint ginger plus ni.

Nak tahu super power atau tak kena la cuba. Nak cuba cari la saya.





Hubungi saya dengan whatsapp/sms 013-5954808

These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Blog Saya Tukar Nama

Tukar lagi?? ... bukan lah nak kata tak tetap pendirian tapi itulah sebab saya mulakan bisnes shaklee ni dengan nama izatishop, jadi kalau boleh memang nak kekal dengan izatishop. Alhamdulilah akhirnya saya dapat juga nama ni, berkat second baby kot.

Kaku pula nak bercorat coret dekat blog sebabnya dah lama blog ni bersawang, salah diri sendiri tau, bukan salah hormon mengandung.

Hari baik bulan baik ni saya nak hidupkan semula kedai maya saya ni. Salah satu sebabnya adalah dalam keadaan bersawang pun saya masih dapat sale dari blog. realiti apakah ini, maksudnya dunia dah sangat moden,semua dihujung jari.nak beli apa pun main google ja. Alhamdulilah masih ada yang pandang blog saya. Terima kasih ya pelanggan.

Jadi marilah merajinkan diri ketahap 300% untuk update blog setiap hari. Insya allah azam ni akan kekal. kuatkan semangat ya HAYATI!!!.