Jom la klik

!-- nuffnang -->

Ada ApaYang Awesome

Wednesday 23 December 2015

milk booster..perlu ka?

A big question...pada saya kadang-kadang perlu,kadang-kadang tak perlu. kenapa pulak dah saya cakap macam tu. pendapat saya sendiri, bila tubuh badan saya sihat, automatik susu pun banyak, melimpah ruah la ceritanya.

Bila saya dalam fasa tak sihat, susu drop sikit so saya akan topup dengan suplimen yang boleh bantu saya kembali bertenaga. saya percaya pada konsep demand and supply. kena kerap menyusukan bayi dan pump secara konsisten.

Bila badan tak sihat, saya akan ambil suplimen untuk kembali sihat, saya tak mengharapkan suplimen yang saya makan tu boleh banyakkan susu, saya mengharapkan badan saya sihat dan dapat memenuhi konsep demand and supply.

saya harap terjawab la persoalan samada milk booster tu perlu atau tak perlu. pusing la macam mana pun, makan la apa pun tapi kalau kita tak ikut konsep demand and supply tu, susu tetap tak kan meriah.

saya ni mak anak dua tapi first timer kalau bab penyusuan susu ibu.masa anak sulung saya tak dak ilmu, dan mind set saya pun negative ja kalau bab susu badan. rugi kan?.. so untuk anak kedua ni memang saya belajar, cari ilmu, bagitau husband tentang niat saya nak menyusukan faris. alhamdulilah dia sangat menyokong.

Menyusu perlukan kekuatan mental, sokongan yang positif dari orang sekeliling. kenapa pulak perlu kekuatan mental? ya sanga perlu sebab kita bangun malam menyusu anak, suami nak tolong apanya, susu tak payah bancuh pun, lepas menyusu nak kena pump,buat power pumping. kalau ttak tahan memang surrender la.. bagi susu formula lagi senang, ibu tidur ayah boleh tolong bancuh susu.

Tapi jangan la fikir macam tu, kesian anak. kita menafikan hak anak, sedangkan dalam al-quran pun menggalakkan anak menyusu sehingga 2 tahun jika mampu. Jadi susu kan lah anak dengan seikhlas hati, in sya allah allah akan mudahkan kita.

Berbalik kepada milk booster, ada yang cakap vitamin tak bagus, kita kena makan makanan sunnah baru la susu banyak. jangan cepat sangat jatuhkan hukum. vitamin pun bagus, makanan sunnah pun bagus. makanlah makanan yang berkhasiat supaya susu yang disalurkan kat anak pun berkhasiat.

Elakkan makanan segera, sebab terlalu banyak perasa dan bahan pengawet yang tak bagus untuk susu ibu. sekali sekala tak pa la, jangan la makan setiap hari. kalau boleh banyakkan makan sayur dan buah-buahan, minum banyak air kosong.

Hasilnya susu akan banyak dan pekat dan mengenyagkan bayi anda. suplimen hanya alat untuk bantu anda sihat dan bertenaga dan bersedia untuk menyusu.

mai nak tanyang sikit suplimen yang saya amalkan


Jika berminat nak amalkan boleh hubungi saya, no phone dah bagi dah tu..sila save ya dan harga dijamin terbaik =)




Hubungi saya dengan whatsapp/wechat/sms 013-5954808 Email : hayati1710@gmail.com https://www.facebook.com/IzatisShop https://www.facebook.com/pages/Pengedar-vitamin-Kuala-Ketil/632120276827757 These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Wednesday 16 December 2015

Tak lalu nak makan ikan haruan

Ikan haruan @ orang kedah selalu sebut ikan darat. tapi ikan ni bukan dok atas darat tau. macam mana istilah tu wujud jangan ditanya ya.

Tak semua orang berselera nak makan ikan ni sebab bau hanyir. tapi khasiatnya sangat banyak dan bagus untuk orang lepas pembedahan. pengalaman saya sendiri, dah dua kali bersalin dengan kaedah ceaseran memang saya makan ikan haruan. saya memang suka ikan haruan jadi tak jadi masalah lah untuk saya.

Kalau tak lalu nak makan ikan haruan ni macam mana? ada juga petua orang tua-tua, ambil lendir ikan haruan ni dan sapu pada tempat luka. tapi kena tahan bau la kan.

Nak lagi mudah makan ja zinc complex shaklee senang cerita. khasiat zinc untuk penyembuhan luka dalaman dan luaran memang dah terbukti.

saya sendiri amalkan zinc complex semasa berpantang anak kedua. anak first dulu saya tak kenal lagi shaklee. anak kedua ni saya dah jatuh cinta dengan shaklee jadi set berpantang shaklee la jadi pilihan hati.

kesan yang saya dapat rasa bila makan zinc complex ni, luka saya cepat sembuh, tak sampai seminggu luka dah kering cantik, rambut tak gugur tahap kronik. yang paling penting susu tetap banyak, tak memberi kesan sampingan pada bayi. 




Hubungi saya dengan whatsapp/wechat/sms 013-5954808 Email : hayati1710@gmail.com https://www.facebook.com/IzatisShop https://www.facebook.com/pages/Pengedar-vitamin-Kuala-Ketil/632120276827757 These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Wednesday 9 December 2015

Rambut gugur lepas bersalin



Rambut gugur lepas bersalin memang ngeri la weiii..sekali sikat berduyun2 gugur.
kumpul punya kumpul dapat segumpal sekali sikat,sehari 3 kali sikat dapat 3 gumpal,cukup sebulan botak.

saya pun mengalami masalah tu sekarang. seram woo nak sikat rambut. kadang2 tu sehari rasa tak mau sikat rambut. tapi tak boleh la kan/lari la suami kalau isteri tak sikat rambut.kalah hantu kak limah.

apa saya buat? tak mungkin la nak biar rambut yang ikal mayang ni gugur botak kan. walaupun bertudung rambut tetap mahkota kita sebagai wanita. untuk tatapan suami tercinta, tak gitu?
jadi kakak2, adik2 jangan la biar ja rambut gugur, dah botak baru nak cari penawar memang gigit jari la.

saya amalkan ESP, zinc complex dan b-complex. alhamdulilah dah sebulan rambut makin kurang dah gugur. nak cuba?,, jemput la PM kakti_jual_vitamin ya.




Hubungi saya dengan whatsapp/wechat/sms 013-5954808 Email : hayati1710@gmail.com https://www.facebook.com/IzatisShop https://www.facebook.com/pages/Pengedar-vitamin-Kuala-Ketil/632120276827757 These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Thursday 2 July 2015

Vitamin Shaklee Bantu Kurangkan Alahan


Ada ka vitamin yang boleh bantu kurangkan alahan?, jawapannya mestilah ada. kehamilan kali ni saya memang amalkan shaklee dari awal lagi. sebab dah jatuh cinta la katakan.

Pengambilan vitamin B6, B9, B3 dan B12 dikatakan dapat membantu mengurangkan alahan ibu hamil. Banyaknya vitamin B yang nak kena ambil. Jangan risau, shaklee dah formulasikan kesemua vitamin B yang diperlukan oleh ibu hamil dalam satu tablet sahaja.




Amalkan sebiji sehari insya allah loya akan berkurangan, badan pun sihat, menguatkan antibodi badan, mencegah stress dan mencegah anemia yang kebanyakkan wanita hamil mengalaminya. vitamin b-complex juga membnatu pertubuhan bayi dalam kandungan diawal usia kehamilan.

Jadi jangan malas-malas nak telan b-complex ni tau, bukan untuk ibu semata-mata. juga untuk bayi anda. berikan yang terbaik untuk bayi anda sejak dari dalam kandungan lagi.

Bulan ni promo besar-besaran vitamin b-complex ni tau. nak tahu apa yang menarik jom PM saya, kita bincang lebih lanjut.




Hubungi saya dengan whatsapp/wechat/sms 013-5954808

These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Atasi Alahan Semasa Mengandung Secara Semulajadi






Morning sickness @ alahan semasa mengandung, kalau yang sihat ja sepanjang 9 bulan mengandung alhamdulilah syukur pada Allah, bagi yang ada alahan pun syukur alhamdulilah, Allah nak uji kita pelbagai cara,moga bertambah pahal berkat kesabaran melayan alahan..hihi.


Jom-jom kita baca serba sediki perkongsian cara atasi alahan semasa mengandung secara semulajadi.

Petua

1. Makan sikit tetapi kerap. jangan biarkan perut kosong, bila perut kosong kita kan bertambah loya. jadi makanlah walaupun sedikit. makan makan yang sihat, bukan 'junk food'.

2. Makanan sihat. Amalkan memakan makan yang sihat, Elakkan makan makanan yang terlalu pedas, berasid dan makanan yang berminyak. Amalkan makan yang tinggi protein.

3. Pastikan snek ringan sentiasa ada. pastikan snek yang sihat ya seperti biskut gandum, buah-buahan dan kekacang.

4. Minum air yang mencukupi. ya saya akui memang susah nak minum air tapi kena paksa juga untuk minum. minum sedikit demi sedikit tapi kerap minum.

5. Rehat yang secukupnya. Jangan stress, dapatkan rehat yang secukupnya supaya dapat membantu kurangkan masalah pening dan mabuk anda.

6. Amalkan pengambilan lemon. Anda boleh hiris lemon dan hidu baunya, atau boleh letakkan hirisan lemon didalam air minuman anda. Insya allah akan bantu mengurangkan rasa loya.

Itulah serba sedikit perkongsian dari saya tentang tips-tips nak lawan rasa loya. memang bukan mudah tapi kita wanita ni memang diciptakan cukup kuat untuk hadapi semua ni. jadi, saya layankan saja sambil zikir moga allah permudahkan saya ketika proses kelahiran nanti, insya allah.

SELAMAT MENCUBA YA !!!

Hubungi saya dengan whatsapp/sms 013-5954808

These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Wednesday 1 July 2015

Alahan Semasa Mengandung

Hamil kali kedua, memang dah lama saya nantikan. Ya la,anak sulung dah 3 tahun lebih boleh sangat dah jadi abang besar. Anak sulung saya lelaki, Ahmad Imran namanya


Bila dah sah hamil yang kedua ni timbul pulak pertanyaan dah scan ke belum?, lelaki @ perempuan?
Saya tak kisah samada lelaki @ perempuan, saya terima dengan hati terbuka, saya mintak selamat ja ibu dan anak.

Berbalik pada cerita alahan semasa mengandung, kehamilan pertama memang langsung tak ada alahan. Alahan tu pergi pada suami, dia yang demam2,muntah tak lalu nak makan. Tpi yang kedua ni saya merasa la nikmatnya alahan tu.

Saya tak boleh nasi, orang malaysia tak boleh makan nasi memang merisaukan. Tapi nak buat macam mana,bukan saya sengaja. tak boleh makan nasi, saya makan la mee, bihun,roti. Apa-apa saja janji buka nasi. Kalau makan nasi mesti muntah,jangan kata makan, sebut nasi pun dah muntah. Allah nikmatnya, besar pahal ibu mengandung ni kan. banyak-banyak bersabar ya.

Yang paling best mengandung kali ni sebabnya dah kenal shaklee, jadi bila rasa loya pening tu saya elakkan makan asam jeruk. Saya gantikan dengan Peppermint ginger plus, perut pun selesa tak rasa loya. Angin dalam badan pun mudah keluar. Sangat membantu saya ketika alahan.



Inilah teman baik sentisa dihati saya semasa saya tempuh fasa alahan. Memang super power. selamat pada ibu mengandung dan menyusu. Yang mana badan banyak angin tu pun sesuai amalkan peppermint ginger plus ni.

Nak tahu super power atau tak kena la cuba. Nak cuba cari la saya.





Hubungi saya dengan whatsapp/sms 013-5954808

These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Blog Saya Tukar Nama

Tukar lagi?? ... bukan lah nak kata tak tetap pendirian tapi itulah sebab saya mulakan bisnes shaklee ni dengan nama izatishop, jadi kalau boleh memang nak kekal dengan izatishop. Alhamdulilah akhirnya saya dapat juga nama ni, berkat second baby kot.

Kaku pula nak bercorat coret dekat blog sebabnya dah lama blog ni bersawang, salah diri sendiri tau, bukan salah hormon mengandung.

Hari baik bulan baik ni saya nak hidupkan semula kedai maya saya ni. Salah satu sebabnya adalah dalam keadaan bersawang pun saya masih dapat sale dari blog. realiti apakah ini, maksudnya dunia dah sangat moden,semua dihujung jari.nak beli apa pun main google ja. Alhamdulilah masih ada yang pandang blog saya. Terima kasih ya pelanggan.

Jadi marilah merajinkan diri ketahap 300% untuk update blog setiap hari. Insya allah azam ni akan kekal. kuatkan semangat ya HAYATI!!!.













Thursday 19 March 2015

Susahnya Nak Kurus Lepas Bersalin...Macam-macam Dah cuba!!!


Bukan senang nak senang dan bukan susah nak susah. Itulah yang boleh saya kaitkan dengan masalah susahnya nak kurus lepas bersalin.

Saya terpanggil juga untuk share video ni sebab saya dlu pun mengalami masalah yang lebih kurang sama. Alhamdulilah berat saya turun lepas melahirkan Ahmad Imran. tapi setahun lepas tu badan saya macam kena pam, bila dah pam jadi la belon.

Sangat merisaukan sebab bila badan dah membesar sekaligus berlaku pembaziran, baju seluar semua nak kena beli baru. Tak boleh dibiarkan ni. Saya google dan tanya pendapat kawan-kawan. Akhirnya terjatuh cinta dengan Shaklee. Bincang dengan suami, dia peun bersetuju saya amalkan shaklee sebab selamat katanya.

Bermula dari situlah jatuh cintanya saya pada shaklee. Itulah Shaklee Effect saya. Insya allah lepas melahirkan anak kedua nanti pun saya berazam akan kurus dan sihat juga. Pilihan saya tentulah set slimming dan set menyusu shaklee.




Kurus Selepas Bersalin Sampai Turun 20kg! Wow! from iReach HD on Vimeo.

Berbeza sikit dengan akak ni, saya dulu ambil cinch shake mix, alfalfa, lechitin. Saya boleh ambil cinch shake sebab saya tak menyusukan anak saya.Tapi sejak tahun lepas saya dah mencuba Esp sebab nak hamil lagi. Alhamdulialh ikhtiar saya berhasil, saya hamil dan sehingga sekarang diusia kandungan 5 bulan saya masih mengamalkan Esp.

Azam tahun baru juga ni, saya nak menyusukan anak kedua saya hingga dua tahun. Nak jadi macam akak ni. Siap ada anak susuan lagi. Hebatnya dia, murah rezeki. Dengan Esp ni juga bukan susu ja boleh banyak, badan pun boleh kurus dan buat kita kenyang, "replace meal". Tapi diet apa pun mesti kena disiplin.

Tips nak Kurus

1. Menyusukan anak sepenuhnya (bagi yang dah berkahwin dan ada anak)
2. Minum air banyak-banyak (air tanpa kalori)
3. Jaga pengambilan kalori
4. Amalkan mengambil makanan yang kaya dengan nutrisi seimbang

Akak ni boleh kita pun mesti boleh! Jom sama-sama jaga kesihatan untuk orang yang tersayang.

These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Saturday 14 March 2015

Banyak Betul Promosi Shaklee Untuk Bulan Mac 2015






Semua produk tersebut tersangat lah best. Setiap satu punya khasiat tersendiri, yang palins saya suka sangat adalah ESP dan ZINC Complex. sejak saya mengamalkan kedua-du produk tersebut kulit saya memang dah kurang alergik. Keguguran rambut?, dah memang kurang, kalau sebelum mengamalkan esp dan zinc nai seram saya nak sikat rambut.





Macam ni la keadaan setiap kali menyikat rambut, dalam sehari bukan sekali ja sikat rambut. kalau 3 kali sehari macam ni mau botak kepala. Tapi tidak lagi lepas mengamalkan esp dan zinc. Rambut pun dah kembali sihat dan cepat panjang.

Jadi bagi mereka yang teragak-agak lagi nak cuba esp dan zinc baik lah cepat-cepat cuba. Nak tunggu botak baru nak cuba ka?, menyesal dahulu pendapat, menyesal kemudian tiada guna dah. suami pun seram tengok isteri botak.




Hubungi saya dengan whatsapp/wechat/sms 013-5954808 Email : hayati1710@gmail.com https://www.facebook.com/IzatisShop https://www.facebook.com/pages/Pengedar-vitamin-Kuala-Ketil/632120276827757 These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Friday 13 March 2015

Pengedar Shaklee Kuala Ketil....Nak COD Pun Boleh






Orang Kuala Ketil dan kawasan yang sewaktu dengannya, nak dapatkan produk shaklee hubungi saya seperti nombor yang tertera dibawah


Hubungi saya dengan whatsapp/wechat/sms 013-5954808
Email : hayati1710@gmail.com
https://www.facebook.com/IzatisShop
https://www.facebook.com/pages/Pengedar-vitamin-Kuala-Ketil/632120276827757 











Shaklee bukan sekadar vitamin sahaja, macam-macam ada. Dari vitamin, set penjagaan kulit, syampu, penapis air dan set pembersihan rumah. Cukup lengkap. Satu jenama pelbagai produk.


These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Thursday 12 March 2015

Sakit Tulang Belakang dan Lenguh-lenguh Badan Buat Ibu Rasa Rimas


Sakitnya la tulang belakang ni,sakitnya lutut,sakitnya pinggang. Diri sendiri pun bosan asyik merungut ja. Suami?, dia pun bosan tapi dia tak la cakap dia bosan sebab dia jaga hati kita kan.

Jom tonton video bawah ni dulu,pengakuan ikhlas dari seorang ibu muda yang merasai kesan kurang kalsium



Sakit Tulang Belakang & Lenguh2 Badan Buat Ibu Ini RImas, Sampailah.... from iReach HD on Vimeo.

Ok dah tengok dah kan, tengok la 10 kali pun pun tak apa, video ni free saja. Masalah utamanya adalah kekurangan kalsium. Perkara yang memang kita kaum wanita ni tak pernah ambil berat.
Kita hanya tahu merungut sakit sana, sakit sini. Tapi tak mencari punca kesakitan tu.

Bila dah tengok video ni, barulah kita tahu sakit-sakit yang kita alami selama ni puncanya dari kekurangan kalsium. sakit sorang-sorang tak apa la. tapi bila si ibu menyusu, anak pun akan jadi kurang kalsium. Sampaikan gigi anak pun decay, kesian anak.

Jom kita amalkan gaya hidup sihat, tak lalu nak minum susu?, ambil la pil kalsium, pil kalsium shaklee diberi nama Ostematrix. Murah ja, berbaloi dengan kesannya dan disamping tu amalkan juga makanan yang tinggi kalsium dalam diet harian kita.





Hubungi saya dengan whatsapp/wechat/sms 013-5954808 
Email : hayati1710@gmail.com 
https://www.facebook.com/IzatisShop 
https://www.facebook.com/pages/Pengedar-vitamin-Kuala-Ketil/632120276827757 

These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Sunday 11 January 2015

I'm Back!!..... Promosi Hebat Januari 2015

Rindunya lahai kat blog...lama menyepi sebab keadaan yang tak mengizinkan. Ni harapnya sihat walafiatnya la hendaknya berpanjangan..Insya Allah.

Tahun baru dah berlalu 10 hari, sekejap saja masa berlalu dan yang pastinya promo shaklee bulan ni masih ada banyak masa lagi. sempena tahun baru shaklee sangat la berbaik hati dengan memberikan TRIPLE PROMO!!!

hebat sangat ni..apakah promonya?? jeng jeng jeng...

Alfalfa (s) - buy 6 FREE 1
Alfalfa (L)- buy 6 FREE 1
Vivix        - buy 6 FREE 1
Vitalea for kids - buy 3 FREE 1



Vitalea for kids adalah satu produk multivitamin yang memang terbaik diberikan pada anak2 kita. dah vitalea for kids ni menyepikan diri, sekarang dah muncul kembali dengan khasiat yang lebih dan rasa yang sedap.

Jika anda berminat anda tahu mana nak cari saya kan???..bajet glamour sangat la kan, tak apa la, perasan sikit ja

Hubungi saya seperti info dibawah

Hubungi saya dengan whatsapp/wechat/sms 013-5954808 
Email : hayati1710@gmail.com 
https://www.facebook.com/IzatisShop 
https://www.facebook.com/pages/Pengedar-vitamin-Kuala-Ketil/632120276827757 

These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.