Jom la klik

!-- nuffnang -->

Ada ApaYang Awesome

Wednesday 22 February 2017

Tiga Peringkat Tekanan Perasaan Wanita Lepas Bersalin



Dari segi perubatan dan sains tekanan perasaan wanita lepas bersalin terbahagi kepada tiga peringkat iaitu gangguan perasaan ringan (postpartum blues), kemurungan (depression), dan gila meroyan (postpartum psychosis).

1. Gangguan perasaan ringan (postpartum blues)
seringkali disebut baby blues, ibu akan berasa sedih, tak ada mood dan kepenatan. semua orang berkemungkinan mengalami masalah ini termasuklah yang tidak pernah ada gangguan mental. terutamanya ibu yang melahirkan anak sulung.

Sebahagian wanita boleh lawan perasaan ini, bagi yang tidak suami kena memainkan peranan, tolong isteri,berikan kata-kata semangat dan selalu berbual supaya dia tak rasa sunyi.

Keadaan ini akan berkurangan apabila si ibu dan bayi dah boleh menyesuaikan diri.


2. Kemurungan (depression)
Peringkat ini lebih serius, jika tidak dirawat segera boleh menyebabkan sakit mental. keadaan ini akan menimpa 1 daripada 8 ibu yang melahirkan dan boleh berterusan sehingga setahun selepas melahirkan.

Faktor yang boleh menyebabkan kemurungan :

  • tekanan emosi
  • sejarah kemurungan pada kelahiran sebelumnya
  • tidak mendapat pertolongan dari segi pengurusan bayi
  • pernah kehilangan bayi (meninggal)
  • bayi kerap menangis diwaktu malam
  • masalah dengan rutin berpantang (pantang terlalu ketat)
  • bayi jaundice terlalu lama
  • berjauhan dengan suami
  • takut untuk bersama selepas habis tempoh berpantang
3. Gila meroyan (postpartum psychosis).

Tanda-tanda gila meroyan, ibu yang berada pada peringkat ini tidak berpijak dibumi yang nyata, sering mendengar suara-suara halus berbicara dengannya. kerap bersendirian, cenderung mencederakan diri sendri atau sesiapa sahaja termasuk bayinya sendri.

  • cemas tanpa sebab
  • menangis tanpa sebab
  • tidak sabar
  • tidak percaya diri
  • mudah terasa
  • cemburu dengan bayi
  • terganggu dengan tangisan bayi


Kesimpulannya, tekanan perasaan pada peringkat mana sekalipun harus diberikan perhatian segera.jangan ambil mudah.

Hubungi saya dengan whatsapp/wechat/sms 013-5954808 Email : hayati1710@gmail.com https://www.facebook.com/IzatisShop https://www.facebook.com/pages/Pengedar-vitamin-Kuala-Ketil/632120276827757 These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Thursday 16 February 2017

Angin Meroyan

Baru-baru ni kita digemparkan dengan berita ibu kelar bayi. Allah seram dengar,mula-mula dengar berita tu kakti jadi marah, seolah-olah menuding jari pada si ibu. Tapi bila lama-lama terfikir pula,kenapa si ibu jadi macam tu. Kalau dia waras tak kan tergamak dia nak buat macam tu, sedangkan dua lagi anaknya elok ja dijaga. Mesti ada yang tak kena kan.

Jom kita kaji mitos meroyan
> jangan berbedak @ menyikat rambut nanti takut meroyan
> jangan tidur dengan suami nanti meroyan
> kena ikat ibu jari kaki supaya angin meroyan tak masuk

Tu la pesanan nenek kita kan,tak ikut nanti dikatanya kita xdengar cakap. Serba salah dibuatnya.
Yang sebenarnya, "gangguan emosi yang baru melahirkan boleh berlaku akibat daripada perubahan hormon. 85% wanita berpantang mengalami gangguan emosi ringan dan terkawal. 10% mengalami gangguan diperingkat bahaya "

Inilah yang terjadi pada ibu yang kelar anaknya tu. Keluarga perlu berikan sokongan pada wanita berpantang, terutamanya suami, bantu isteri, sediakan keperluannya, bercakap dengannya dari hati kehati, tanya apa masalahnya, apa yang isteri perlukan. benda ni simple ja, kasih sayang boleh merubah segalanya.

Suami boleh berjumpa doktor untuk dapatkan nasihat lanjut, beli vitamin untuk isteri. Shaklee pun ada vitamin yang berfungsi memberi rasa tenang seperti Ostematrix dan B-complex. bila makan Ostematrix isteri mudah tidur, bila tidurnya cukup, emosinya juga stabil

Para suami yang ada isteri tengah hamil tu apa kata belikan set berpantang shaklee, hadiahkan pada isteri. mesti berbunga2 hati dia.



Esok kakti cerita lebih lanjut lagi fasa-fasa meroyan. Tunggu sambungannya dalam entri esok ya.


Hubungi saya dengan whatsapp/wechat/sms 013-5954808 Email : hayati1710@gmail.com https://www.facebook.com/IzatisShop https://www.facebook.com/pages/Pengedar-vitamin-Kuala-Ketil/632120276827757 These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Wednesday 15 February 2017

My Second Hero



lama dah nak mencoret di blog kisah my second hero, tapi tu la sejak kebelakangan ni ibu tak berapa rajin. maka kisah ni dah tertunggak hampir setahun lapan bulan. kisahnya ahmad faris dilahirkan pada 19 Julai 2015, syawal ketiga ketika usia kandungan 38 week. allah makbulkan doa ibu nak bersalin sebelum due sebab dah tak larat, kalau ikut macam abang imran dulu 40 week baru bersalin,beratnya lahai, nak heret kakipun tak larat dah
.
Berat adik 3.1kg masa lahir, alhamdulilah cukup sifat semua. Tapi ibu tak berjaya juga nak bersalin normal. ibu turun tanda darah waktu zohor raya kedua, ayah ajak pergi hospital ibu kata tak pa boleh kawal lagi rasa sakit, mandi bersiap slow-slow. dah sampai hospital doktor cek bukaan baru 3cm,doktor suruh balik. Balik dalam 4 jam ibu sakit kuat dah, bersiap pi hospital balik, sampai-sampai dah buka 3cm.
.
Lambat juga bukaan,doktor tanya samada ibu nak ceaser @ normal. Ibu kata tak pa saya nak cuba normal,yakin boleh.ibu tak sakit sangat, masih boleh request nak milo ais,siap makan brownies lagi sambil layan kontraksi.
.
Melayan sakit sampai subuh,bukaan dah 6cm,tiba-tiba adik berak,tak sabar2 la budak kecik ni.Terpaksa la ceaser lagi buat kali kedua, tak pa ibu redha janji anak ibu selamat. Sakit allah ja yang maha mengetahui, sementara nak tunggu giliran ceaser, ibu tak ambil pain killer. hebat kan ibu,kawal pernafasan ja..alhamdulilah boleh bertahan
.
Pukul 8.20 pagi syawal ketiga adik dah selamat dilahirkan, comel anak ibu. baby syawal, abang imran baby Ramadhan. tak berapa detail sangat cerita, sebab ibu dah lupa, sindrom pelupa sangat la ni. nanti ibu sambung cerita lagi ya.



Hubungi saya dengan whatsapp/wechat/sms 013-5954808 Email : hayati1710@gmail.com https://www.facebook.com/IzatisShop https://www.facebook.com/pages/Pengedar-vitamin-Kuala-Ketil/632120276827757 These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.