Jom la klik

!-- nuffnang -->

Ada ApaYang Awesome

Monday 29 September 2014

Memahami Rezeki

Sabda rasulullah s.a.w.:

setiap manusia tidak perlu merasa bimbang akan rezekinya kerana itu semua telah ditetapkan allah s.w.t. ketika dirinya masih berupa janin didalam perut ibunya. Allah s.w.t telah menentukan batas rezeki seseorang dan tidak akan sesekali diambil oleh orang lain.

"Bertakwalah kepada allah dan perindahkanlah di dalam mencari (rezeki). Janganlah dengan lambatnya rezeki menjadikanmu mencarinya dengan melakukan maksiat kepada allah. Sesungguhnya allah tidaklah memberikan apa yang ada di sisinya kecuali dengan ketaatan kepadanya." ( hadis riwayat Ibnu Hibban,Ibnu Majah,Hakim dan yang lainnya dengan lafaz yang serupa).

Kita sebagai orang islam wajib menjauhi rezeki yang haram dan sentiasalah memohon kepada Allah agar kita diberikan rezeki yang halal untuk diberikan kepada seluruh umat yang memerlukan.

Walaupun rezeki iti ditangan Allah, kita sebagai hambanya wajib berusaha keras dengan apa cara sekali pun untuk mendapatkan rezeki yang halal.

Berpeluk tubuh menunggu bulan jatuh keriba,durian runtuh semua itu usaha yang sia-sia kerana Allah hanya akan memberikan rezeki kepada hambanya yang berusa,berdoa dan sentiasa mengingatinya.

sebab itulah betapa pentingnya solat dhuha.walaupun hanya solat sunat tetapi keajaiban hanya allah yang tahu. hebatnya dhuha bagi sesiapa yang merutinkannya.

SOLAT DHUHA BUATMU MURAH REZEKI SELUAS-LUASNYA, Insya Allah
posted from Bloggeroid

0 comments:

Post a Comment