Jom la klik

!-- nuffnang -->

Ada ApaYang Awesome

Tuesday 16 September 2014

Hebatnya Khasiat Amalan Rohani

Assalamualaikum..Salam 1 Malaysia

Apa itu amalan rohani?
Senang cakap amalan yang selalu kita lupa,alpa. bukan berat pun,yang paling asas solat 5 waktu dan solat diawal waktu.mudah saja kan? tapi ramai diantara kita termasuklah saya sendiri sering melambatkan solat dan kadang-kadang culas. Astagfirullahhalaazim, lekanya kita,lalainya kita.

Bila kita tak berjaya, mula la kita nak salahkan takdir sedangkan kita lupa apa yang kita dah buat pada sang pencipta kita.kita hanya harapkan balasan tapi lupa suruhannya. usaha la macam mana sekalipun tapi kalau kita lupa nak mintak pada dia, tak kan kemana usaha kita tu, hati kita selalu resah gelisah,masa kita tak pernah cukup..dialog yang sering kita dengar " aku ni bagi sehari 25 jam pun tak cukup".

kenapa tak cukup??
sebab kita leka dengan dunia. kemewahan kita tak pernah dikongsi,simpan sorang-sorang duit berkepok kita tu. allah,jahilnya kita.

Tapi tak salah kita nak berubah kan?..pedulikan kata-kata orang yang suka bercakap ' alah nak tunjuk alim la tu siap berstokin bagai,bersarung tangan,tuduh labuh,tak pakai seluar,baju longgar". abaikan orang yang negative macam tu. dosa kita bukan dia yang tanggung,diakhirat nanti bukan dia yang nak jawab dosa pahala kita. tapi membiarkan dia bukan bermaksud kita tak peduli langsung tentang dia. kita doa la semoga allah bukan kan pintu hati dia, supaya dia nampak keperluan untuk berubah.
tak payah tunggu orang iktiraf kita jadi ustaz @ ustazah barulah kita perlu berpakaian menutup aurat.
berubah la sedikit demi sedikit kerana mati itu pasti dan kita tak tahu bila kita nak mati.





kenapa saya bercerita tentang amalan rohani malam hari ini? saya pun bukanlah ustazah,suami saya pun bukan ustaz. tapi alhamdulilah allah sayangkan saya, saya tergerak nak join shaklee. masa tu tak tau macam cara kumpulan bergerak. bila saya teliti saya kaji setiap apa yang diajar,hati ini terdetik..Allahuakhbar!! patut la upline saya semuanya kaya dan berjaya sebab mereka tak pernah lupa Allah, saya diajar mengenal dhuha,mengenal zikir amalan harian, saya mengenal tahajud,saya mengenal zakat dan sedekah. sesuatu yang tak pernah saya amalkan sebelum ini,jahilnya saya. alhamdulilah,alhamdulilah terima kasih Allah. kami bukan mencari wang untuk kemewahan semata-mata.kami mencari wang untuk membahagiakan kesayangan kami, memberi lebih pada yang perlu, bebas hutang.

"alah tak kan la dia boleh berjaya dengan sebab solat dhuha". jangan memperlekehkan kuasa Allah,jangan sekali-kali. hayati sendiri faedah dhuha,zikir,tahajud,sedekah dan zakat. Allah akan mengingati hambanya yang tak jemu meminta,merayu,mengadu padanya. jangan sombong dengan Allah,jangan malu dengan Allah. mintaklah sesungguh-sungguh hati,menangislah,mengadulah padaNYA. Insya allah DIA sedia mendengar dan membantu  kita keluar dari masalah,menghadiahkan kita ganjaran yang tak pernah kita sangka-sangka. Insya allah


Terima kasih Allah, upline saya, terima kasih suami, terima kasih kawan-kawan shaklee yang takpernak jemu berkongsi pengetahuan dan nasihat. nak join shaklee dibawah kumpulan kami?? jangan malu jangan segan hubungi Yati. =)



Hubungi saya dengan whatsapp/wechat/sms 019-5954808 
Email : hayati1710@gmail.com 
https://www.facebook.com/IzatisShop 
https://www.facebook.com/pages/Pengedar-vitamin-Kuala-Ketil/632120276827757 

These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

0 comments:

Post a Comment