Jom la klik

!-- nuffnang -->

Ada ApaYang Awesome

Tuesday 12 December 2017

I'm back

Assalamualaikum sahabat
Title entri macam retis,haha tak pa la sesekali nak feeling retis. Blog ni masih hidup tau.belum ada niat lagi nak tutup.

Blog ni la kedai kakti kalau time busy tak sempat update post fb. Kadang-kadang terkejut,eh ehhh ada WhatsApp nak order la.padahal dah banyak hari aku tak update post fb.so kita pun maniskan mulut la tanya customer,mana dapat contact kakti ni dik?.dia kata saya google kak,pastu naik blog kak Dan memang ada contact number.
Alhamdulilah rezeki Dari blog.

Dia pulak tanya kakti umur berapa,sebab nak panggil kakti nampak macam muda.haha,muda sangat la kan.kakti dah 31 tahun 2017,nak langkah 2018 ni tunggu bulan 10 baru official 32 tahun.tak muda sangat dah,tapi dah terbiasa kot orang panggil kakti.

Yang paling penting nak habaq,kakti jual shaklee lagi tau.sapa nak order boleh WhatsApp kakti 013-5954808.jangan malu jangan segan,nak tanya2 dulu pun boleh.Tanya kakti tak cas,beli ja kena Cas.OK satg kita sambung merepek lagi na.

Hubungi saya dengan whatsapp/wechat/sms 013-5954808 Email : hayati1710@gmail.com https://www.facebook.com/IzatisShop https://www.facebook.com/pages/Pengedar-vitamin-Kuala-Ketil/632120276827757 These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Thursday 4 May 2017

Senarai Harga Shaklee 2017

May 2017 shaklee menaikkan sedikit harga, almaklum la dengan kedaan ekonomi kita sekarang, tapi tak banyak pun kenaikan dan bukan semua produk dinaikkan harga.

untuk buat belian boleh refer senarai harga tu ya, nak order boleh whatsapp kakti @ boleh terus berkunjung ke branch yang berdekatan dengan anda dengan menggunakan ID kakti 966204(NOR HAYATI BINTI ABDUL HALIM) ⤵⤵⤵

Hubungi saya dengan whatsapp/wechat/sms 013-5954808 Email : hayati1710@gmail.com https://www.facebook.com/IzatisShop https://www.facebook.com/pages/Pengedar-vitamin-Kuala-Ketil/632120276827757 These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Wednesday 29 March 2017

Kenapa Saya Suka ESP Shaklee?

Kenapa saya suka sangat dengan ESP shaklee? 

-sebabnya ESP bantu memberi rasa kenyang yang lama
-mengurangkan selera makan saya, 24 jam saya nak menguyah saja
-merawat tumit kaki yang retak seribu
-memulihkan parut stretchmark

Memang saya berpuas hati dengan ESP. patutla ESP digelar 'hot seller product". kalau terlupa nak ambil ESP masa sarapan, tengah hari tu mesti saya ngantuk. badan kita pun perlukan tenaga tambahan, nak harapkan tenaga yang kita dapat melalui pemakanan memang tak pernah cukup pun. jadi ESP ni lah 'energy booster' saya.

Bukan setakat tenaga, ESP juga melembapkan kulit. jerawat pun dah malu-malu nak tunjukkan diri. kalau ada pun cepat ja dia kecut, parut pun cepat hilang.

Yang paling suka dengan shaklee ni sebab buat saya kenyang, jadi kesimpulannya dapat la turunkan berat badan dengan jayanya. tak fobia dah tengok penimbang. sesiapa yang berazam nak kurangkan sedikit berat badan tu boleh cuba minum ESP.

semenjak menyusu anak kedua ni ESP jadi milk booster,bayangkan anak dah setahun lapan bulan saya masih bengkak susu kalau anak lambat menyusu. alhamdulilah rezeki faris melimphah ruah, faris memang totally tolak FM (formula milk), dia nak susu ibu dan fresh milk sahaja. menyusu la selagi boleh dik =)

Hubungi saya dengan whatsapp/wechat/sms 013-5954808 
Email : hayati1710@gmail.com 
https://www.facebook.com/IzatisShop 
https://www.facebook.com/pages/Pengedar-vitamin-Kuala-Ketil/632120276827757 

These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Wednesday 15 March 2017

Resepi smoothies ESP...soy protein yang sedap dan menyihatkan

Kalau cerita bab air soya mmg sedap kan..tambah-tambah time panas ni pekena soya sejuk..nyamannya rasa, tapi hari ni bukan nak cerita bab soya ais 😊😊
.
Nak share apa yg best dengan soya esp shaklee
.
Memang best sebab tidak ada kolestrol,tiada lemak,diproses dengan cara paling selamat,tiada gula tambahan dan memang sangat sesuai untuk pesakit kencing manis.
.
Yang paling best boleh pelbagaikan cara menikmatinya..sedap tau..shake dengan air/ais..minum sejuk-sejuk memang nyaman..ketagih😁😁
.
Hari ni kakti nak share resepi ESP dengan hampa, tapi kena beli ESP dulu la. Jom try resepi smoothie yang sihat..tinggi protein

Tengok resepi pun telan ayaq lioq dah ni, so apa tunggu lagi, whatsapp kakti untuk order ESP cepat.

Hubungi saya dengan whatsapp/wechat/sms 013-5954808 Email : hayati1710@gmail.com https://www.facebook.com/IzatisShop https://www.facebook.com/pages/Pengedar-vitamin-Kuala-Ketil/632120276827757 These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Thursday 9 March 2017

Bukti Kehebatan ESP, Wajib Cuba!!

Assalamualaikum & Salam Ukhwah

Menu sarapan pagi saya dulu-dulu mesti nasi lemak, roti canai sardin, roti canai telur, kuih muih yang manis-manis lemak-lemak, memang sedap tak terkata. tapi tu zaman sebelum saya kenal shaklee, sekarang dah kenal shaklee, menu sarapan pun dah berubah. sekarang pagi-pagi saya akan ambil ESP + VICO + SUSU DUTCLADY + NESTUM @ ESP + YOGURT DRINK. memang best, minum sejuk-sejuk lagi best. nyaman ja tekak, perut pun nyaman sebab kenyang sampai pukul 2-3 petang.

Jemput baca maklumat lanjut tentang ESP

ESP 1
ESP 2
ESP 3
ESP 4
ESP 5

Jemput tengok bukti kehebatan ESP

 Banyaknya testimoni ESP, memang hebat sungguh ESP. tapi diingtkan jika anda ada fibroid dan cyst, anda tidak digalakkan untuk mengambil ESP.

Jom la order beresmpena promosi ESP bulan ini.

klik pada imej untuk membeli dan pastikan anada mempunyai kad kredit @ debit,jika tidak boleh hubungi saya terus seperti maklumat dibawah.

Hubungi saya dengan whatsapp/wechat/sms 013-5954808 
Email : hayati1710@gmail.com 
https://www.facebook.com/IzatisShop 
https://www.facebook.com/pages/Pengedar-vitamin-Kuala-Ketil/632120276827757 

These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Wednesday 22 February 2017

Tiga Peringkat Tekanan Perasaan Wanita Lepas Bersalin

Dari segi perubatan dan sains tekanan perasaan wanita lepas bersalin terbahagi kepada tiga peringkat iaitu gangguan perasaan ringan (postpartum blues), kemurungan (depression), dan gila meroyan (postpartum psychosis).

1. Gangguan perasaan ringan (postpartum blues)
seringkali disebut baby blues, ibu akan berasa sedih, tak ada mood dan kepenatan. semua orang berkemungkinan mengalami masalah ini termasuklah yang tidak pernah ada gangguan mental. terutamanya ibu yang melahirkan anak sulung.

Sebahagian wanita boleh lawan perasaan ini, bagi yang tidak suami kena memainkan peranan, tolong isteri,berikan kata-kata semangat dan selalu berbual supaya dia tak rasa sunyi.

Keadaan ini akan berkurangan apabila si ibu dan bayi dah boleh menyesuaikan diri.

2. Kemurungan (depression)
Peringkat ini lebih serius, jika tidak dirawat segera boleh menyebabkan sakit mental. keadaan ini akan menimpa 1 daripada 8 ibu yang melahirkan dan boleh berterusan sehingga setahun selepas melahirkan.

Faktor yang boleh menyebabkan kemurungan :

  • tekanan emosi
  • sejarah kemurungan pada kelahiran sebelumnya
  • tidak mendapat pertolongan dari segi pengurusan bayi
  • pernah kehilangan bayi (meninggal)
  • bayi kerap menangis diwaktu malam
  • masalah dengan rutin berpantang (pantang terlalu ketat)
  • bayi jaundice terlalu lama
  • berjauhan dengan suami
  • takut untuk bersama selepas habis tempoh berpantang
3. Gila meroyan (postpartum psychosis).

Tanda-tanda gila meroyan, ibu yang berada pada peringkat ini tidak berpijak dibumi yang nyata, sering mendengar suara-suara halus berbicara dengannya. kerap bersendirian, cenderung mencederakan diri sendri atau sesiapa sahaja termasuk bayinya sendri.

  • cemas tanpa sebab
  • menangis tanpa sebab
  • tidak sabar
  • tidak percaya diri
  • mudah terasa
  • cemburu dengan bayi
  • terganggu dengan tangisan bayi

Kesimpulannya, tekanan perasaan pada peringkat mana sekalipun harus diberikan perhatian segera.jangan ambil mudah.

Hubungi saya dengan whatsapp/wechat/sms 013-5954808 Email : hayati1710@gmail.com https://www.facebook.com/IzatisShop https://www.facebook.com/pages/Pengedar-vitamin-Kuala-Ketil/632120276827757 These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Thursday 16 February 2017

Angin Meroyan

Baru-baru ni kita digemparkan dengan berita ibu kelar bayi. Allah seram dengar,mula-mula dengar berita tu kakti jadi marah, seolah-olah menuding jari pada si ibu. Tapi bila lama-lama terfikir pula,kenapa si ibu jadi macam tu. Kalau dia waras tak kan tergamak dia nak buat macam tu, sedangkan dua lagi anaknya elok ja dijaga. Mesti ada yang tak kena kan.

Jom kita kaji mitos meroyan
> jangan berbedak @ menyikat rambut nanti takut meroyan
> jangan tidur dengan suami nanti meroyan
> kena ikat ibu jari kaki supaya angin meroyan tak masuk

Tu la pesanan nenek kita kan,tak ikut nanti dikatanya kita xdengar cakap. Serba salah dibuatnya.
Yang sebenarnya, "gangguan emosi yang baru melahirkan boleh berlaku akibat daripada perubahan hormon. 85% wanita berpantang mengalami gangguan emosi ringan dan terkawal. 10% mengalami gangguan diperingkat bahaya "

Inilah yang terjadi pada ibu yang kelar anaknya tu. Keluarga perlu berikan sokongan pada wanita berpantang, terutamanya suami, bantu isteri, sediakan keperluannya, bercakap dengannya dari hati kehati, tanya apa masalahnya, apa yang isteri perlukan. benda ni simple ja, kasih sayang boleh merubah segalanya.

Suami boleh berjumpa doktor untuk dapatkan nasihat lanjut, beli vitamin untuk isteri. Shaklee pun ada vitamin yang berfungsi memberi rasa tenang seperti Ostematrix dan B-complex. bila makan Ostematrix isteri mudah tidur, bila tidurnya cukup, emosinya juga stabil

Para suami yang ada isteri tengah hamil tu apa kata belikan set berpantang shaklee, hadiahkan pada isteri. mesti berbunga2 hati dia.

Esok kakti cerita lebih lanjut lagi fasa-fasa meroyan. Tunggu sambungannya dalam entri esok ya.

Hubungi saya dengan whatsapp/wechat/sms 013-5954808 Email : hayati1710@gmail.com https://www.facebook.com/IzatisShop https://www.facebook.com/pages/Pengedar-vitamin-Kuala-Ketil/632120276827757 These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Wednesday 15 February 2017

My Second Hero

lama dah nak mencoret di blog kisah my second hero, tapi tu la sejak kebelakangan ni ibu tak berapa rajin. maka kisah ni dah tertunggak hampir setahun lapan bulan. kisahnya ahmad faris dilahirkan pada 19 Julai 2015, syawal ketiga ketika usia kandungan 38 week. allah makbulkan doa ibu nak bersalin sebelum due sebab dah tak larat, kalau ikut macam abang imran dulu 40 week baru bersalin,beratnya lahai, nak heret kakipun tak larat dah
.
Berat adik 3.1kg masa lahir, alhamdulilah cukup sifat semua. Tapi ibu tak berjaya juga nak bersalin normal. ibu turun tanda darah waktu zohor raya kedua, ayah ajak pergi hospital ibu kata tak pa boleh kawal lagi rasa sakit, mandi bersiap slow-slow. dah sampai hospital doktor cek bukaan baru 3cm,doktor suruh balik. Balik dalam 4 jam ibu sakit kuat dah, bersiap pi hospital balik, sampai-sampai dah buka 3cm.
.
Lambat juga bukaan,doktor tanya samada ibu nak ceaser @ normal. Ibu kata tak pa saya nak cuba normal,yakin boleh.ibu tak sakit sangat, masih boleh request nak milo ais,siap makan brownies lagi sambil layan kontraksi.
.
Melayan sakit sampai subuh,bukaan dah 6cm,tiba-tiba adik berak,tak sabar2 la budak kecik ni.Terpaksa la ceaser lagi buat kali kedua, tak pa ibu redha janji anak ibu selamat. Sakit allah ja yang maha mengetahui, sementara nak tunggu giliran ceaser, ibu tak ambil pain killer. hebat kan ibu,kawal pernafasan ja..alhamdulilah boleh bertahan
.
Pukul 8.20 pagi syawal ketiga adik dah selamat dilahirkan, comel anak ibu. baby syawal, abang imran baby Ramadhan. tak berapa detail sangat cerita, sebab ibu dah lupa, sindrom pelupa sangat la ni. nanti ibu sambung cerita lagi ya.