Jom la klik

!-- nuffnang -->

Ada ApaYang Awesome

Monday 22 September 2014

G6PD dan Shaklee, Apa Pantang Larangnya?

G6PD (Glokosa - 6 - Fosfat Dehidrogenase) merupakan sejenis enzim keturunan yang terdapat di dalam sel darah merah manusia. Kekurangan enzim ini boleh memusnahkan sel darah merah apabila terdedah kepada jangkitan, ubatan tertentu ataupun makanan. Apabila sel darah merah tidak lagi mampu mengangkut oksijen dengan berkesan ke seluruh tubuh, keadaan dikenali sebagai anemia hemolytik muncul. Tambahan kepada anemia hemolytik, seseorang yang kekurangan G6PD boleh menjangka beberapa manifastasi klinikal pada keadaan mereka. Ini termasuk demam kuning baru lahir, sakit perut dan/atau sakit belakang, pening, sakit kepala, dispnea (pernafasan tidak teratur), dan palpitasi.

Kekurangan G6PD bukanlah satu kecacatan atau penyakit. Ia adalah satu fenomena keturunan yang melibatkan kedua-dua jantina, lelaki dan perempuan, tetapi lebih sering dialami oleh bayi lelaki. Ia secara am. 

Para ibu bapa tidak perlu risau jika anak mereka mengalami kekurangan G6PD ini kerana pada dasarnya ia tidak berbahaya. Komplikasi hanya akan terjadi jika mereka terdedah kepada ubat-ubatan yang boleh menghasilkan proses homolisis di dalam darah.
Sumber : http://ms.wikipedia.org/wiki/G6PD

 Cara pakar perubatan mengesan G6PD adalah dengan menganalisa sampel tali pusat bayi yang baru lahir. Mereka yang mempunyai G6PD tidak boleh terdedah kepada ubat gegat,racun serangga, ubat-ubatan tertentu dan kacang parang

Ada kelebihan juga G6PD ini, iaitu mereka tahan kepada penyakit malaria kerana kuman malaria tidak boleh hidup didalam sel darah merah pesakit G6PD.

Simptom Penyakit G6PD

Tiada simptom khusus G6PD, cuma ibu bapa perlu perhatikan dan pantau jika kuning terlalu tinggi. Segera dapatkan rawatan untuk menurunkan tahap jaundis.

Tanda-tanda Umum

1. Suhu badan panas secara tiba-tiba
2. Pening
3. Kulit/ mata kekuningan
4. Urin berwarna kuning gelap
5. Sukar bernafas
6. Lesu dan tidak bermaya

Bagaimana Menguruskan Bayi G6PD ?

Elakkan anak anda dari bahan-bahan yang boleh menyebabkan kemusnahan sel darah merah seperti:
  1. Memberi  ubat-ubat  sendiri tanpa arahan doktor.
  2. Ubat gegat.
  3. Ubat-ubat tradisional, jamu atau ubat sinseh.
  4. Minyak gosok/panas
  5. Kacang parang 
  6. Pastikan anda mendapat senarai ubat-ubat yang tidak dibenarkan  kepada bayi yang berpenyakit G6PD sebelum pulang dari hospital.

Tips Untuk Ibu Bapa

Didik anak dari kecil supaya mereka peka dengan makanan yang boleh diambil dan makanan yang tidak  boleh terutamanya jika mereka sudah mula bersekolah @ maklumkan pada penjaga rumah asuhan tentang anak anda. Berikan senarai lengkap tentang apa yang boleh dan apa yang tidak bolah bagi pesakit G6PD.

Shaklee dan Penghidap G6PD


Ibu juga perlu peka, elakkan mengambil vitamin yang berasaskan herba seperti alfalfa,herbalax dan juga berasakan soya seperti ESP dan Lechitin sekiranya bayi anda masih menyusu badan.

Namun ada sesetengah ibu yang mengambil ESP tapi bayi G6PD mereka tiada masalah. keadaan ini bergantung kepada tahap G6PD anak anda. jadi anda perlu mendapatkan nasihat doktor dan kenal pasti tahap G6PD anak anda.

Saya hanya mencadangkan anda mengambil vitamin seperti Vita-lea,B-Complex, Vitamin C dan Ostematrix sahaja.




Hubungi saya dengan whatsapp/wechat/sms 013-5954808 
Email : hayati1710@gmail.com 
https://www.facebook.com/IzatisShop 
https://www.facebook.com/pages/Pengedar-vitamin-Kuala-Ketil/632120276827757

These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

0 comments:

Post a Comment