Jom la klik

!-- nuffnang -->

Ada ApaYang Awesome

Wednesday, 8 October 2014

Rose Kesukaan Saya

Pernah la dapat rose dari cinta monyet saya a.k.a my husband. dulu kononnya jiwa kental la tak layan bunga. tapi pertama kali dapat bunga punyalah berbunga-bunga hati ni. hilang terus jiwa kental yang kononnya tak layan bunga.

Bunga rose memang cantik kan, terus jatuh cinta dengan bunga. tapi tak minat nak tanam sebab kurang kerajinan, kesian nanti bunga tu kurang belaian. bunga ni kena belai-belai baru la menghsilkan bunga yang cantik. Jom saya belanja gambar bunga rose idaman hati.








Dapat sekuntum pun berbunga-bunga jiwa, kalau dapat sejambak confirm pengsan dalam senyuman. Masa saya kahwin dulu, 4 tahun yang lalu saya guna rose putih, merah jambu dan merah untuk bunga tangan. bunga hidup tau, tak main la guna "artificial flower", ayat berlagak disitu.  kita kahwin seumur sekali sahaja. jadi nak la merasa pegang bunga tangan yang fresh. impian tercapai akhirnya.

Gigih pergi tempah bunga kat kedai apek kat pejabat tu. balik keja sehari sebelum akad nikah terus pergi ambil bunga, naik moto bawak bunga. wah memang orang pandang ja saya, naik pun berhemah ja, takut terpelanting pula bunga tu kan. bila ingat balik memang tergelak sorang-sorang, gigihnya saya.

Bunga rose lambang cinta, tapi kalau suami tak bagi bunga tu jangan la cakap dia tak cinta pulak ya. dia dah bagi kasih sayang, cukup makan pakai tu dah kira cinta la kan. mana ada suami tak cinta isteri kan. kalau dia bagi tu saja la dia nak romantika de amour dengan si isterinya. sekian sudah kisah rose dan saya.jumap lagi dilain entri merapu saya.



Hubungi saya dengan whatsapp/wechat/sms 013-5954808 
Email : hayati1710@gmail.com 
https://www.facebook.com/IzatisShop 
https://www.facebook.com/pages/Pengedar-vitamin-Kuala-Ketil/632120276827757 

These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Related Posts:

  • Rindu Bertamu Tak salah pun kita merindu, Aku tetap rinu walaupun ku tahu rindu ku tak akan berbalas. tiada lagi gelak tawa gurau senda kami anak beranak. ya allah terima kasih kerana titipkan rasa rindu ini dalam hati ku. rindu ini bu… Read More
  • Kisah Seorang WAHM Begini la situasi saya hari-hari, cuma anak saya baru seorang. saya tak pernak menyesal pun pilih jalan ni, sebanya saya bukannya duduk dirumah goyang kaki. saya bekerja dari rumah. saya bos saya kuli..hihi. alhamdulilah r… Read More
  • Ahmad Imran Ku SayangPada hari isnin 20 Jun 2011, pada jam 8.04 pagi lahirlah Ahmad Imran bin Moh Izham. dua hari sebelum tu ibu dah masuk wad sebabnya Im (nama glemer untuk Imran) dah merajuk tak mau bergerak. mungkin sebab minggu-minggu sebelum… Read More
  • selamat hari lahir imamku Hubungi saya dengan whatsapp/wechat/sms 019-5954808 Email : hayati1710@gmail.com https://www.facebook.com/IzatisShop https://www.facebook.com/pages/Pengedar-vitamin-Kuala-Ketil/632120276827757 These statements h… Read More
  • Salam Aidiladha 2014 Ada juga kenangan aidiladha tahun ni. tapi gambar tak lawa mana pun sebab itu budak tidak memberikan kerjasama. janji ada kenangan sudah la, yang tak lawa itulah seni. ayat penyedap hati saja tu. Persiapan raya haji … Read More

0 comments:

Post a Comment