Jom la klik

!-- nuffnang -->

Ada ApaYang Awesome

Friday 3 October 2014

Busuknya kamu!!!

Masalah bau badan bukan perkara remeh, ianya melibatkan tahap keyakinan diri kita untuk berdepan dengan orang sekeliling setiap hari.

Apa puncanya???

Mengikut kajian pakar dermatologi,baun badan berpunca daripada bahan bahan buangan yang terkumpul dalam badan akibat proses pencernaan @ perkumuhan yang tidak berlaku dengan sempurna.

Bahan buangan tersebut ialah toksin yang tidak disingkirkan sepenuhnya oleh ginjal,hati dan usus. jika semua organ pencernaan tersebut berfungsi dengan baik maka kuranglah bau badan kita.





Bau badan disebabkan oleh hormon yang dipanggil pheromones tetapi jika dibiarkan hormon semulajadi ini akan mengeluarkan bau yang lebih kuat apabila kelenjar peluh mula dijangkiti bakteria. masalah ini selalunya melanda apabila seseorang memasuki usia remaja @ akil baligh dimana pada tahap umur ini remaja akan mengalami perubahan hormon.oleh itu kita perlu titik beratkan soal penjagaan kebersihan diri.

Bagi yang obesiti @ terlalu.gemuk pula, pengambilan makanan pedas dan memakan ubat khusus seperti ubat kencing manis akan lebih berisiko mengalami.masalah bau badan.

Bau badan juga dipengaruhi oleh perubahan hormon,mood,jantina,tahap kesihatan dan pengambilan ubat-ubatan tertentu serta genetik juga menyumbang kepada punca bau badan seseorang.

Faktor pemakanan juga mempengaruhi bau badan,pengambilan rempah ratus,bawang putih, minuman berkafein, alkohol juga berpotensi tinggk menyumbang kepada bau badan.

Untuk mengelakkan perkara ini,perlu dititik beratkan adalah penjagaan kebersihan diri dan gaya pemakanan. Anda hanya perlu mandi 2 kali sehari @ lebih untuk mengelakkan bakteria membiak pada bahagian ketiak. selain itu,cukur rerambut dibahagian ketiak apabila tiba waktunya dan akhir sekali pakai deodoran yang mengandungi bahan antiseptik dan berunsur organik untuk menolong mngurangkan bau badan anda.

begitulah perkongsian tentang punca yang menyebabkan bau badan. jangan ambil mudah kerana bau badan yang segar akan buat orang selesa dengan kita dan contohnya jika kita menghadiri sesi temuduga,bau badan yang kurang enak juga mempengaruhi samada kita dapat peluang pekerjaan tersebut @ tidak.

Jadi,kita semua perlulah menitik beratkan aspek kebersihan diri supaya tahap keyakinan juga semakin bertambah.
posted from Bloggeroid

0 comments:

Post a Comment