Jom la klik

!-- nuffnang -->

Ada ApaYang Awesome

Thursday 8 May 2014

Perkara yang harus dielakkan selepas makan


Assalammualaikum..hari ni nka kongsi sedikit tentang apa yang harus dielakkan selepas makan. Ramai yang  menyatakan punca segala pemyakit berpunca dari perut..ya mmg btoi..klu kita main hentam ja makan..segala yang tak elok tu akan berkumpul dalam perut kita..toksin banyak,badan makin hari mudah diserang penyakit..sebelum semua tu terjadi mari baca apa yang saya dh baca dan saya nak kongsikan kat sini.





Apa yang kita lakukan dan makan selepas makan sangat mempengaruhi diet dan sistem pencernaan tubuh badan kita.. antara yang tak boleh dilakukan selepas makan adalah :

- Jangan makan buah selepas makan
Masyarakat kita jadikan buah sebagai pencuci mulut selepas makan,salah tu sebenarnya..makan buah selepas makan boleh buat perot kembong..kita disarankan untuk mengambil buah sejam sebelum makan..ikut sunnah nabi tau kalau kita makan buah sebelum makan.

- Jangan minum teh selepas makan
Asid yang terkandung dalam daun teh menyebabkan protein yang kita ambil masa makan tadi cepat mengeras dan sukar la perut kita nak cernakan protein tu..so lepas makan digalakkan minum air kosong saja

- Jangan mandi selepas makan
Mandi selepas makan boleh meningkatkan tekanan darah di bahagian kaki,tangan dan tubuh badan kita kecuali perut..bahagian perut tekanan darah akan menurun sedikit,so ssh la jugak perut nak bekerja,hasilnya perut buncit sebab makanan tak dihadamkan dengan sempurna.

- Jangan banyak berjalan
Berjalan banyak selepas makan menyebabkan nutrisi dari makanan kita tidak dapat diserap oleh badan..lepas makan rehat sat baru sambung kerja2 harian anda.

-Jangan tidur selepas makan
Tidur selepas makan boleh membahaykan sistem pencernaan kita..bila kita tidur sistem pencernaan badan kita juga akan berehat,jadinya makanan yang kita makan tu tak diproses la,bila tak proses dengan sempurna kita mudah dapat sembelit,pedih ulu hati.

-Jangan merokok selepas makan
Menghisap sebatang rokok selepas makan kesannya sama dengan menghisap 10 batang rokok..rokok memang bahaya..so pada sesiapa perokok tegar,pujuklah hati..berhentilah merokok

-Jangan bersenam selepas makan
Aktiviti fizikal secara drastik menyebabkan sistem pencernaan kna bekerja pantas dan kuat..kesian perut kita kan..so,xyah la nak rajin sangat p senaman selepas makan..silalah bersenam sebelum makan ya.


tu la sedikit yang nk share petang2 yang dingin ni.. jom sma2 kita amalkan


These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.  
Hubungi saya dengan whatsapp/wechat/sms 019-5954808 [Shaklee Independent Distributors]

0 comments:

Post a Comment