Jom la klik

!-- nuffnang -->

Ada ApaYang Awesome

Tuesday, 13 May 2014

Pelajari Teknik simpan Sayur-sayuran

Asslamualaikum semua..selamat bercuti bagi yang cuti hari ni,bagi yang bekerja,kerjalah dengan sepenuh hati

Hari ni disebabkan cuti, nak feeling mak2 sikit la..nak berkongsi teknik simpan sayur-sayuran..
Memang dah jadi kebiasaan kita untuk menyimpan semua sayur dan buah-buahan di dalam peti sejuk. tetapi sebenarnya,tak semua boleh disimpan dalam peti sejuk kerana boleh jadi lembik dan busuk..



Antara yang tak boleh disimpan dalam peti sejuk ialah tomato dan avokado, biarkan saja dalam suhu bilik dan pastikan tidak terdedah dengan cahaya matahari. Avokado misalnya,kalau disimpan dalam peti sejuk akan membantutkan prosesnya untuk masak..kalau yang dah masak baru boleh disimpan dalam peti sejuk.

Sayur-sayuran yang tidak sesuai disimpan dalam peti sejuk


  • Kentang, suhu dingin peti sejuk akan mengubah zat,tekstur dan rasanya.. ia memang sesuai disimpan dingin tapi tidaklah sedingin suhu peti sejuk..cara terbaik adalah dengan membungkus dengan kertas dan disimpan dalam almari dapur sahaja.
  • Bawang merah, tidak sesuai disimpan dalam peti sejuk..simpan diluar TAPI elakkan diletak berdekatan dengan kentang tadi. 
Teknik menyimpan sayur-sayuran
  • Gunakan plastik untuk menyimpan sayur supaya tahan lebih lama dan segar
  • Pastikan sayur yang nak disimpan dalam keadaan kering untuk elakkan sayur cepat busuk
  • Hiris terlebih dahulu sayur-sayuran dan pek siap2 ikut kuantiti anda nak masak..so xpyh la sayur tu keluar masuk peti ais kerap sangat..bila nak masak ambil ja satu pek..pek yang simpan esok pula.
  • Bagi sayur seperti lobak,timun..potong sedikit bahagian hujung dan disapu minyak sebelum disimpan
  • Basuh sayur bila hendak dimasak..jangan basuh pastu baru simpan..memang xtahan lama la sayur tu



Sebelum terlupa..saya tak jual sayur tau,saja share ja ilmu rumah tangga ni..saya jual shaklee ja
nak order boleh hubungi saya




These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. Hubungi saya dengan whatsapp/wechat/sms 019-5954808

Related Posts:

  • Salam RamadhanHari ni dah 1 ramadhan..alhamdulilah.. tapi hati ni tetap rindu..rindu pada yang tersayang..arwah mak yang dh 4 tahun tinggalkan kami..arwah abah yang baru 3 bulan tinggalkan kami..walaupun dah berkeluarga tapi still rasa ker… Read More
  • Pelajari Teknik simpan Sayur-sayuranAsslamualaikum semua..selamat bercuti bagi yang cuti hari ni,bagi yang bekerja,kerjalah dengan sepenuh hati Hari ni disebabkan cuti, nak feeling mak2 sikit la..nak berkongsi teknik simpan sayur-sayuran.. Memang dah jadi kebi… Read More
  • Bukan senang nak senang Assalamualaikum Bukan senang nak senang dan bukan susah nak susah..pilihan ditangan kita. pilihan saya bukan senang nak senang, tapi bukan bermaksud saya tak bersyukur dengan apa yang ada..dah cukup bersyukur cuma seka… Read More
  • Ada Aku KesahEh tajuk kontroversi sgt la kan..kita hidup ni kena kurangkan kontroversi tingkatkan prestasi Tak salah kita nak kesahkan hal orang tapi kesahkan la hal yang positif..yang boleh bantu kita lebih bersemanngat.tak payah la … Read More
  • MARI MEMBACATajuk tu memang sesuai sangat dengan jiwa dan raga sebab saya librarian a.k.a pustakawan..tapi yang bukan pustakawan pn msti suka membaca gak kan..sekarang ni saya pustakawan dirumah..ajar hero kesayangan ni membaca,mengira,m… Read More

0 comments:

Post a Comment