Jom la klik

!-- nuffnang -->

Ada ApaYang Awesome

Saturday 17 May 2014

Kelebihan Surah Al-waqiah

Assalamualaikum

Tengok tajuk jangan la kata saya ni ustazah plak ya..hihi, tapi saya hanya hamba allah yang masih banyak kena belajar dan berubah menuju kebaikan..

Sejak join shaklee,saya bukan saja diajar strategi pemasaran,macam mana nk promote,nak consult customer,saya juga diajar tentang amalan rohani yang memang sebelum ni saya hanya buat yang wajib ja,yang sunat tak penah ambil tau pn..solat tahajud,witir,hajat,taubat semua tu last saya buat masa qiamullail sebelum ambk exam STPM..jahilnya saya.

Bila dah tua2 ni alhamdulilah saya masih diberi kesempatan untuk mengenali agama,tuhan,kitab,rasul dan amalan2 yang kita boleh katakan sebagai bonus tambahan untuk kita jadikan bekalan di sana nanti..kt sana nanti xdak sapa dh nk tolong kita..amalan kita disini yang akan bantu kita.

Hari ni saya nak kongsi sedikit nikmatnya surah al-waqiah ni..baca Al-Quran dapat pahala,dan kalau kita baca,kita paham,kita hayati,kita aplikasikan dalam kehidupan kita..kita ajak org baca lagi la berganda pahala yang kita dapat..insyaa allah.

Surah Al-Waqiah adalah surah yang ke -56 di dalam Al-Quran, terletak pada juzuk ke 27 dan terdiri dari 96 ayat. Dinamakan Al-Waqiah kerana diambil dari lafaz Al-Waqiah yang terdapat pada ayat pertama surah ini, yang ertinya kiamat.

Di dalam surah Al-Waqiah ini menerangkan tentang hari kiamat, balasan yang diterima oleh orang-orang mukmin dan orang-orang kafir. Diterangkan juga penciptaan manusia, tumbuh-tumbuhan dan api, sebagai bukti kekuasaan Allah SWT dan adanya hari berbangkit.
Surah al-waqiah adalah surah kekayaan..sesiapa yang mengamalkannya akan dilimpahi rezeki yang melimpah,rezeki yang berkat supaya kita boleh lebih banyak memberi,bersedekah,berzakat.
kita akan diberi keluarga yang bahagia,anak2 yang menyenangkan..anak soleh dan solehah..

banyak sangat nikmat al-waqiah ni..jom baca lanjut sini
Saya pun dapat info dari blog ni..jom sama2 kita baca lagi,gali sedalam yang mungkin tentang khasiat dan kelebihannya.



These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. Hubungi saya dengan whatsapp/wechat/sms 019-5954808

1 comment:

  1. cerita pasal hari kiamat, semalam baru buat revision dgn anak2 utk subjek sekolah agama dieorg...nak exam ni kan...dpt refresh balik pengetahuan ....kdg2 manusia ni mudah lupa....moga2 kite menjadi insan dan umat terbaik rasulullah saw....

    ReplyDelete