Jom la klik

!-- nuffnang -->

Ada ApaYang Awesome

Wednesday 15 February 2017

My Second Hero



lama dah nak mencoret di blog kisah my second hero, tapi tu la sejak kebelakangan ni ibu tak berapa rajin. maka kisah ni dah tertunggak hampir setahun lapan bulan. kisahnya ahmad faris dilahirkan pada 19 Julai 2015, syawal ketiga ketika usia kandungan 38 week. allah makbulkan doa ibu nak bersalin sebelum due sebab dah tak larat, kalau ikut macam abang imran dulu 40 week baru bersalin,beratnya lahai, nak heret kakipun tak larat dah
.
Berat adik 3.1kg masa lahir, alhamdulilah cukup sifat semua. Tapi ibu tak berjaya juga nak bersalin normal. ibu turun tanda darah waktu zohor raya kedua, ayah ajak pergi hospital ibu kata tak pa boleh kawal lagi rasa sakit, mandi bersiap slow-slow. dah sampai hospital doktor cek bukaan baru 3cm,doktor suruh balik. Balik dalam 4 jam ibu sakit kuat dah, bersiap pi hospital balik, sampai-sampai dah buka 3cm.
.
Lambat juga bukaan,doktor tanya samada ibu nak ceaser @ normal. Ibu kata tak pa saya nak cuba normal,yakin boleh.ibu tak sakit sangat, masih boleh request nak milo ais,siap makan brownies lagi sambil layan kontraksi.
.
Melayan sakit sampai subuh,bukaan dah 6cm,tiba-tiba adik berak,tak sabar2 la budak kecik ni.Terpaksa la ceaser lagi buat kali kedua, tak pa ibu redha janji anak ibu selamat. Sakit allah ja yang maha mengetahui, sementara nak tunggu giliran ceaser, ibu tak ambil pain killer. hebat kan ibu,kawal pernafasan ja..alhamdulilah boleh bertahan
.
Pukul 8.20 pagi syawal ketiga adik dah selamat dilahirkan, comel anak ibu. baby syawal, abang imran baby Ramadhan. tak berapa detail sangat cerita, sebab ibu dah lupa, sindrom pelupa sangat la ni. nanti ibu sambung cerita lagi ya.



Hubungi saya dengan whatsapp/wechat/sms 013-5954808 Email : hayati1710@gmail.com https://www.facebook.com/IzatisShop https://www.facebook.com/pages/Pengedar-vitamin-Kuala-Ketil/632120276827757 These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

0 comments:

Post a Comment