Jom la klik

!-- nuffnang -->

Ada ApaYang Awesome

Wednesday 22 February 2017

Tiga Peringkat Tekanan Perasaan Wanita Lepas Bersalin



Dari segi perubatan dan sains tekanan perasaan wanita lepas bersalin terbahagi kepada tiga peringkat iaitu gangguan perasaan ringan (postpartum blues), kemurungan (depression), dan gila meroyan (postpartum psychosis).

1. Gangguan perasaan ringan (postpartum blues)
seringkali disebut baby blues, ibu akan berasa sedih, tak ada mood dan kepenatan. semua orang berkemungkinan mengalami masalah ini termasuklah yang tidak pernah ada gangguan mental. terutamanya ibu yang melahirkan anak sulung.

Sebahagian wanita boleh lawan perasaan ini, bagi yang tidak suami kena memainkan peranan, tolong isteri,berikan kata-kata semangat dan selalu berbual supaya dia tak rasa sunyi.

Keadaan ini akan berkurangan apabila si ibu dan bayi dah boleh menyesuaikan diri.


2. Kemurungan (depression)
Peringkat ini lebih serius, jika tidak dirawat segera boleh menyebabkan sakit mental. keadaan ini akan menimpa 1 daripada 8 ibu yang melahirkan dan boleh berterusan sehingga setahun selepas melahirkan.

Faktor yang boleh menyebabkan kemurungan :

  • tekanan emosi
  • sejarah kemurungan pada kelahiran sebelumnya
  • tidak mendapat pertolongan dari segi pengurusan bayi
  • pernah kehilangan bayi (meninggal)
  • bayi kerap menangis diwaktu malam
  • masalah dengan rutin berpantang (pantang terlalu ketat)
  • bayi jaundice terlalu lama
  • berjauhan dengan suami
  • takut untuk bersama selepas habis tempoh berpantang
3. Gila meroyan (postpartum psychosis).

Tanda-tanda gila meroyan, ibu yang berada pada peringkat ini tidak berpijak dibumi yang nyata, sering mendengar suara-suara halus berbicara dengannya. kerap bersendirian, cenderung mencederakan diri sendri atau sesiapa sahaja termasuk bayinya sendri.

  • cemas tanpa sebab
  • menangis tanpa sebab
  • tidak sabar
  • tidak percaya diri
  • mudah terasa
  • cemburu dengan bayi
  • terganggu dengan tangisan bayi


Kesimpulannya, tekanan perasaan pada peringkat mana sekalipun harus diberikan perhatian segera.jangan ambil mudah.

Hubungi saya dengan whatsapp/wechat/sms 013-5954808 Email : hayati1710@gmail.com https://www.facebook.com/IzatisShop https://www.facebook.com/pages/Pengedar-vitamin-Kuala-Ketil/632120276827757 These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

0 comments:

Post a Comment