Jom la klik

!-- nuffnang -->

Ada ApaYang Awesome

Tuesday, 13 September 2016

Kisah COD/Cash On Delivery yang Menyayat Hati..Mohon Baca

Mohon baca..saya juga pembeli sebab tu saya xkesah sangat kalau penjual letak Cas cod..saya tau betapa letihnya nak cod..saya juga penjual,bila saya bgtau cas cod rm5..saya disoal awat pulak ada Cas?...dekat ja pun...pembeli2 sekalian..kami nk p ambk stock pun kena boh minyak,kena tol..semua guna duit.penjual dah mudahkan kita untuk dapatkan satu2 barang..kita duduk tggu ja kt rumah..hntaq sampai depan pintu..hargailah si penjual..besaq jasa dia 😊😊

5 Sebab Mengapa Sesetengah Penjual Kurang Gemar COD (Cash On Delivery):
.
1. Pelanggan sangka COD tiada sebarang kos, maka mahu tolak duit pos.
COD masih guna minyak, malah tol jika ada. Takat RM6, pergi balik kadang lebih daripada itu. Kalau sekampung setaman sejalan itu lain cerita.
.
2. Jimat masa?
Penjual kata jam 2 petang di Petronas.
Pembeli kata okey, otw.
Penjual tengok jam, dah 2.30 petang.
Pembeli Whatsapp, "Esok boleh ke? Saya ada satu lagi kenduri kena hadir."
Minta carut ke? Astaghfirullah.
Pembeli kata ada di rumah.
Penjual kata dalam pukul 2 sampai.
Dah sampai... segala loceng, call, Whatsapp, DM, TG, merpati, asap semua tak berkesan. Tiduq ka??
Ada juga pembeli yang on time, tapi penjual pula buat hal. Manusia, kan. Jadi, adakala COD ini tak jimatkan masa pun. Baik lagi hangpa minta pos.
.
3. Jimat tenaga?
Duduk dalam kereta berjam-jam, semata nak tunggu awak nan seorang. Kalau penjual yang kena angkut anak, kesianlah musim panas ni. Awak mungkinlah suka, sebab minta COD otw dari kenduri.
.
4. "Saya duduk Paris. Boleh ke nak COD sekarang? Nak sabun harga promo."
Ada produk, tidak berbaloi untuk dihantar sekotak saja. Atau sekeping. Atau sehelai. Atau seurat. Margin sedih. Apabila diterangkan, dikata tolak rejeki.
.
5. Dah kasi total, bawa duit tak cukup. Atau harga barang RM19, diberi RM100. Kita bukan mesin cash, sayang.
.
Apabila diadun semua ramuan di atas, sesetengah penjual lebih selesa berurusan secara pos. Tapi penjual pun kena tunjuk kredibiliti untuk buat pelanggan percaya yang barang itu confirm sampai. Ini kisah lain. Jika profile ala-ala fake / scam, memang orang minta COD je la manjang.



Hubungi saya dengan whatsapp/wechat/sms 013-5954808 Email : hayati1710@gmail.com https://www.facebook.com/IzatisShop https://www.facebook.com/pages/Pengedar-vitamin-Kuala-Ketil/632120276827757 These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Related Posts:

  • Working At Home Mom (WAHM)Tengok tajuk pn dah tau apa maksudnya kan?? saya nak jadi WAHM tu...ibu yang bekerja dari rumah tapi ada GAJI..NAFKAH tu cita lain ya..ni GAJI!! GAJI yang diperoleh walaupun dok rumah..bergelut dengan anak,nak masak,kemas rum… Read More
  • Kuatkan Imun SistemAssalamualaikum... hari ni nak berbicara tentang bagaimana nak kuatkan imun sistem...macam mana ya?? NUTRIFERON la jawapannya Jom tengok dulu rupa nutriferon ni ni la gerangannya NUTRIFERON Nutriferon berfungsi … Read More
  • Ingin Menimang Cahaya MataAssalamualaikum semua.. perkahwinan satu sunnah nabi..zuriat adalah amanah ALLAH untuk kita jaga,didik,bimbing,sayangi selagi kita bernyawa..tapi tak semua perkahwinan dikurniakan zuriat..pada yang ada ALHAMDULILAH,pada … Read More
  • I luv shakleeDulu xpenah tau pn shaklee ni apa....MLM??? lg la xmau join..emm tapi last2 terjoin gak..tu pun sbb dh guna untuk diri..yati try set slimming..dpt result sgt puas hatiii..so dri situ la trjebak nk  join shaklee..tu pn sb… Read More
  • Omega dan buasirBUASIR,,,adoi la dengaq pn dh terasa ngilu..tuan badan lagi la menderita jangan risau..SHAKLEE ada set untuk buasir nak ambil salah satu pun boleh anda yang tentukan keperluan dan bajet anda sms/whatsapp YATI 013-59… Read More

0 comments:

Post a Comment