Jom la klik

!-- nuffnang -->

Ada ApaYang Awesome

Sunday 15 May 2016

Jangan Sampai Bentan! Pesanan Orang Tua Semasa Dalam Tempoh Berpantang

Bentan sering dikaitkan dengan wanita bersalin yang dalam tempoh berpantag 44 hari. Apa itu bentan? bakal-bakal ibu sila ambil tahu ya, yang dah beranak 2-3 kali pun kadang-kadang masih ada yang tak tahu apa itu bentan.

Bentan bermaksud sakit semula selepas hampir sembuh daripada sakit bersalin. Bentan terjadi apabila si ibu tidak menjaga pemakanan dan pergerakan semasa dalam tempoh berpantang. Ada yang bentan semasa masih dalam pantang, ada pula yang bentan selepas tempoh berpantang.

Kenapa bentan? sebab tak jaga pemakanan @ terlanggar benda keras. Semasa dalam pantang, kita tak boleh ambil makanan yang berangin atau sejuk. kalau terambil atau sengaja ambil terima lah padahnya. demam menggigil tau, habis sakit satu badan. Saya tengok sendiri sedara saya kena bentan.

Jom kita baca dengan lebih lanjut apa itu bentan. sumber : www.majalahpama.my

1. Bentan urat
Badan menjadi lemah seperti demam, bias-bisa urat dan sendi badan seperti lutut menggigil kesejukan walaupun pada waktu tengah hari, seluruh otot badan tegang dan kejang. Ia berlaku apabila ibu terlalu aktif melakukan kerja rumah atau aktiviti fizikal lasak. Rawatan bertangas atau wap herba mampu melegakan keadaan ini.
2. Bentan urat peranakan/urat rahim
Sakit di bahagian ari-ari yang sederhana atau terlampau sakit sehingga mengakibatkan tumpah darah. Ia boleh berlaku sekiranya ibu mengangkat objek berat, tersepak ibu jari kaki atau terjatuh terduduk atau terhempas yang boleh menyebabkan bentan urat peranakan.
3. Bentan urat besar (pinggang)
Urat besar ialah urat buluh rahim yang melalui bahagian pinggul dan menyebabkan rasa lenguh dan sakit di atas bahagian belakang. Biasanya ia terjadi kepada ibu yang bersalin secara pembedahan Caeserean. Kadang kala kesakitan di bahagian pinggang dan tumit yang serius sehingga ibu jalan berdingkit-dingkit.
Bagi mengelakkan ibu terkena bentan, penjagaan diri ketika tempoh berpantang perlu diberi perhatian serius.
4. Banyakkan berehat
Selepas bersalin, ibu perlu banyak berehat, jangan terlalu aktif membuat kerja rumah atau mengangkat objek berat termasuk memandikan bayi. Minta bantuan daripada suami atau penjaga lain untuk membantu.
5. Elak jangkitan kuman
Ibu selepas bersalin mudah mendapat jangkitan kuman pada bahagian peranakan, rahim, saluran atau pundi kencing. Oleh itu jaga kebersihan diri anda untuk mengelakkan jangkitan kuman.
6. Jaga pemakanan
Pemakanan turut mempengaruhi masalah bentan. Oleh itu pastikan ibu mengamalkan pemakanan sihat dan berkhasiat khusus untuk ibu berpantang.
Antara makanan bersifat sejuk dan boleh menyebabkan wujud angin dalam perut yang mesti dielakkan seperti kangkung, kacang panjang, labu air, kubis, terung, nangka muda.

Seeloknya berpantang makan ni setahun tau..itu mak saya yang cakap dan saya memang ikut la pesan dia. alhamdulilah saya tak bentan,badan pun sihat luaran dan dalaman. tak rugi pun berpantang, bila sihat hati pun seronok. kalau dah tak sihat macam mana nak seronok.


Dalam dunia yang canggih serba moden ni, suplimen pun boleh bantu pulihkan sakit bentan dan insya allah boleh sembuh dengan cepat disamping amalkan amalan tradisonal seperti bertunku secara konsisten.




Hubungi saya dengan whatsapp/sms 013-5954808

These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

1 comment:

  1. Wanita berpantang bersalin pun boleh ambil vivix. Memang terbaik la vivix.

    ReplyDelete