Jom la klik

!-- nuffnang -->

Ada ApaYang Awesome

Showing posts with label Pengedar Shaklee Kuala Ketil. Show all posts
Showing posts with label Pengedar Shaklee Kuala Ketil. Show all posts

Thursday, 6 September 2018

Bisnes Online/side income..apa tu???


Bisnes online sangat mudah sebenarnya..sebab bisnes ni home based,xpayah sewa kedai..haa kat situ kita dah cut modal..modal yang perlu ada internet,smartphone @ laptop..modal nak mulakan bisnes jangan sesekali berhutang @ buat pinjaman.
.
Macam bisnes shaklee ni modal rm75 ja..income anda yang tentukan..nak sikit usaha sikit,nak banyak usaha pun kena banyak la. tak payah simpan stok, kita dropship dengan shaklee. mudah kan?
.
Jangan cakap tak tau nak mula..kalau xmula sampai bila pun kita xtau..cabar diri..Jom mula!!i dan 
bila dah join akan ada kelas coaching, coaching pun online ja, tak payah pening-pening fikir sapa nak jaga anak?, suami bagi tak?. semua tu tak payah fikir, awak ada smartphone yang boleh install telegram?.. kalau boleh sangat la bagus, coaching kami hanya di telegram, kadang-kadang kami ada webinar dengan super duper upline.

La ni zaman dah canggih, boleh join kelas live dekat instagram, live dekat facebook. Nak ka tak mau? Tepuk dada tanya selera. Benda dah mudah, tinggal kita nak usaha bagi dapat. Orang lain boleh, kita pun 200 kali lebih boleh dari dia. 
.
jangan cipta banyak alasan kalau nak berjaya..jalan ja,tak payah toleh dekat suara sumbang dikiri dan kanan. tak payah malu sebab kita online based, orang tak nampak muka kita pun. buat ja, buat ja, buat ja. nak berjaya bersam-sama  http://wasap.my/60135954808

From zero to hero, kita keluar dari comfort zone kita yang terlalu comfort tu.













Hubungi saya dengan whatsapp/wechat/sms 013-5954808 Email : hayati1710@gmail.com https://www.facebook.com/IzatisShop https://www.facebook.com/pages/Pengedar-vitamin-Kuala-Ketil/632120276827757 These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Monday, 3 September 2018

Pengedar Shaklee Kuala Ketil

hai semua, kembali bersiaran

Hari ni nak bagitau yang saya ni nor hayati abdul halim ID: 966204 adalah pengedar sah shaklee dikawasan kuala ketil,sik, jeniang. kawasan sekitar tu saya COD (cash on delivery). Nama komersial kita KAKTI_JUAL_VITAMIN tau...boleh follow ig kakti ya.




Konsep COD mudah saja, bayar semasa terima barang. Tapi diingatkan ya, SERIOUS BUYER only. sebab pa kakti cakap macam tu. ye la, kita nak p COD pun guna minyak,guna tenaga dan guna masa. punya la berjanji, tapi bila kita sampai dia tak dak. jangan buat macam ni tau, kesian la kt orang sama. kita mudahkan orang insya allah allah mudahkan kita.

Jadinya, orang kuala ketil,sik,jeniang, sungai petani kalau nak vitamin shaklee sila call/whatspp kakti ya +6013-5954808. servis terbaik untuk anda, stok sentiasa ada.

Pos seluruh malaysia, postage pun maintain ja RM10, shaklee menggunakan courier swasta, memang selamat barang-barang yang anda order. Guna pulak kotak tebal, memang setakat jatuh sikit2 barang tak akan rosak.

Jangan lupa whatsapp kakti tau.harga istimewa untuk pelanggan kaktihttp://kaktijualshaklee.wasap.my/


Hubungi saya dengan whatsapp/wechat/sms 013-5954808 Email : hayati1710@gmail.com https://www.facebook.com/IzatisShop https://www.facebook.com/pages/Pengedar-vitamin-Kuala-Ketil/632120276827757 These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Thursday, 9 March 2017

Bukti Kehebatan ESP, Wajib Cuba!!

Assalamualaikum & Salam Ukhwah

Menu sarapan pagi saya dulu-dulu mesti nasi lemak, roti canai sardin, roti canai telur, kuih muih yang manis-manis lemak-lemak, memang sedap tak terkata. tapi tu zaman sebelum saya kenal shaklee, sekarang dah kenal shaklee, menu sarapan pun dah berubah. sekarang pagi-pagi saya akan ambil ESP + VICO + SUSU DUTCLADY + NESTUM @ ESP + YOGURT DRINK. memang best, minum sejuk-sejuk lagi best. nyaman ja tekak, perut pun nyaman sebab kenyang sampai pukul 2-3 petang.


Jemput baca maklumat lanjut tentang ESP

ESP 1
ESP 2
ESP 3
ESP 4
ESP 5

Jemput tengok bukti kehebatan ESP

















 Banyaknya testimoni ESP, memang hebat sungguh ESP. tapi diingtkan jika anda ada fibroid dan cyst, anda tidak digalakkan untuk mengambil ESP.

Jom la order beresmpena promosi ESP bulan ini.

klik pada imej untuk membeli dan pastikan anada mempunyai kad kredit @ debit,jika tidak boleh hubungi saya terus seperti maklumat dibawah.


Hubungi saya dengan whatsapp/wechat/sms 013-5954808 
Email : hayati1710@gmail.com 
https://www.facebook.com/IzatisShop 
https://www.facebook.com/pages/Pengedar-vitamin-Kuala-Ketil/632120276827757 

These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Wednesday, 6 January 2016

pengedar shaklee bukit selambau,sik dan jeniang

Selalunya saya banyak COD di sekitar kuala ketil tapi ada juga yang bertanya tak COD bukit selambau,sik @ Jeniang ka?

Eh apa pulak taknya, mesti la ada. rumah saya tengah-tengah diantara kuala ketil,bukit selambau,sik,jeniang. semua tu dekat ja,lebih kurang 20 minit dengan kereta.

Jadi, orang sik,bukit selambau,jeniang kalau nak produk shaklee tapi tak suka pos boleh hubungi saya ya

YATI 013-5954808
whatsapp/telegram/sms/call



Saya hantar sampai depan pintu. nak datang pickup dekat rumah saya pun boleh. PM saya nanti saya bagi lokasinya.



Hubungi saya dengan whatsapp/wechat/sms 013-5954808 Email : hayati1710@gmail.com https://www.facebook.com/IzatisShop https://www.facebook.com/pages/Pengedar-vitamin-Kuala-Ketil/632120276827757 These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Friday, 13 March 2015

Pengedar Shaklee Kuala Ketil....Nak COD Pun Boleh






Orang Kuala Ketil dan kawasan yang sewaktu dengannya, nak dapatkan produk shaklee hubungi saya seperti nombor yang tertera dibawah


Hubungi saya dengan whatsapp/wechat/sms 013-5954808
Email : hayati1710@gmail.com
https://www.facebook.com/IzatisShop
https://www.facebook.com/pages/Pengedar-vitamin-Kuala-Ketil/632120276827757 











Shaklee bukan sekadar vitamin sahaja, macam-macam ada. Dari vitamin, set penjagaan kulit, syampu, penapis air dan set pembersihan rumah. Cukup lengkap. Satu jenama pelbagai produk.


These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Sunday, 11 January 2015

I'm Back!!..... Promosi Hebat Januari 2015

Rindunya lahai kat blog...lama menyepi sebab keadaan yang tak mengizinkan. Ni harapnya sihat walafiatnya la hendaknya berpanjangan..Insya Allah.

Tahun baru dah berlalu 10 hari, sekejap saja masa berlalu dan yang pastinya promo shaklee bulan ni masih ada banyak masa lagi. sempena tahun baru shaklee sangat la berbaik hati dengan memberikan TRIPLE PROMO!!!

hebat sangat ni..apakah promonya?? jeng jeng jeng...

Alfalfa (s) - buy 6 FREE 1
Alfalfa (L)- buy 6 FREE 1
Vivix        - buy 6 FREE 1
Vitalea for kids - buy 3 FREE 1



Vitalea for kids adalah satu produk multivitamin yang memang terbaik diberikan pada anak2 kita. dah vitalea for kids ni menyepikan diri, sekarang dah muncul kembali dengan khasiat yang lebih dan rasa yang sedap.

Jika anda berminat anda tahu mana nak cari saya kan???..bajet glamour sangat la kan, tak apa la, perasan sikit ja

Hubungi saya seperti info dibawah

Hubungi saya dengan whatsapp/wechat/sms 013-5954808 
Email : hayati1710@gmail.com 
https://www.facebook.com/IzatisShop 
https://www.facebook.com/pages/Pengedar-vitamin-Kuala-Ketil/632120276827757 

These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Thursday, 9 October 2014

Fresh Laundry Concentrate Powder

TAHUKAH ANDA kebanyakkan bahan pencuci yang digunakan sehari-hari oleh kita mengandungi perengsa yang boleh diserap melalui kulit yang boleh menyebabkan alahan kulit. bahan prengsa ini disenaraikan sebagai bahan berbahaya. bauannya boleh merengsa hidung, tekak dan paru-paru yang boleh menyebabkan batuk, lelah dan sesak nafas. kulit juga boleh menjadi lebih kering, kegatalan, kerengsaan kronik dan ruam.

TETAPI dengan fresh laundry concentrate powder anda dan keluarga lebih selamat kerana bahan-bahanya tidak mengandungi bahan merbahaya.

- fresh laundry shaklee juga mengekalkan basuhan pakaian putih agar lebih putih

- selamat pada semua jenis pakaian

- pakaian tidak berbau hapak walaupun tidak di ampaikan dalam masa 48 jam.

- tidak melunturkan warna pakaian yang berwarna





Fresh laundry concentrate juga berupaya menghilangkan kotoran kekal yang selama ini susah untuk ditanggalkan. dengan sabun shaklee ini kotoran tersebut boleh hilang dengan beberapa kali basuhan. tak perlukan tambahan peluntur dalam basuhan anda.

Kelebihan Fresh laundry concentrate powder

- Berkepekatan tinggi (sekotak boleh membasuh 88 basuhan)

- Mengekalkan warna pakaian

- Selamat pada semua jenis fabrik

- Sangat menjimatkan. 1 sudu boleh mencuci 13kg pakaian dan sekotak boleh tahan selama 4 bulan

Jom berkenalan lebih dekat lagi  dengan sabun shaklee ini. tak kenal maka tak cinta. untuk membuat pesanan boleh hubungi saya seperti dibawah.




Hubungi saya dengan whatsapp/wechat/sms 013-5954808 
Email : hayati1710@gmail.com 
https://www.facebook.com/IzatisShop 
https://www.facebook.com/pages/Pengedar-vitamin-Kuala-Ketil/632120276827757 



These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Wednesday, 8 October 2014

Rose Kesukaan Saya

Pernah la dapat rose dari cinta monyet saya a.k.a my husband. dulu kononnya jiwa kental la tak layan bunga. tapi pertama kali dapat bunga punyalah berbunga-bunga hati ni. hilang terus jiwa kental yang kononnya tak layan bunga.

Bunga rose memang cantik kan, terus jatuh cinta dengan bunga. tapi tak minat nak tanam sebab kurang kerajinan, kesian nanti bunga tu kurang belaian. bunga ni kena belai-belai baru la menghsilkan bunga yang cantik. Jom saya belanja gambar bunga rose idaman hati.








Dapat sekuntum pun berbunga-bunga jiwa, kalau dapat sejambak confirm pengsan dalam senyuman. Masa saya kahwin dulu, 4 tahun yang lalu saya guna rose putih, merah jambu dan merah untuk bunga tangan. bunga hidup tau, tak main la guna "artificial flower", ayat berlagak disitu.  kita kahwin seumur sekali sahaja. jadi nak la merasa pegang bunga tangan yang fresh. impian tercapai akhirnya.

Gigih pergi tempah bunga kat kedai apek kat pejabat tu. balik keja sehari sebelum akad nikah terus pergi ambil bunga, naik moto bawak bunga. wah memang orang pandang ja saya, naik pun berhemah ja, takut terpelanting pula bunga tu kan. bila ingat balik memang tergelak sorang-sorang, gigihnya saya.

Bunga rose lambang cinta, tapi kalau suami tak bagi bunga tu jangan la cakap dia tak cinta pulak ya. dia dah bagi kasih sayang, cukup makan pakai tu dah kira cinta la kan. mana ada suami tak cinta isteri kan. kalau dia bagi tu saja la dia nak romantika de amour dengan si isterinya. sekian sudah kisah rose dan saya.jumap lagi dilain entri merapu saya.



Hubungi saya dengan whatsapp/wechat/sms 013-5954808 
Email : hayati1710@gmail.com 
https://www.facebook.com/IzatisShop 
https://www.facebook.com/pages/Pengedar-vitamin-Kuala-Ketil/632120276827757 

These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Jom Sertai Road To Italy (R.T.I)




Orang tanya saya kerja apa? saya duduk rumah saja, suri rumah la ayat popularnya. Suri rumah adalah sebaik-baik perkerjaan, tapi isteri-isteri yang bekerja tu pun bagus sebab mereka bekerja untuk membantu suami. saya juga suri rumah yang bekerja, saya bukan duduk rumah goyang kaki tunggu suami bagi duit. tidak sama sekali dan jangan la menghakimi suri rumah macam tu ya. kerja?? kerja rumah la tu.. ya memang kerja rumah, masak, kemas rumah, basuh baju, siai baju, lipat baju, jaga anak. ya itu memang tugas hakiki suri rumah, dan saya seronok dengan tugas hakiki tu, tapi dalam masa yang sama saya juga berniaga.

Berniaga?? buat kuih ka? eh tak la, mana sempat saya nak berniaga kuih. saya berniaga SHAKLEE. Alhamdulilah tiap-tiap pertengahan bulan saya akan dapat gaji dari shaklee. saya tak perlu nakcomot-comot dengan tepung pun. semuanya online, mudah sungguh dan saya tak pernah menyesal pilih shaklee sebagai income saya.

Road To Italy tu apa kena dengan shaklee? memang banyak kena mengenanya. tahun depa International Conference Shaklee akan diadakan di Italy. mama miaaaa, syok habis la. dan dengan itu master dalam kumpulan kami telah buat projek untuk grooming individu yang ada kesungguhan dan betul-betul nak merubah hidup dengan shaklee.

Kelas bimbingan tu online saja tau, tak perlu bersiap cantik-cantik.pakai kain batik pun boleh siapkan tugasan yang diberi, sambil baring pun boleh update blog, boleh layan pelanggan, boleh promosikan produk dengan kaedah santai-santai saja.

Ada juga kami buat perjumpaan luar tapi jarang-jarang sangat la. dan bila ada perjumpaan satu family boleh ikut, anak-anak pun boleh join. jadi tiada istilah suami dan anak-anak terbiar kelaparan dirumah.

Berminat nak sertai kami mudah saja, anda hanya perlukan RM75 untu keahlian seumur hidup. segala ilmu akan diberi percuma. dari tak tahu tentang bisnes terus boleh jadi pandai. janji ada semangat nak belajar.

Saya join bukan semata-mata nak kaya. saya nak merubah hidup saya, saya lebih menyimpan, saya nak lebih member kepada yang memerlukaan. ya betul duit buka segalanya dan tidak boleh dibawa mati tapi untuk segalanya juga kita perlukan duit. mati pun perlukan duit, tinggalkan duit supaya senang anak-anak menguruskan jenazah kita. tak payah anak nak tebal muka pinjam duit kat sedara.

Saya juga nak lebih banyak bersedekah. tak payah belek beg duit lama-lama untuk keluarkan sedekah. Alhamdulilah walaupun income saya bukan berpuluh-puluh ribu lagi tapi dengan shaklee saya diajar bersedekah, dhuha, tahajud, zakat dan macam-macam lagi makanan rohani yang saya tak pernah buat sebelum ini. jahilnya saya, dan saya tak mau terus jahil hingga ajal menjemput saya.

Bila saya dah sertai shaklee ni, masuk pula program road to italy ni, banyak sangat ilmu yang saya dapat. ilmu percuma, saling memberi dan mengajar sesama kami. shaklee juga mengeratkan ukhwah kami, kami hanya bersahabat di online, kalau berselisih bahu pn kami tak kenal, padahall setiap hari kami bersembang. itulah hakikatnya shaklee.

MURAH, MUDAH, SELAMAT, SUCI & HALAL.
Apa tunggu lagi, jom sertai kami dengan menghubungi saya seperti yang tertera dibawah. saya akan bantu anda menjadi suri rumah yang berpendapatan setaraf CEO, saya akan bantu anda dapatkan pendapatan sampingan yang lebih dari pendapatan hakiki anda sekarang.





Hubungi saya dengan whatsapp/wechat/sms 013-5954808 
Email : hayati1710@gmail.com 
https://www.facebook.com/IzatisShop 
https://www.facebook.com/pages/Pengedar-vitamin-Kuala-Ketil/632120276827757 

These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Tuesday, 7 October 2014

Peppermint Ginger Plus Buang Angin Dalam Badan

Tengah sakit perut sebenarnya ni, nasib baik la peppermint ginger plus. telan 3 biji, tak sampai setengah jam keluarlah segala angin jahat dalam badan ni.

Angin ni memang tak selesa, sendawa pn tak, kentut pun tak. berpusing-pusing angin dalam badan.
telan 3 biji barulah lega rasa. tak payah susah nak cari halia, nak tumbuk, nak rendam untuk minum air halia tu. shaklee dah memudahkan kita dengan rumusan herba-herba yang diadun menjadi tablet. senang nak telan dan khasiatnya tetap sama dengan sumber asli.


Dirumus daripada empat bahan yang terbukti bagus untuk membuang angin dan msalah berkaitan perut.





Sebelum ni sya tak pernah cuba tapi malam ni lepas dah cuba terus saya rasa lebih teruja nk kongsi kebaikannya. memang wajib setiap buah rumah ada peppermint ginger plus.


Hubungi saya dengan whatsapp/wechat/sms 013-5954808 
Email : hayati1710@gmail.com 
https://www.facebook.com/IzatisShop 
https://www.facebook.com/pages/Pengedar-vitamin-Kuala-Ketil/632120276827757 

 These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Monday, 6 October 2014

My Love dan Cinch Energy Tea Mix









My other half, bila sorang tak sihat, yang sihat pun mula la nak terikut jadi tak sihat. cepat-cepat la telan vitamin c, b complex dan cinch tea. cinch tea ni sahabat baik saya tau, bila terasa badan nak demam saya memang suka minum cinch tea sebab lepas saja minum mesti rasa macam superwoman. saya tak boleh sakit bila other half saya sakit. sapa nak jaga dia, menangis sendiri sebab bila dia sakit sunyi la hidup ni, tinggal lah kami berdua melayan perasaan, imran layan upin, ibu termenung depan laptop dok perah otak cari idea nak tulis. kalau perah santan mesti dah siap, perah idea punya la susah.

Bercerita tentang cinch tea ni, dulu saya tak teringin pun nak cuba. rasa teringin tu datang bila kawan-kawan cakap boleh loss inch bila minum cinch tea. wahhh!! perempuan mana la yang tak teruja dengar perkataan "loss inch dan loss weight" ni kan. jadi saya pun cuba la, bila dah cuba kesan lain pula saya dapat, saya jadi lebih bertenaga, tak mengantuk walaupun tidur 3-4 jam saja sehari. nama penuhnya cinch tea energy, memang terbukti memberi tenaga berpanjangan.


Niat sebenar sebab nak kurus, tapi daha jatuh cinta jatuh sayang ni saya tak kesah la kurus atau tak, yang penting saya bertenaga. saya perlu bertenaga sebab semua orang perlukan saya. anak, suami, mak mertua, adik perlukan saya. rutin harian terkejar kesana sini memang meletihkan. kalau tak ada cinch tea pengsan dah saya rasa.

Alhamdulilah saya masih bertenaga dan sihat untuk uruskan ramai orang demam dalam rumah ni. yang paling nak perhatian saya tentulah suami. tak pa la, bila lagi kita nak berbakti untuk dia kan. masa sakit ni la dia perlukan kita. 

Saya mesti kuat dan sihat. jadi kaum ibu dan wanita semua jomlah kita minum cinch tea energy untuk jadi superwoman. badan pun slim, tenaga pun bertambah.

Berminat untuk membuat peasanan boleh hubungi saya untuk pre-order sebab cich tea sekarang out of stok. anda boleh pre-order dulu, bila dak restok saya akan terus order.

Hubungi saya dengan whatsapp/wechat/sms 013-5954808 
Email : hayati1710@gmail.com 
https://www.facebook.com/IzatisShop 
https://www.facebook.com/pages/Pengedar-vitamin-Kuala-Ketil/632120276827757 

These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Friday, 3 October 2014

Set Get Clean Shaklee

Jangan ingat shaklee ni ada vitamin saja. shaklee merangkumi semua,menyediakan semua untuk keperluan harian kita.

Produk yang terdapat dalam set get clean ini adalah:



* Dish wash concentrate
* Fresh laundry concentrate powder
* Soft fabric concentrate
* Basic H² organic super cleaning concentrate

Lengkap dari cucian pinggan mangkuk,basuh pakaian,pelembut fabrik dan cucian serbaguna. memang tak rugi membeli.sesiapa yang ada alahan dengan sabun memang set ini adalah pilihan yang terbaik. tidak merengsa tangan dan kulit anda juga sesuai digunakan pada bayi anda.

Kenapa mesti pilih set get clean shaklee

SELAMAT
* tidak bertoksik,bukan wasap toksik,bukan bahan kimia berbahaya,bebas bauan,lembut pada tangan dan kulit anda,pH seimbang,tidak mengandungi klorin dan hipoalergenik.

BERKUASA
* menanggalkan minyak,pekat ( gunakan hanya separuh sukatan),buih yang banyak dan tahan lama serta sesuai dalam semu suhu.

MESRA ALAM
* diperbuat dari bahan sumber semulajadi,pembungkusan boleh dikitar semula,tiada peluntur klorin,tiada sebatian organik mudah meruap,tiada fosfat,tiada nitrat,tiada borat dan bebas ujian haiwan.

BIJAK
* dapat menjimatkan wang anda dengan formula.pekat.

Itulah serba ringkas tentang set get clean shaklee..esok dan hari seterusnya saya akan kupas,korek dengan lebih lanjut dan dalam lagi tentang produk yang terdapat set ini.

Kepada yang dah tak sabar nak tahu dengan lebih lanjut @ dah teruja nak mencuba boleh hubungi yati 013-5954808.

Perkhidmatan terbaik untuk pelanggan saya. konsultasi percuma seumur hidup jika anda pelanggan saya.
posted from Bloggeroid

Thursday, 2 October 2014

Get Clean Water Pitcher Shaklee

Punca kita mendapat macam-macam penyakit adalah berpunca dari air minuman kita seharian.

Air minuman kita banyak terdedah dengan pencemaran industri,racun-racun perosak dan logam berat.




Get clean water pitcher disahkan oleh persatuan kualiti air (WQA) untuk mengurangkan sehingga 99% bahan tercemar didalam air yang memberi impak besar kepada tahap kesihatan kita.

Perbezaan Shaklee dengan Penapis Air Jenama Lain

SELAMAT - menyingkirkan kandungan plumbum dan bendasing yang terkandung dalam air.

HANDAL- lebih banyak air bersih pada setiap masa. berupaya menapis 303 liter = 80 gelen dari setiap proses penurasan yang mana 2 kali ganda lebih banyak dari jenama lain.

PILIHAN BIJAK - menjimatkan kos membeli air bertapis/ air mineral. dengan penapis air shaklee anda tidak perlu lagi beli air.hanya masukkan air terus dari paip. juga mempunyai meter yang memudahkan kita memantau bilakah masa yang sesuai untuk menukar penapis tersebut.

MESRA ALAM - menggunakan sistem penuras jag air dengan blok karbon isian semula yang dapat mengurangkan timbunan sisa. penapisnya diperbuat dari arang tempurung kelapa yang tahan lasak dan mesra terhadap alam sekitar.

Yang paling saya suka tentang penapis air ini adalah mudah alih. bukan jenis rekaan statik yang hanya untuk kegunaan rumah.sebaliknya jenis mudah alih yang boleh dibawa kemana sahaja kita pergi.sangat berbaloi!!!

untuk membuat tempahan sila hubungi YATI 013-5954808

konsultasi percuma seumur hidup jika anda adalah pelanggan saya.
posted from Bloggeroid

Tuesday, 30 September 2014

Khasiat Buah Ciku

Tiba-tiba teringat buah ciku. dah lama tak nampak buah ciku lepak-lepak kt pasar malam, kat gerai tepi jalan. pokok ciku pun dah kurang nampak sekarang. anak-anak zaman sekarang mesti dah ada yang tak kenal buah ciku.



















Inilah rupa si ciku sawo matang. Saya mula kenal buah ni dengan nama buah sawa, dah masuk sekolah baru saya tahu yang buah sawa dan buah ciku adalah buah yang sama. Sedapnya buah ciku yanga masak ranum, manis dan berserat isinya.

Disebalik bentuknya yang kecil,kulit pun tak cantik tapi khasiatnya banyak, antara khasiatnya adalah


# 100 gram buah ciku bersamaan dengan 83 kalori dan 6 gram serat.

# Serat buah ciku boleh membantu sembelit, dan mampu melindungi usus daripada kanser.

# Ciku juga kaya dengan antioksidan polifenol iaitu tanin. tanin berfungsi sebagai, anti radang, antikanser, antibakteria dan antiparasit.

# Ciku juga mampu mnegubati cirit-birit buasir.

# Mengandungi vitamin C sebanyak 24% setiap 100 gram ciku.

# Buah ciku yang segar mengandungi kalium,asid folat, niasin dan asam prototenan yang membantu meningkatkan metabolisma badan dan pengeluaran ezim tubuh.

Lepas ni jom la kita sama-sama beli dan makan buah ciku. Lama tak makan buah ciku, nak jumpa pun susah sekarang ni. kena cari anak pokok la tanam untuk generasi akan datang supaya tak pupus.

Hubungi saya dengan whatsapp/wechat/sms 013-5954808 Email : hayati1710@gmail.com https://www.facebook.com/IzatisShop https://www.facebook.com/pages/Pengedar-vitamin-Kuala-Ketil/632120276827757 These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Sunday, 28 September 2014

Cash on Delivery

Apa itu cash on delivery?


Perkhidmatan penghataran barang, bayar selepas dapat barang. itu dalam ayat yang mudah difahami.



Kenapa Perlu COD?

Sesetengah pengguna tidak suka membeli barang online dan menggunakan perkhidmatan pos. jangan susah hati ya, SHINE LEGACY ada wakil yang boleh COD produk shaklee untuk anda.

Senarai wakil SHINE LEGACY






Tetapi perlu dingatkan saya tak hantar naik lori ya, saya naik kereta comel saya. nak COD ada syaratnya. mari kita tengok,teliti dan fahami syarat-syarat COD.

1. Anda berada disekitar Kuala Ketil, Bukit Selambau, Jeniang, Sik, Felda Teloi Timur, Felda Teloi Kanan, Merbau Pulas, Karangan dan Padang Serai

2. Sungai Petani pun boleh, saya selalu kesana

3. Serius buyer ( yang betul-betul nak beli )

4. Jika anda tipu, Perkhidmatan COD yang seterusnya saya akan minta 3/4 bayaran dari harga barang

Mudah sahaja syaratnya, alhamdulilah setakat ini saya tidak menghadapai sebarang masalah dengan perkhidmatan COD saya.

Jika anda berada dikawasan yang dinyatakan seperti dalam syarat-syarat dan ingin mendapatkan produk shaklee boleh hubungi saya seperti dibawah.

Hubungi saya dengan whatsapp/wechat/sms 013-5954808 
Email : hayati1710@gmail.com 
https://www.facebook.com/IzatisShop
https://www.facebook.com/pages/Pengedar-vitamin-Kuala-Ketil/632120276827757 

These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Saturday, 27 September 2014

Air Membantu untuk Kurus



SAYA NAK KURUS!!!


kalau nak kurus kena banyak minum air. apa kaitan kurus dengan air?


Ini adalah bukti kajian sains tentang kepentingan air kepada tubuh badan

Berbalik kepada topik kurus, memang air sangat menyumbang dan membantu kita untuk kurus. tapi pastikan air putih ya,bukan air manis atau air berkarbonat. kekurangan air dalam badan boleh membantutkan proses pelangsingan badan teruatamanya bagi anda yang memang dalam proses menurunkan berat badan.

Mengapa perlu minum banyak air untuk kurus?

Pernahkah anda mendengar "gemuk air". sebenarnya minum air dalam kuantiti yang banyak tidak boleh membuatkan anda gemuk,lemak sahaja yang buat anda gemuk. sebaliknya air sangat membantu kita daripada dehidrasi semasa proses diet.

Lemak akan mudah dicernakan dengan bantuan air dan air juga membantu meningkatkan kadar metabolisma badan.

Badan kita akan membakar lemak semasa proses diet, dan membuang segala toksin dalam badan. dalam proses ini air sangat berperanan besar untuk membantu proses penyingkiran toksin melalui sistem perkumuhan.

Alasan yang selalu diberikan apabila kita disaran banyak minum air adalah saya penat lah nak berulang-alik ketandas. sebenarnya itu adalah sihat, melalui pembuang air kecil dan air toksin juga dikelurkan dari dalam tubuh. berkurangnya kadar toksin akan membantu meningkatkan daya serapan nutrien.

Apabila anda kekurangan air anda akan cepat rasa letih,pengaliran darah tidak lancar dan otak kita juga kekurangan oksigen.

Air juga membantu otot supaya tidak kejang semasa kita bersenam

Disamping itu anda juga dinasihatkan supaya mengambil bekalan protein dan serat yang mencukupi. tetapi kurang air dalam badan juga akan membuatkan fungsi serat terbantut.

Ambil serat secukupnya,minum air secukupnya barulah kita tidak sembelit

Jom kita amalkan cara minum air yang betul

> 2 gelas air sebaik sahaja bangun tidur bagus untuk proses penghadaman
> 1 gelas air sebelum mandi membantu merendahkan tekanan darah 
> 1 gelas air sebelum tidur mengelakkan strok dan serangan jantung
> 1 gelas air sebelum makan membantu proses penghadaman

* orang dewasa digalakkan minum air kosong sekurang-kurangnya 3 liter sehari

Setiap pergerakkan atau aktiviti yang kita lakukan akan mengurangkan air dalam badan kita sebab itu kita perlu minum untuk menggantikan air yang hilang

Amalkan minum sebotol air mineral bersamaan 1 liter sebelum bersenam membantu anda berpeluh dan toksin akan dikeluarkan dari dalam badan melalui peluh

sangat mudah dan murah, hanya perlu disiplinkan diri dengan minum air secukupnya sahaja, insya allah berat akan akan turun dengan jayanya disamping mengamalkan suplimen tambahan, kawal diet harian dan bersenam.



klik pada imej untuk order sekiranya anda memiliki kad kredit @ kad debit


@


Hubungi saya dengan whatsapp/wechat/sms 013-5954808 
Email : hayati1710@gmail.com 
https://www.facebook.com/IzatisShop 
https://www.facebook.com/pages/Pengedar-vitamin-Kuala-Ketil/632120276827757 

These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Rindu Bertamu



Tak salah pun kita merindu, Aku tetap rinu walaupun ku tahu rindu ku tak akan berbalas. tiada lagi gelak tawa gurau senda kami anak beranak. ya allah terima kasih kerana titipkan rasa rindu ini dalam hati ku. rindu ini buat aku kuat, buat aku sedar betapa bernilainya sebuah kehidupan. Rindu ini juga buat aku sedar tentang hakikat kematian.terima kasih kerana pinjamkan seorang ibu yang sangat memahami, pandai masak dan penyayang.

Terima kasih YA ALLAH kerana 24 engkau pinjamkan ku seorang ibu yang sangat baik, kami ibarat kawan yang tiada rahsia. tuturnya tak pernah kami lupakan,senyumanya sentiasa dimata,suaranya sentiasa ditelinga. sedar tak sedar sudah 4 tahun ibu pergi tapi terasa seperti baru semalam dia tinggalkan kami. AL FATIHAH semoga mak tenang dan berbahagia disana. Insya Allah mak,kita akan bertemu disana.sambutlah kedatangan anakmu yang sangat merinduimu mak.

Abah, terima kasih sebab besarkan kami, cari rezeki siang malam nk besarkan kami. nak penuhi permintaan anak-anak dan isteri tersayang. YA ALLAH, terima kasih pinjamkan 28 tahun kepada ku seorang abah yang sangat menjagaku. abah tak pernah jentik pun walaupun aku nakal, sebaliknya dinasihatkan dengan penuh hemah. tuturnya sentiasa penuh dengan nasihat dan pesanan. AL FATIHAH untuk abah,moga tenanga dan bahagia disana. abah tunggu kami ya, kita jumpa disana nanti. segala amanah abah akan ku jaga sebaik mungkin.

YA ALLAH terima kasih untuk rindu ini, terima kasih atas segala pinjamanmu untuk kami, pinjaman yang sangat tak ternilai dengan harta dunia. tak pernah ku menyesal, meratapi kehilangan ini sebab hati ini sudah cukup redha dan sudah cukup faham tentang qada & qadar mu. sampai hujung nyawa aku tetap aku akan merindui



Hubungi saya dengan whatsapp/wechat/sms 013-5954808 Email : hayati1710@gmail.com https://www.facebook.com/IzatisShop https://www.facebook.com/pages/Pengedar-vitamin-Kuala-Ketil/632120276827757 These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Friday, 26 September 2014

Alamak Perut Buncit!!!

Perut buncit memang merimaskan,itu pada pandangan peribadi saya. sebab bila pakai baju nampak perut mula la orang bertanya, eh mengandung lagi ka? dulu masa zaman muda-mudi memang tak buncit pun perut ni. dah beranak ni buncit pulak, sangat merisaukan. macam-macam dah cuba tapi hasilnya menghampakan. tapi saya dah amalkan cara kempis perut tradisional.nampak berkurang sikit ukur lilit perut ni.


Gerun tengok lemak tu kan. disamping petua tradisional, saya juga mengambil suplimen shaklee. dh setahun pun saya dengan shaklee. memang sayang sangat shaklee ni sebab saya berjaya kurus dengan shaklee dan saya juga amalkan beberapa tips yang ringkaskan untuk kempiskan perut. tips ini sellu yang kita anggap remeh tapi sebenarnya memberi impak besar pada perut.

Tips Kempiskan Perut Buncit

1. Amalkan diet yang seimbang mengikut usia kita
2. Jangan minum sambil berdiri
3. Elakkan makan bersulam air (kalau tercekik sila la minum air)
4. Minum air sedikit demi sedikit @ satu teguk satu nafas
5. Amalkan makan makanan rendah kolestrol dan kalori
6. Buat "sit-up" 8 kali setiap kali selepas bangun tidur
7. Ambil Herbalax @ Alfalfa untuk membuang toksin dalam perut dan cuci usus kita
8. Ambil Omega @ Lechitin yang membantu proses memecahkan lemak degil dalam badan
9. Minum Cinch Shake Mix untuk membina otot badan supaya bila kita kurus badan tetap "fit"
10. Minum ESP supaya kenyang dengan lebih lama dan mengurang selera nak makan
11. Banyakkan minum air kosong sekurang-kurangnya 3 liter sehari.

Mudah sahaja kan?..tapi yang mudah itulah kita selalu lupa dan abaikan. mulai dari hari ini mari kita sama-sama displinkan diri dengan amalkan tips diatas dan amalkan juga petua tradisional untuk kurangkan perut buncit dan mugkin juga kita boleh dapat kembali perut slim macam zaman muda mudi dulu.


 

Ini adalah set yang saya amalkan.saya ambil semua ni tau, saya tamak sebab saya nak sihat, saya nak kurus dan saya tak mau perut buncit.

Jika anda juga seperti saya boleh hubungi saya untuk membuat order @ dapatkan penerangan dengan lebih lanjut .


Hubungi saya dengan whatsapp/wechat/sms 013-5954808 
Email : hayati1710@gmail.com 
https://www.facebook.com/IzatisShop 
https://www.facebook.com/pages/Pengedar-vitamin-Kuala-Ketil/632120276827757 

These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.