Jom la klik

!-- nuffnang -->

Ada ApaYang Awesome

Showing posts with label muhasabah diri. Show all posts
Showing posts with label muhasabah diri. Show all posts

Monday, 6 October 2014

Tutuplah Aurat...Moga Istiqomah




Tak tahu nak coretkan apa malam ni, buntu. idea pun satu nikmat dan kurniaan allah untuk kita manusia. tapi mungkin hari ni agak bercelaru jadual kehidupan jadi idea pn kering sikit. bila keadaan dah tenang di malam-malam yang sunyi duduk termenung seorang diri, mula terfikir siapa aku. sempurnakah aku untuk tuhanku, untuk suamiku. Mula muhasabah diri tentang auratku, allah kurangnya aku, jahilnya aku. ada terbaca satu "perlian" ini.

orang perempuan tak sanggup nak berkongsi suami TAPI mereka sanggup berkongsi aurat mereka dengan lelaki lain. sedangkan aurat mereka hanya untuk suami.
JADI siapa yang tidak adil sebenarnya.

Terketuk pintu hati,terhantuk rasa kepala ini bila terbaca "perlian" ini. ada betulnya, jadi hati pun la termuhasabah. terus berdiri depan cermin, pandang diri sendiri dari atas sampai bawah. cukup labuhkah tudungku, cukup longgarkah baju ku, seluarku dan kainku. cukup tebalkah pakaian ku, tertutupkah kaki ku. Berdosanya aku sebab pandang remeh tentang aurat. insya allah akan ku berhijrah seperti yang di tuntut. MOGA ISTIQOMAH!!!






Tak pandai saya nak komen lebih-lebih sebab saya juga masih dalam proses perbetulkan diri.
Moga imej-imej ini dapa membantu kita supaya lebih faham kepentingan menutup aurat.wajib kita kita tutup.



Hubungi saya dengan whatsapp/wechat/sms 013-5954808 Email : hayati1710@gmail.com https://www.facebook.com/IzatisShop https://www.facebook.com/pages/Pengedar-vitamin-Kuala-Ketil/632120276827757 These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Monday, 29 September 2014

Memahami Rezeki

Sabda rasulullah s.a.w.:

setiap manusia tidak perlu merasa bimbang akan rezekinya kerana itu semua telah ditetapkan allah s.w.t. ketika dirinya masih berupa janin didalam perut ibunya. Allah s.w.t telah menentukan batas rezeki seseorang dan tidak akan sesekali diambil oleh orang lain.

"Bertakwalah kepada allah dan perindahkanlah di dalam mencari (rezeki). Janganlah dengan lambatnya rezeki menjadikanmu mencarinya dengan melakukan maksiat kepada allah. Sesungguhnya allah tidaklah memberikan apa yang ada di sisinya kecuali dengan ketaatan kepadanya." ( hadis riwayat Ibnu Hibban,Ibnu Majah,Hakim dan yang lainnya dengan lafaz yang serupa).

Kita sebagai orang islam wajib menjauhi rezeki yang haram dan sentiasalah memohon kepada Allah agar kita diberikan rezeki yang halal untuk diberikan kepada seluruh umat yang memerlukan.

Walaupun rezeki iti ditangan Allah, kita sebagai hambanya wajib berusaha keras dengan apa cara sekali pun untuk mendapatkan rezeki yang halal.

Berpeluk tubuh menunggu bulan jatuh keriba,durian runtuh semua itu usaha yang sia-sia kerana Allah hanya akan memberikan rezeki kepada hambanya yang berusa,berdoa dan sentiasa mengingatinya.

sebab itulah betapa pentingnya solat dhuha.walaupun hanya solat sunat tetapi keajaiban hanya allah yang tahu. hebatnya dhuha bagi sesiapa yang merutinkannya.

SOLAT DHUHA BUATMU MURAH REZEKI SELUAS-LUASNYA, Insya Allah
posted from Bloggeroid

Saturday, 27 September 2014

Rindu Bertamu



Tak salah pun kita merindu, Aku tetap rinu walaupun ku tahu rindu ku tak akan berbalas. tiada lagi gelak tawa gurau senda kami anak beranak. ya allah terima kasih kerana titipkan rasa rindu ini dalam hati ku. rindu ini buat aku kuat, buat aku sedar betapa bernilainya sebuah kehidupan. Rindu ini juga buat aku sedar tentang hakikat kematian.terima kasih kerana pinjamkan seorang ibu yang sangat memahami, pandai masak dan penyayang.

Terima kasih YA ALLAH kerana 24 engkau pinjamkan ku seorang ibu yang sangat baik, kami ibarat kawan yang tiada rahsia. tuturnya tak pernah kami lupakan,senyumanya sentiasa dimata,suaranya sentiasa ditelinga. sedar tak sedar sudah 4 tahun ibu pergi tapi terasa seperti baru semalam dia tinggalkan kami. AL FATIHAH semoga mak tenang dan berbahagia disana. Insya Allah mak,kita akan bertemu disana.sambutlah kedatangan anakmu yang sangat merinduimu mak.

Abah, terima kasih sebab besarkan kami, cari rezeki siang malam nk besarkan kami. nak penuhi permintaan anak-anak dan isteri tersayang. YA ALLAH, terima kasih pinjamkan 28 tahun kepada ku seorang abah yang sangat menjagaku. abah tak pernah jentik pun walaupun aku nakal, sebaliknya dinasihatkan dengan penuh hemah. tuturnya sentiasa penuh dengan nasihat dan pesanan. AL FATIHAH untuk abah,moga tenanga dan bahagia disana. abah tunggu kami ya, kita jumpa disana nanti. segala amanah abah akan ku jaga sebaik mungkin.

YA ALLAH terima kasih untuk rindu ini, terima kasih atas segala pinjamanmu untuk kami, pinjaman yang sangat tak ternilai dengan harta dunia. tak pernah ku menyesal, meratapi kehilangan ini sebab hati ini sudah cukup redha dan sudah cukup faham tentang qada & qadar mu. sampai hujung nyawa aku tetap aku akan merindui



Hubungi saya dengan whatsapp/wechat/sms 013-5954808 Email : hayati1710@gmail.com https://www.facebook.com/IzatisShop https://www.facebook.com/pages/Pengedar-vitamin-Kuala-Ketil/632120276827757 These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Wednesday, 17 September 2014

Hebatnya Solat Dhuha

Ulasan ni adalah ringkasan apa yang saya faham semenjak saya merutinkan dhuha.

Dulu saya selalu merungut tak cukup masa,tak sempat,kelam kabut pengurusan masa saya. tapi semenjak saya mengenali dhuha, lapangnya masa saya. bukan bermaksud lapang masa hingga sempat tengok televisyen, yang tu memang tak sempat dan tak mau tengok sebab saya rasa sangat membuang masa yang begitu emas berlian ni.

KHASIAT DHUHA

1. Melapangkan Waktu
2. Murahkan Rezeki
3. Meringan jodoh ( elok diamalkan bagi yang teruna & dara)
4. Memberi ketenangan hati
5. Mencukupkan rezeki & waktu kita yang selama ni selalu tak cukup

Dapat disimpulkan dengan lebih mudah lagi dalam Dhuha terdapat 7D. 

- Dhuha
- Doa
- Dagang (elok dijadikan ruti bagi para usahawan)
- Derma
- Dzikir
- Duit ( efek sampingan yang kita dapat,sentiasa mencukupi..Insya allah)
- Dasyat ( hebatnya kesan dhuha dalam rutin harian kita dari segala aspek)


Amalkan dan rutinkan dhuha,yakin 100% dengan kelebihan dan manfaat dhuha. insya allah hidup kita sekeluarga sentiasa didalam rahmat dan keberkatannya. jangan buat kerana mahu kaya,buatlah seikhlas hati,jadikan dhuha sebagai pembersih rohani kita. segalanya akan dipermudahkan oleh Allah. Insya Allah






Hubungi saya dengan whatsapp/wechat/sms 019-5954808 
Email : hayati1710@gmail.com 
https://www.facebook.com/IzatisShop 
https://www.facebook.com/pages/Pengedar-vitamin-Kuala-Ketil/632120276827757 

These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Tuesday, 16 September 2014

Hebatnya Khasiat Amalan Rohani

Assalamualaikum..Salam 1 Malaysia

Apa itu amalan rohani?
Senang cakap amalan yang selalu kita lupa,alpa. bukan berat pun,yang paling asas solat 5 waktu dan solat diawal waktu.mudah saja kan? tapi ramai diantara kita termasuklah saya sendiri sering melambatkan solat dan kadang-kadang culas. Astagfirullahhalaazim, lekanya kita,lalainya kita.

Bila kita tak berjaya, mula la kita nak salahkan takdir sedangkan kita lupa apa yang kita dah buat pada sang pencipta kita.kita hanya harapkan balasan tapi lupa suruhannya. usaha la macam mana sekalipun tapi kalau kita lupa nak mintak pada dia, tak kan kemana usaha kita tu, hati kita selalu resah gelisah,masa kita tak pernah cukup..dialog yang sering kita dengar " aku ni bagi sehari 25 jam pun tak cukup".

kenapa tak cukup??
sebab kita leka dengan dunia. kemewahan kita tak pernah dikongsi,simpan sorang-sorang duit berkepok kita tu. allah,jahilnya kita.

Tapi tak salah kita nak berubah kan?..pedulikan kata-kata orang yang suka bercakap ' alah nak tunjuk alim la tu siap berstokin bagai,bersarung tangan,tuduh labuh,tak pakai seluar,baju longgar". abaikan orang yang negative macam tu. dosa kita bukan dia yang tanggung,diakhirat nanti bukan dia yang nak jawab dosa pahala kita. tapi membiarkan dia bukan bermaksud kita tak peduli langsung tentang dia. kita doa la semoga allah bukan kan pintu hati dia, supaya dia nampak keperluan untuk berubah.
tak payah tunggu orang iktiraf kita jadi ustaz @ ustazah barulah kita perlu berpakaian menutup aurat.
berubah la sedikit demi sedikit kerana mati itu pasti dan kita tak tahu bila kita nak mati.





kenapa saya bercerita tentang amalan rohani malam hari ini? saya pun bukanlah ustazah,suami saya pun bukan ustaz. tapi alhamdulilah allah sayangkan saya, saya tergerak nak join shaklee. masa tu tak tau macam cara kumpulan bergerak. bila saya teliti saya kaji setiap apa yang diajar,hati ini terdetik..Allahuakhbar!! patut la upline saya semuanya kaya dan berjaya sebab mereka tak pernah lupa Allah, saya diajar mengenal dhuha,mengenal zikir amalan harian, saya mengenal tahajud,saya mengenal zakat dan sedekah. sesuatu yang tak pernah saya amalkan sebelum ini,jahilnya saya. alhamdulilah,alhamdulilah terima kasih Allah. kami bukan mencari wang untuk kemewahan semata-mata.kami mencari wang untuk membahagiakan kesayangan kami, memberi lebih pada yang perlu, bebas hutang.

"alah tak kan la dia boleh berjaya dengan sebab solat dhuha". jangan memperlekehkan kuasa Allah,jangan sekali-kali. hayati sendiri faedah dhuha,zikir,tahajud,sedekah dan zakat. Allah akan mengingati hambanya yang tak jemu meminta,merayu,mengadu padanya. jangan sombong dengan Allah,jangan malu dengan Allah. mintaklah sesungguh-sungguh hati,menangislah,mengadulah padaNYA. Insya allah DIA sedia mendengar dan membantu  kita keluar dari masalah,menghadiahkan kita ganjaran yang tak pernah kita sangka-sangka. Insya allah


Terima kasih Allah, upline saya, terima kasih suami, terima kasih kawan-kawan shaklee yang takpernak jemu berkongsi pengetahuan dan nasihat. nak join shaklee dibawah kumpulan kami?? jangan malu jangan segan hubungi Yati. =)



Hubungi saya dengan whatsapp/wechat/sms 019-5954808 
Email : hayati1710@gmail.com 
https://www.facebook.com/IzatisShop 
https://www.facebook.com/pages/Pengedar-vitamin-Kuala-Ketil/632120276827757 

These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Friday, 18 July 2014

Tragedi MH17



Salam takziah untuk semua waris yang terlibat,kita yang tiada saudara terlibat pun sedih dengan tragedi ni patah lagi keluarga mereka kan..tiada apa yang kita mampu lakukan untuk melawan takdir allah taala,hanya redha..disetiap sujud kita titipkanlah doa buat mereka moga dipermudahkan segalanya dan bagi yang beragama islam moga ditempatkan dikalangan hamba yang soleh dan solehah..insya allah

#prayformh17
#prayforgaza


Hubungi saya dengan whatsapp/wechat/sms 019-5954808
Email : hayati1710@gmail.com
https://www.facebook.com/IzatisShop
 https://www.facebook.com/pages/Pengedar-vitamin-Kuala-Ketil/632120276827757

 These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Monday, 7 July 2014

KELEBIHAN BERPUASA DARI SUDUT PERUBATAN

Semua umat islam rata-rata dah diajar berpuasa seawal usia 6 tahun..malah ada yang lebih awal lagi dah diajar berpuasa,alhamdulilah..berlumba-lumba kita dengan adik beradik berpuasa..kalau tak puasa satu hari pun dh rasa sedih sangat sebab tak dapat puasa penuh..tapi bila makin meningkat dewasa,puasa dipandang enteng..yang perempuan beri alas an uzur bila ditanya kenapa tak puasa?? Yang lelaki pula beralasan gastrik,demam dan sebagainya la bila ditanya kenapa tak puasa??..kenapa jadi macam ni??..tah la,saya pun tak tau nak komen,tuan punya badan ja yang ada jawapan..tepuk dada tanyalah iman..

Puasa ni banyak sangat kelebihannya,bukan saja dari segi islam malahan dari sudut perubatan juga membuktikan puasa ni banyak kelebihannya. Antara kelebihan berpuasa dari sudut perubatan:

1.       Penurunan berat badan
-          Membantu individu yang obes menurunkan berat badan dengan cara yang sihat. Penurunan berat badan sepanjang tempoh berpusa berbeza kesannya dengan penurunan berat badan secara diet. Turun berat badan dengan berpuasa lebih stabil kerana berat badan tidak akan naik mendadak jika berhenti berpuasa..pahala dapat badan pun slim..berbeza jika turun berat badan dengan cara diet keras seperti tak makan nasi..bila kita dah tak mapu nk kawal diet,berat badan akan naik mendadak..malahan ada yang naik lebih lagi dari sebelumnya.

2.       Pesakit diabetes & darah tinggi
-          Membantu menurunkan paras gula dalam darah dengan cara semulajadi dan juga menstabilkan tekanan darah sebab tak mengambil terlalu banyak makanan yang menyumbang kepada tekanan darah tinggi

3.       Mempercepatkan proses pemulihan
-          Proses penggantian tisu yang rosak menjadi mudah dan lebih cepat hasil dari protein sintesis yang semakin berkesan disebabkan antibodi badan lebih teratur. Sebab tu la bila kita sakit doktor akan nasihatkan kita supaya berpuasa supaya badan kita menghasilkan sel dan tisu baru yang membantu mempercepatkan proses pemulihan.

4.       Awet muda dan melanjutkan usia
-          Dengaq awet muda mesti semua teruja kan??..ok mai pakat baca cepat. Sejenis hormone anti-penuaan dengan banyak ketika berpuasa. Ini juga disebabkan oleh proses protein sintesis yang membantu badan menghasilkan sel-sel baru bagi menggantikan yang rosak. Ketahan badan juga akan menjadi lebih baik. So rajin-rajin la berpusa kalau nak muda selalu.

5.       Mengurangkan risiko penyakit aterosklerosis
-          Puasa juga membantu menurunan paras kolestrol dalam darah dan mengurangkan risiko penyakit tersebut (sejenis panyakit pada arteri dimana lemak-lemak akan berkembang pada dinding dalam arteri dan akhirnya menyekat pengaliran darah ).

6.       Solat terawih meningkatkan metabolisme badan
-          Membantu system percernaan supaya cepat mencernakan makanan yang dimakan dan digunakan sebagai tenaga. Solat terawih juga adalah senaman ringkas untuk kardiovaskular (jantung dan aliran darah).

7.       Disiplinkan diri berhenti merokok
-          Siang hari perokok boleh bertahan dari hisap rokok sebab berpuasa,apa kata lepas ni malam hari pun cuba untuk tidak hisap rokok.nyahkan semua nikotin yang lama terkumpul dalam badan tu. Bila ketagih nak merokok cuba fikirkan kesan merokok pada tubuh badan,rokok adalah penyebab kanser,sakit jantung,tekanan darah tinggi,paru-paru dan macam-macam lagi la.insya allah usaha nak berhenti merokok pasti kan Berjaya,tekadkan niat dan kuatkan semangat.

8.       Ketenangan mental
-          Kita akan merasa lebih tenang dalam bulan puasa. Individu mana yang mengalami masalah tekanan jiwa,buntu stress cuba lah berpuasa walaupun bukan dalam bulan ramadhan.penawar terbaik untuk mencari ketenangan adalah dengan mendekatkan diri dengan Allah.


Dari segi perubatan pun puasa terlalu banyak faedahnya..apatah lagi dari sudut pandangan islam. Jadi.marilah kita pakat puasa,sempena bulan puasa ni gandakan amalan sebyak mugkin,berebutlah kita dalam mencari redha ilahi.

Hubungi saya dengan whatsapp/wechat/sms 019-5954808
Email : hayati1710@gmail.com
https://www.facebook.com/IzatisShop
https://www.facebook.com/pages/Pengedar-vitamin-Kuala-Ketil/632120276827757


These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Sunday, 29 June 2014

Salam Ramadhan

Hari ni dah 1 ramadhan..alhamdulilah.. tapi hati ni tetap rindu..rindu pada yang tersayang..arwah mak yang dh 4 tahun tinggalkan kami..arwah abah yang baru 3 bulan tinggalkan kami..walaupun dah berkeluarga tapi still rasa kerinduan tu sebab tanpa mak ayah tak ada la kita hari ni kan..AL-FATIHAH..




Moga Ramadhan kali lebih banyak pahala yang kita dapat..gunakan sebaik mungkin ramadhan kali, perbetulkan diri, jadikan sebagai titik hijrah dalam diri dibulan yang penuh barakah ini..insyaa allah








Hubungi saya dengan whatsapp/wechat/sms 019-5954808 Email : hayati1710@gmail.com https://www.facebook.com/IzatisShop https://www.facebook.com/pages/Pengedar-vitamin-Kuala-Ketil/632120276827757 These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Sunday, 22 June 2014

Ada Aku Kesah

Eh tajuk kontroversi sgt la kan..kita hidup ni kena kurangkan kontroversi tingkatkan prestasi


Tak salah kita nak kesahkan hal orang tapi kesahkan la hal yang positif..yang boleh bantu kita lebih bersemanngat.tak payah la nak kesah hal yang negati yang tak mendatangkan faedah dekat kita..

Dok sibok kesahkan hal kenapa dia tak keja ya?? shaklee ni untung bayank sangat ka?..banyaknya masa kosong anda kan..kesahkan la,macam mana dia boleh berjaya jadi WAHM dengan shaklee ya??mcam mna dia buat??.. ha macam tu la bagus..buat kita lebih semangat lagi nak majukan diri..

ok sekian celoteh kali ni..xdak kena mengena samada yang hidup mahupaun yang mati..sekadar renungan bersama dan pesanan untuk diri sendiri..PEACE NO WAR

nak jadi ahli mai la PM..
anda tak rugi..anda dah berada dalam kumpulan yang betul =)



Hubungi saya dengan whatsapp/wechat/sms 019-5954808
Email : hayati1710@gmail.com
https://www.facebook.com/IzatisShop
https://www.facebook.com/pages/Pengedar-vitamin-Kuala-Ketil/632120276827757

These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Wednesday, 4 June 2014

Syaaban bulan nabi

Assalamualaikum..

dah 4 hari Jun bertandang.. dan selamat datang juga bulan syaaban yang penuh keberkatan



 Jom la kita sama-sama berpuasa sunat bulan syaaban,rebut segala nikmat dalam bulan ni



 nabi yang maksum dan memang dah dijanjikan syurga pun masih mengejar pahala..inikan pula kita manusia biasa..pesanan untuk diri sendiri

SELAMAT BERAMAL

nak order shaklee hubungi nombor yang tertera di bawah ya




Hubungi saya dengan whatsapp/wechat/sms 019-5954808
 Email : hayati1710@gmail.com
 https://www.facebook.com/IzatisShop
 https://www.facebook.com/pages/Pengedar-vitamin-Kuala-Ketil/632120276827757

 These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Wednesday, 28 May 2014

Bukan senang nak senang

 Assalamualaikum

Bukan senang nak senang dan bukan susah nak susah..pilihan ditangan kita.
pilihan saya bukan senang nak senang, tapi bukan bermaksud saya tak bersyukur dengan apa yang ada..dah cukup bersyukur cuma sekarang cita-cita mengejar money freedom,time freedon dan satu cita-cita yang paling besar



Bahagia ni yang saya cari selama ni,dengan shaklee baru la saya terbuka minda,buka hati tentang wahm..selama ni saya tahu tapi saya tak tahu jalan mana yang boleh bawa saya nak capai WAHM..
Insyaa allah moga dipermudahkan niat saya.

Anda diluar sana yang nak join shaklee dan join WAHM jom hubungi saya



Hubungi saya dengan whatsapp/wechat/sms 019-5954808 
Email : hayati1710@gmail.com
https://www.facebook.com/IzatisShop 
https://www.facebook.com/pages/Pengedar-vitamin-Kuala-Ketil/632120276827757 

These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Thursday, 24 April 2014

Rahsia Surah Al-Mulk




 Sama-sama kita hafal dan fahamkan maksudnya =)






These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. Hubungi saya dengan whatsapp/wechat/sms 019-5954808

Sunday, 13 April 2014

7 Sunnah Nabi

Sunnah nabi S.A.W,jom kita sama2 amalkan 

Monday, 10 March 2014

PRAY FOR MH370




Ya Allah permudahkanlah urusan kami..selamatkan mereka 

Monday, 23 December 2013

Rahsia Kebahagiaan Rumah Tangga

Jom sama-sama kita amalkan doa ni..In syaa Allah hidup kita akan sentiasa cinta & mencintai..


Kali ni saja nak buat entri tentang suami isteri sebab saya dikelilingi kawan & saudara yang baru mendirikan rumah tangga..tiba2 mai mood throwback 3 years ago.

Jom kita baca serba sedikit apa yang dikatakan rahsia rumah tangga..jom sama2 amalkan..
1. Rahsia khusus 
Rahsia-rahsia khusus adalah hal peribadi yang diminta secara khusus oleh suami atau isteri kepada pasangannya supaya dirahsiakan. Iamam al-Ghazali ada mencatatkan di dalam kitabnya Mukasyafatu al-Qulub tentang beberapa tafsiran ulama mengenai perintah Allah kepada orang-orang mukmin supaya menjaga dan di mana antara amanah itu ialah “satu perkataan atau ayat” yang diamanahkan supaya dijaga dan dirahsiakan. Maka wajib menjaga amanah tersebut. Begitu juga sesuatu yang dibisikkan kepada pasangan dengan permintaan supaya ia menjadi rahsia antara mereka berdua, maka ia tergolong dalam amanah yang wajib dijaga.



2. Rahsia Yang Menyentuh Keselamatan 
Mungkin ada orang yang memusuhi pasangan kita berniat jahat dan hendak mengkhianati dan menganiayainya. Musuh itu mungkin menyamar dengan meminta daripada kita

segala maklumat, latar belakang dan sebagainya. Dalam keadaan ini kita sebagai pasangannya harus cerdik dan bijaksana. Tersalah memberi maklumat kepada musuh sesungguhnya akan mengundang bahaya kerana sejarah ada mencatatkan tentang kisah isteri Sam’un al-Ghazi yang mendedahkan rahsia kekuatan suaminya kepada pihak musuh hingga menyebabkan nyawa suaminya terancam. Oleh itu janganlah terlalu jujur atau memberi segala maklumat sehingga mendedahkan “rahsia” keselamatan pasangan. Seboleh mungkin cubalah mengesan helah orang yang berniat jahat terhadap pasangan melalui tutur kata atau perilaku mereka.



3. Rahsia Harta Benda 
 Harta benda dan kewangan pasangan juga adalah rahsia yang wajib dijaga dan dipertahankan oleh isteri. Dalam hal ini, isteri terutamanya yang berfungsi sebagai pengurus rumah tangga tentulah orang yang paling berperanan dalam menjaga rahsia rumah tangga yang dibina kerana Rasulullah SAW sendiri pernah bersabda yang bermaksud: “Sebaik-baik isteri adalah yang dapat menyenangkan hati suaminya apabila suami melihatnya dan apabila disuruh dia menurut perintahmu, dan ia dapat menjaga kehormatan dirinya dan harta bendamu ketika engkau tiada di rumah.” (at-Thabrani)



Dalam konteks ini, rumah tangga dan segala isinya adalah dikatakan “harta” dan benteng rahsia keluarga. Adalah menjadi tanggungjawb suami isteri menjaganya dengan sebaik-baiknya. Sehubungan itu, Islam melarang keras orang yang mencuri-curi pandang ke dalam rumah orang lain tanpa mendapatkan keizinan daripada tuan rumah. Sabda Rasulullah s.a.w. : “Jika ada orang yang menjengok-jengok rumahmu tanpa izin, lalu engkau melontarkan batu kepadanya sehingga pecah matanya, tidaklah engkau berdosa.” (Bukhari dan Muslim)



4. Rahsia Bilik Tidur 
Inilah rahsia yang paling utama dan benteng terakhir rahsia rumah tangga di mana rahsia yang berkaitan hubungan kelamin suami isteri ini hendaklah disembunyikan dan hanya menjadi rahsia antara pasangan kerana adalah haram dan berdosa hukumnya sekiranya salah seorang dari pasangan menghebahkan hubungan mereka kepada pengetahuan, pendengaran dan penglihatan orang lain meskipun anak-anak sendiri. Itulah sebabnya mengapa Islam mensyariatkan agar dipisahkan tempat tidur anak-anak sejak mereka berusia tujuh tahun serta mengajarkan kepada mereka supaya memberi salam dan meminta izin terlebih dahulu sebelum masuk ke bilik ibu bapa mereka terutamanya pada tiga masa seperti yang disebut di dalam al-Quran iaitu sebelum Subuh, sekitar waktu Zuhur dan selepas Isyak kerana pada waktuwaktu ini kemungkinan suami isteri sedang bersama atau pun mereka sedang berehat, bersantai atau tidur.



5. Rahsia Berhubung Soal Maruah 
Maruah melibatkan aurat, aib dan kelemahan seseorang. Firman Allah S.W.T. yang maksudnya: “Adapun wanita wanita yang solehah itu ialah wanita-wanita yang patuh (taat) dan memelihara kehormatan dirinya semasa ketiadaan suaminya sebagaimana Allah telah memelihara mereka.” (An-Nisa: 34) Dalam hal ini banyak perkara boleh berlaku sekiranya pasangan gagal menjaga maruah dirinya seperti:


i. Isteri atau suami berlaku curang terhadap pasangannya.
ii. Pasangan mencari hiburan di luar rumah.
iii. Pasangan menduakan suami atau isteri.
iv. Pasangan menceritakan rahsia rumah tangganya kepada orang lain.

6. Rahsia Berhubung Nafkah 
Dalam hal ini suami adalah wajib hukumnya untuk memberi nafkah atau perbelanjaan untuk isteri dan anak-anaknya. Pemberian ini adalah mengikut kemampuan, tidak sampai dilabelkan sebagai suami yang bakhil dan kedekut atau pun suami yang terlalu boros dan bermewah-mewah. Pokok pangkalnya seseorang itu wajib memberikan nafkah menurut kemampuannya. Oleh itu permasalahan sara hidup hendaklah dibincangkan sebaiknya dengan pasangan agar tidak menganiayai diri atau pun umpatan orang lain lantaran kegagalan kita menyimpan rahsia tersebut.



 Sekian saja conteng2 kali..harap dpt beri manfaat pada kita semua..pada yang beragama islam,selagi kita berpegang teguh pada al-quran dan sunnah In syaa allah rumah tangga kita akan dilimpahi dengan rahmat dah hidayah,dikurniakan rezeki yang melimpah ruah,dikurniakan zuriat yang soleh dan solehah.. In Syaa Allah ^___^

tq pada yg sudi berkongsi info (saya xingat nama blog..cari pn xjumpa dh..haisshhh nak kna mkn OMEGA dh ni)



nak order shaklee

sms/whatsapp YATI 013-5954808

https://www.facebook.com/IzatisShop

Tuesday, 19 November 2013

Solat Dhuha



Ruang waktu dan waktu afdal 

Sesuailah dengan namanya dhuha yang bermaksud pagi. Jadi ruang waktunya bermula kira-kira 20 minit selepas terbit matahari  atau disebut dalam kitab-kitab fikah sebagai tinggi matahari daripada pandangan jauh sekadar satu al-Rumh atau batang lembing yakni kira-kira dua meter. Waktu solat ini pula berakhir sebelum menjelang waktu Zuhur. Jadi, secara mudahnya dapat difahami bahawa batas waktu solat sunat Dhuha ini antara pukul 7 pagi hingga 1 petang.

Berkenaan waktu afdalnya pula iaitu ketika sinar matahari kian panas berdasarkan sepotong hadis Nabi s.a.w. yang dirakamkan oleh Zaid bin Arqam. Rasulullah s.a.w. menjelaskan: “Solat Dhuha ini afdalnya ketika matahari telah meninggi dan kian panas sinarnya.” Imam Nawawi menghuraikan masa tersebut sebagai masa berlalunya seperempat tempoh siang hari iaitu pukul 10 pagi hingga 1 petang (Kitab al-Majmu’ karangan Imam Nawawi).

Justeru, waktu sedemikian eloklah dilaksanakan solat tersebut, apatah lagi pada saat itu badan memerlukan ‘rehat sebentar’ setelah penat bekerja. Maka disarankan juga sekiranya masa tersebut diisi sekadar empat hingga lima minit dengan sujud menyembah Ilahi sama ada di rumah atau di tempat kerja dengan syarat tidak mengetepikan perkara-perkara atau urusan yang wajib dan utama daripada yang sunat.

Cara melaksanakannya 
Banyak bahan media cetak yang boleh dirujuk bagi mengetahui cara melakukan solat sunat Dhuha ini merangkumi bacaan-bacaan dalam solat hinggalah dalam sujud dan doa setelah selesai ibadat tersebut.
Cuma secara asas dan mudahnya berdasarkan hadis-hadis Nabi, solat sunat Dhuha ini dilakukan seperti solat-solat lain, cuma bacaan yang dianjurkan Baginda s.a.w. selepas al-Fatihah, menurut hadis yang disampaikan oleh Uqbah bin Amir, ialah surah al-Syams pada rakaat pertama dan al-Dhuha pada rakaat kedua. (Riwayat al-Hakim)
Namun begitu, perkara (bacaan dalam solat) ini adalah sesuatu yang subjektif dan tidak statik. Maka tidak perlulah hanya terikat dengan kaifiat tertentu dan bacaan tertentu. Apa yang penting, solat tersebut diniatkan dengan betul, syarat-syaratnya dipenuhi dan rukun-rukunnya disempurnakan sebaik-baiknya. Begitu jugalah dengan doa selepas solat tersebut.

Surah yang disarankan 



Doa yang disarankan
“Ya Allah bahawasanya waktu duha itu waktu duhamu, kecantikan itu ialah kecantikanmu , keindahan itu keindahanmu, kekuatan itu kekuatanmu ,kekuasaan itu kekuasaanmu dan perlindungan itu perlindunganmu “. ” Ya Allah jika rezekiku masih di atas langit , turunkanlah dan jika ada di dalam bumi, keluarkanlah, jika sukar mudahkanlah, jika haram sucikanlah. ,Jika masih jauh dekatkanlah. Berkat waktu duha, keagungan, keindahan, kekuatan dan kekuasaanmu, limpahkanlah kepada kami segala yang telah engkau limpahkan kepada hamba-hambamu yang soleh”









HUKUM SOLAT DHUHA

 
Pandangan para ulamak tentang hukum mengerjakan solat Dhuha adalah seperti berikut:
 
1.      Sunat secara mutlak dan dikerjakan setiap hari
2.      Sunat namun tidak didirikan setiap hari secara berterusan.
3.      Tidak disunatkan.
 
4.      Ianya disunatkan kerana faktor tertentu seperti bagi mereka yang tertinggal mengerjakan solat Qiyam al-Lail maka digantikan solat tersebut dengan mengerjakan solat pada waktu dhuha.
 
Pendapat yang paling tepat serta dipegang oleh jumhur ulamak adalah solat Dhuha termasuk amal sunat mu’akkadah dan dianjurkan untuk diamalkan secara rutin. Ini adalah kerana Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam selalu mengerjakannya, menganjurkan para sahabat untuk mengerjakannya malah baginda pernah mewasiatkan perlaksanaannya kepada beberapa sahabat. Daripada Abu Hurairah radhiallahu’ anh, dia berkata:
 
أَوْصَانِي خَلِيلِي صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بِثَلاَثٍ
 
صِيَامِ ثَلاَثَةِ أَيَّامٍ مِنْ كُلِّ شَهْرٍ وَرَكْعَتَيْ الضُّحَى وَأَنْ أُوتِرَ قَبْلَ أَنْ أَنَام.َ
 
Maksudnya:
Kekasihku shallallahu ‘alaihi wasallam telah mewasiatkan kepadaku tiga perkara yang tidak akan pernah aku tinggalkan sehingga akhir hayatku; berpuasa tiga hari setiap bulan (hijrah), mengerjakan dua rakaat solat Dhuha dan mengerjakan solat Witir sebelum tidur – Hadis riwayat Imam al-Bukhari dalam Shahihnya, Kitab al-Shaum, no: 1981.
 
Walaupun wasiat ini ditujukan kepada seorang sahabat tetapi anjuran tersebut merangkumi untuk seluruh umat Nabi Muhammad shallallahu ‘alaihi wasallam kecuali sekiranya terdapat lafaz yang menunjukkan ianya sememangnya khusus untuk sahabat tersebut. Ternyata lafaz tersebut berbentuk umum apatah lagi baginda juga pernah mewasiatkan perkara yang sama kepada Abu Darda’radhiallahu’ anh, dia berkata:
 
أَوْصَانِي حَبِيبِي صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بِثَلاَثٍ لَنْ أَدَعَهُنَّ مَا عِشْتُ
 
بِصِيَامِ ثَلاَثَةِ أَيَّامٍ مِنْ كُلِّ شَهْرٍ وَصَلاَةِ الضُّحَى وَبِأَنْ لاَ أَنَامَ حَتَّى أُوتِرَ.
 
Maksudnya:
Kekasihku shallallahu ‘alaihi wasallam pernah mewasiatkan kepadaku tiga perkara yang tidak akan pernah aku tinggalkan sehingga akhir hayatku; berpuasa tiga hari setiap bulan (hijrah), mengerjakan solat Dhuha dan tidak tidur sebelum  mengerjakan solat Witir. – Hadis riwayat Imam Muslim dalam Shahihnya, Kitab Sholaatul Musaafiriin wa Qashruhaa, no: 722.
 
 
v  KEUTAMAAN MENGERJAKAN SOLAT DHUHA
 
q  Ianya Amalan Berbentuk Sedekah
Bagi setiap anggota sendi serta ruas-ruas tulang perlu mengeluarkan sedekah bagi menunjukkan ketaatan kita kepada Allah Subhanahu wa Ta’ala. Justeru itu solat Dhuha adalah amalan yang dapat menunaikan tanggung jawab tersebut. Daripada Abu Dzarr radhiallahu’ anh, daripada Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam, baginda bersabda:
 
يُصْبِحُ عَلَى كُلِّ سُلاَمَى مِنْ أَحَدِكُمْ صَدَقَةٌ فَكُلُّ تَسْبِيحَةٍ صَدَقَةٌ وَكُلُّ تَحْمِيدَةٍ صَدَقَةٌ
 
وَكُلُّ تَهْلِيلَةٍ صَدَقَةٌ وَكُلُّ تَكْبِيرَةٍ صَدَقَةٌ وَأَمْرٌ بِالْمَعْرُوفِ صَدَقَةٌ وَنَهْيٌ عَنْ الْمُنْكَرِ صَدَقَةٌ
 
وَيُجْزِئُ مِنْ ذَلِكَ رَكْعَتَانِ يَرْكَعُهُمَا مِنْ الضُّحَى.
 
Maksudnya:
Bagi tiap-tiap ruas dari anggota tubuh salah seorang di antara kalian harus dikeluarkan sedekahnya setiap pagi hari. Setiap tasbih (Subhaanallah) adalah sedekah, setiap tahmid (Alhamdulillah) adalah sedekah, setiap tahlil (Laa Ilaaha Illallah) adalah sedekah, setiap takbir (Allahu Akbar) adalah sedekah, menyuruh untuk berbuat baik juga sedekah, dan mencegah kemungkaran juga sedekah. Dan semua itu boleh diganti dengan dua rakaat solat Dhuha. - Hadis riwayat Imam Muslim dalam Shahihnya, Kitab Sholaatul Musaafiriin wa Qashruha, no: 720.
 
q  Allah Memberi Rezeki Yang Cukup Sepanjang Siang Hari
Bagi mereka yang mengerjakan solat Dhuha Allah Subhanahu wa Ta’ala sentiasa mencukupkan segala keperluan seseorang sepanjang siang hari. Daripada Nu’aim bin Hammar, dia berkata: Saya pernah mendengar Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda Allah Azza Wa Jalla berfirman:
 
يَا ابْنَ آدَمَ لاَ تُعْجِزْنِي مِنْ أَرْبَعِ رَكَعَاتٍ فِي أَوَّلِ نَهَارِكَ أَكْفِكَ آخِرَهُ.
 
Maksudnya:
Wahai anak Adam, janganlah engkau sampai tertinggal untuk mengerjakan solat empat rakaat pada permulaan siang (waktu Dhuha), nescaya Aku akan memberi kecukupan kepadamu sampai akhir siang. - Hadis riwayat Imam Abu Dawud dalam Sunannya, Kitab al-Sholaah, no: 1097.
 
q  Mendapat Pahala Sebagaimana Mengerjakan Haji Dan Umrah
Bagi mereka yang mengerjakan solat Subuh secara berjemaah lalu tetap berada dalam masjid dengan berzikir kepada Allah dan mengerjakan solat Dhuha pada awal terbitnya matahari maka dia mendapat pahala seperti mengerjakan haji dan umrah. Daripada Anas radhiallahu’ anh, dia berkata: Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:
 
مَنْ صَلَّى الْغَدَاةَ فِي جَمَاعَةٍ ثُمَّ قَعَدَ يَذْكُرُ اللَّهَ حَتَّى تَطْلُعَ الشَّمْسُ
 
ثُمَّ صَلَّى رَكْعَتَيْنِ كَانَتْ لَهُ كَأَجْرِ حَجَّةٍ وَعُمْرَةٍ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
 
تَامَّةٍ تَامَّةٍ تَامَّةٍ.
 
Maksudnya:
Barangsiapa mengerjakan solat Subuh secara berjemaah lalu sesudah itu dia tetap duduk (di masjid) untuk berzikir kepada Allah sehingga matahari terbit (dan meninggi), kemudian solat (Dhuha) dua rakaat maka dia akan mendapat pahala sebagaimana pahala haji dan umrah. Dia berkata (Anas), Rasulullah bersabda: Yang sempurna, Yang Sempurna, Yang Sempurna. – Hadis riwayat Imam al-Tirmidzi dalam Sunannya, Kitab al-Jumu’ah, no: 535.
 
q  Ia Solat Bagi Orang Yang Bertaubat
Solat Dhuha adalah termasuk bagi solat untuk orang-orang yang bertaubat (Sholat Awwabin). Daripada Zaid bin Arqam bahawasanya Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam keluar menuju tempat Ahli Quba’ yang ketika itu mereka sedang mengerjakan solat Dhuha. Baginda lalu bersabda:
 
صَلاَةُ الأَوَّابِينَ حِينَ تَرْمَضُ الْفِصَالُ.
Maksudnya:
Solat Awwabin (orang-orang yang taubat) dilakukan pada saat teriknya matahari. - Hadis riwayat Imam Muslim dalam Shahihnya, Kitab Sholaatul Musaafiriin wa Qashruhaa, no: 748.
 
 
v  TATACARA PERLAKSANAAN SOLAT DHUHA
 
q  Waktu Mengerjakan Solat Dhuha
Waktu untuk mengerjakan solat Dhuha adalah sewaktu matahari mulai naik iaitu sebaik sahaja berakhirnya waktu yang diharamkan solat setelah solat Subuh (12 minit setelah matahari terbit atau untuk lebih berhati-hati laksanakannya setelah 15 minit) sehingga sebelum matahari condong atau tergelincir ketika tengahari (10 minit sebelum masuk waktu Zuhur atau untuk lebih berhati-hati laksanakannya sebelum 15 minit). Menurut Syaikh al-‘Utsaimin di dalam Asy-Syarhul Mumti’:
 
Jika demikian, waktu solat Dhuha dimulai setelah keluar dari waktu larangan solat pada awal siang hari (pagi hari) sampai adanya larangan saat tengah hari.
 
Namun demikian waktu yang afdal adalah pada saat matahari panas terik. Demikian adalah dalil-dalil tentang waktu mengerjakan solat Dhuha:
 
Daripada Anas radhiallahu’ anh, dia berkata: Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:
 
مَنْ صَلَّى الْغَدَاةَ فِي جَمَاعَةٍ ثُمَّ قَعَدَ يَذْكُرُ اللَّهَ حَتَّى تَطْلُعَ الشَّمْسُ
 
ثُمَّ صَلَّى رَكْعَتَيْنِ كَانَتْ لَهُ كَأَجْرِ حَجَّةٍ وَعُمْرَةٍ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
 
تَامَّةٍ تَامَّةٍ تَامَّةٍ.
 
Maksudnya:
Barangsiapa mengerjakan solat Subuh secara berjemaah lalu sesudah itu dia tetap duduk (di masjid) untuk berzikir kepada Allah sehingga matahari terbit (dan meninggi), kemudian solat (Dhuha) dua rakaat…– Hadis riwayat Imam al-Tirmidzi dalam Sunannya, Kitab al-Jumu’ah, no: 535.
 
Sabda Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam:
 
صَلاَةُ الأَوَّابِينَ حِينَ تَرْمَضُ الْفِصَالُ.
Maksudnya:
Solat Awwabin (orang-orang yang taubat) dilakukan pada saat teriknya matahari. - Hadis riwayat Imam Muslim dalam Shahihnya, Kitab Sholaatul Musaafiriin wa Qashruha, no: 748.
 
q  Jumlah Rakaat Solat Dhuha
Jumlah rakaat solat Dhuha paling minimal adalah dua rakaat dan ia boleh dikerjakan tanpa batasan jumlah rakaat yang tertentu. Sebelum ini penulis telah memaparkan hadis-hadis berkaitan solat Dhuha yang dilaksanakan dengan dua dan empat rakaat. Berikut adalah dalil yang menunjukkan ianya juga boleh dikerjakan dengan sebanyak enam, lapan dan dua belas rakaat.
 
Daripada Anas bin Malik radhiallahu’ anh bahawasanya Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam pernah mengerjakan solat Dhuha sebanyak enam rakaat – Hadis riwayat Imam al-Tirmidzi dalam kitab al-Syamaail, Bab Sholat al-Dhuha, no: 273.
 
أُمِّ هَانِئٍ فَإِنَّهَا قَالَتْ إِنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ دَخَلَ بَيْتَهَا يَوْمَ فَتْحِ مَكَّةَ
 
فَاغْتَسَلَ وَصَلَّى ثَمَانِيَ رَكَعَاتٍ.
 
Maksudnya:
Daripada Ummu Hani’, dia berkata: Pada masa pembebasan kota Makkah, dia bertemu Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam ketika baginda berada di atas tempat tertinggi di Makkah. Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam beranjak menuju tempat mandinya lalu Fathimah memasang tabir untuk baginda. Selanjutnya Fathimah mengambilkan kain dan menyelimutkannnya kepada baginda. Setelah itu baginda mengerjakan solat Dhuha sebanyak lapan rakaat – Hadis riwayat Imam al-Bukhari dalam Shahihnya, Kitab al-Tahajjud, no: 1176.
 
Di dalam Fathul Baari al-Hafidz Ibnu Hajar rahimahullah telah membawa sebuah riwayat seperti dibawah:
 
وَعِنْد اَلطَّبَرَانِيّ مِنْ حَدِيثِ أَبِي اَلدَّرْدَاءِ مَرْفُوعًا مَنْ صَلَّى اَلضُّحَى رَكْعَتَيْنِ لَمْ يُكْتَبْ مِنْ اَلْغَافِلِينَ ,
 
وَمَنْ صَلَّى أَرْبَعًا كُتِبَ مِنْ اَلتَّائِبِينَ , وَمَنْ صَلَّى سِتًّا كُفِيَ ذَلِكَ اَلْيَوْمَ ,
 
وَمَنْ صَلَّى ثَمَانِيًا كُتِبَ مِنْ اَلْعَابِدِينَ , وَمَنْ صَلَّى ثِنْتَيْ عَشْرَة بَنَى اَللَّهُ لَهُ بَيْتًا فِي اَلْجَنَّةِ
 
Maksudnya:
Dalam riwayat al-Thabarani daripada hadis Abu Darda’ secara marfu’ disebutkan: Barangsiapa solat Dhuha dua rakaat, maka tidak ditulis sebagai orang-orang lalai, barangsiapa solat Dhuha empat rakaat maka ditulis sebagai orang-orang yang bertaubat, barangsiapa solat Dhuha enam rakaat, maka dicukupkan untuknya pada hari itu, barangsiapa solat Dhuha lapan rakaat, maka ditulis dalam golongan ahli Ibadah, dan barangsiapa solat Dhuha dua belas rakaat maka dibangunkan untuknya rumah di syurga. – rujuk Fathul Baari, jilid 6, ms. 349 ketika al-Hafidz mensyarah hadis Shahih al-Bukhari no: 1176. Namun status hadis ini diperselisihkan olah para ulamak hadis. Musa bin Ya’qub al-Zami’i yang terdapat dalam sanad hadis ini telah didha’ifkan oleh Ibnu al-Madini namun dinilai tsiqah pula oleh Ibnu Ma’in dan Ibnu Hibban. Al-Hafidz sendiri berkata sanad hadis ini lemah namun diperkuatkan oleh hadis Abu Dzar yang diriwayatkan oleh al-Bazzar hanya sahaja sanadnya juga lemah dan apa yang lebih tepat hadis ini dha’if. Wallahu’alam.
 
Berkaitan dengan dalil yang menunjukkan jumlah rakaat solat Dhuha ini tidak ada batasan yang tertentu adalah:
 
مُعَاذَةُ أَنَّهَا سَأَلَتْ عَائِشَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهَا:
 
كَمْ كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يُصَلِّي صَلاَةَ الضُّحَى؟
 
قَالَتْ: أَرْبَعَ رَكَعَاتٍ وَيَزِيدُ مَا شَاءَ.
 
Maksudnya:
Daripada Mu’adzah, dia berkata: Aku bertanya kepada ‘Aisyah: Berapa rakaat Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam mengerjakan solat Dhuha?
Dia menjawab: Sebanyak empat rakaat lalu baginda menambahnya lagi menurut yang dia kehendaki. - Hadis riwayat Imam Muslim dalam Shahihnya, Kitab Sholaatil Musaafiriin wa Qashruhaa, no: 719.
 
Ringkasan Tatacara Mengerjakan Solat Dhuha

 

Rakaat Pertama

1)      Berniat di dalam hati untuk mengerjakan solat Dhuha
2)      Takbiratul Ihram
3)      Doa Iftitah
4)      Membaca surah al-Fatihah
5)      Membaca Surah al-Qur’an
6)      Rukuk
7)      Iktidal
8)      Sujud
9)      Duduk antara dua sujud
10)    Sujud kali kedua
11)    Bangun untuk rakaat kedua
 
Rakaat Kedua
1)      Ulang seperti rakaat pada pertama dari nombor (4) hingga (10)
2)      Duduk untuk tahiyyat akhir
3)      Memberi salam ke kanan dan ke kiri