Assalamualaikum
Setiap wanita hamil mmepunyai pengalaman masing-masing sepanjang tempoh kehamilan..kenangan paling indah yang tak kan dilupakan..Bila dah disahkan hamil pasti semua ibu-ibu akan tertanya-tanya apakah nutrisi yang diperlekana sepanjang kehamilan..Mengikut Perunding Nutrisi,Indra Balaratnam, cara terbaik adalah dengan mengikut piramid pemakanan malaysia.
Jangan fokus jumlah makanan @ kuantiti yang diambil, sebaliknya fokuskan kualiti nutrisi yang diperolehi bagi setiap hidangan makanan yang diambil
Kita disarankan untuk memilih sayur sayuran, bijirin penuh,kekacang dan protein tanpa lemak sebelum dan semasa kehamilan.
Ibu hamil sangat memerlukan protein,kalsium,asid folik dan zat besi yang lebih dari wanita yang tidak hamil. Makanan yang perlu dielakkan adalah seperti kafein.
Lebihkan pengambilan Protein contohnya seperti daging,ayam,ikan,tofu,telur dan produk tenusu. Banyakkan pengambilan makanan yabg mengandungi zat besi sperti kekacang,gandum dan sayuran hijau..Zat besi sangat penting untuk kita mengelakkan kelahiran bayi pra matang @ berat bayi yang terlalu ringan.
untuk Kalsium pula,ibu hamil perlu mengamalkan diet seperti melbihkan pengambilan yogurt,ikan kecil,keju dan kekacang..Kalsium berfungsi membantu petumbuhan tulang bayi. keperluan kalsium di dalam diet seharian adalah sebanyak 1000 mg sehari.
Asid folik boleh didapati dari kubis,buah-buahan,sayuran yang berwarna hijau gelap,salad dan telur.Asid folik membantu pembentukan saraf tunjang bayi dalam kandungan..jumlah yang disaran adalah 600mg sehari.
Jumlah yang diperlukan berbeza berdasarkan usia kandungan..apabila usia kandungan semakin bertambah anda disarankan mengambil lebih banyak zat vitamin tersebut. supaya dapat menampung keperluan and dan bayi.
Mengidam??? itu perkara biasa bagi setiap wanita hamil,dan tidak memudaratkan. tapi jangan mengidam terlalu kerap untuk mengambil makanan yang tidak menyihatkan seperti makanan segera,kafein,coklat,buah yang dijeruk dan lain2 lagi.
Jom kita sama-sama follow piramid makanan, Insyaallah semua akan sihat dan bertenaga =)
Boleh juga amalkan set hamil shaklee sebagai makanan tambahan disamping diet yang seimbang =)
These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.
memang bila mengandung, pemakanan kena jaga
ReplyDelete