Jom la klik

!-- nuffnang -->

Ada ApaYang Awesome

Showing posts with label Petua. Show all posts
Showing posts with label Petua. Show all posts

Saturday, 4 October 2014

Cekur Penawar Pelbagai Penyakit




Cekur adalah tumbuhan yang tergolong dalam kategori halia. Pohonnya terdiri daripada dau hingga lima daun tebal yang berbentuk bujur telur, bunganya pula berwarna putih keunguan.

Cekur membiak melalui ubinya dan tempoh matangnya 8-10 bulan, barulah boleh dipetik.
Ubi cekur mempunyai aroma lembut dan mengandungi sebatian minyak seperti sineol,borneol,kamphere dan asid sinamik. Cekur banyak digunakan sebagai ulam-ulaman dan menjadi salah satu ramuan dalam penyediaan nasi ulam.

Ubi cekur boleh digunakan sebagai penawar pelbagai penyakit seperti kembung perut, batuk, perut memulas, bengkak dan sakit urat saraf.

Kebiasaanya daun cekur dimakan secara segar selain digunakan dalam ramuan ubatan herba dan jamu dipasaran tempatan dan antarabangsa.

Ubi cekur juga dikatakan baik untu mengubati demam malaria dan resdung. Mari saya simpulkan khasiat cekur, antaranya adalah :

# Mengecutkan rahim selepas bersalin
# Menyembuhkan kembung perut
# Melegakan perut memulas
# Mengurangkan bengkak
# Melancarkan haid
# Melegakan batuk
# Melegakan sakit urat saraf
# Melegakan senak perut
# Membuang angin dalam badan


Zaman sekarang ni susah dah nak tengok orang tanam cekur, ada yang cekur pun dah tak kenal. Alhamdulilah dekat rumah saya masih ada cekur dan bila dah matang sikit saya selalu ambil buat ulam. Anak-anak zaman sekarang jangan lupakan khasiat herba tradisional, carilah maklumat dan kajilah sebanyak mungkin herba turun temurun nenel moyang kita.




Hubungi saya dengan whatsapp/wechat/sms 013-5954808 Email : hayati1710@gmail.com https://www.facebook.com/IzatisShop https://www.facebook.com/pages/Pengedar-vitamin-Kuala-Ketil/632120276827757 These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.


Thursday, 2 October 2014

Petua Menghilangkan Bau Badan





Masalah bau badan sebenarnya dapat diatasi dengan beberapa langkah mudah termasuk :

# Gosokkan ketiak dengan hirisan limau.gosok perlahan ya,gosok kuat nanti pedih.

# Boleh juga diperah air limau tersebut dan dicampur dengan air putih biasa dan dibuat air mandi. boleh gunakan limau purut @ limau nipis.

# Jangan menyembur minyak wangi pada baju kerana boleh membuatkan bau badan semakin kuat.

# Gunakan kapur makan,bancuh sedikit dengan air dan disapu di bahagian ketiak setiap malam.

# Gunakan mandian anti-bakteria,untuk menghalang pembiakan bakteria yang menjadi punca bau badan.

# Jangan sesekali memakai pakaian yang tidak kering/lembap, kerana boleh menggalakkan lagi pembiakan bakteria bau badan serta pilihlah.deodoran yang bersesuaian.

# Petua orang lama, tumbuk daun jambu batu sehingga lumat dan jadikan seperti lulur. gosokkan pada seluruh badan terutamanya dibahagian ketiak dan celah kangkang. biarkan 10-15 minit,kemudian boleh bilas dengan air bersih.lulur daun jambu juga mampu melicin dan melembutkan kulit anda.

# Cara yang paling mudah adalah mandi dengan kerap dan sentiasa menukar pakaian apabila berpeluh dan pilih material pakaian dari jenis yang menyerap peluh dengan baik.
posted from Bloggeroid

Friday, 26 September 2014

Petua kempiskan Perut

Perut kempis pinggang ramping memang idaman setiap wanita la kan. lelaki pun suka pandang perempuan cantik saja kan. tak boleh nak salahkan lelaki,lumrah manusia memang suka tengok keindahan kecantikkan. kita wanita pun suka tengok rupa paras wanita lain yang cantik.

Kebanyakkan wanita menghadapi masalah nak kempiskan perut selepas bersalin, dah berbengkung bertunku tapi susahnya lahai nak perut ni nak kempis.

Hari ini saya nak berkongsi petua kempiskan perut. ini petua tradisional, saya tanya makcik-makcik dekat kawasan rumah saya dan tanya mak.petua tradisional ni lambat kesannya tapi kalu selalu kita amalkan insya allah nampak kesannya.




Jom kita kongsi petua

# Bancuh asam jawa dengan air panas, masukkan dalam botol biarkan semalaman. bangun pagi dah boleh minum. amalkan setipa hari

# Daun lidah buaya yang dimasak dengan asam jawa,masak sehingga pekat. sejukkan,lepas itu boleh sapu pada perut dan biarkan kering baru bilas

# Campuran limau nipis dan kapur sireh. perahkan air limau nipis atas piring dan ambil sedikit kapur sireh dan kacau sebati. lepas tu sapu pada perut. biar sampai kering.

Itu lah antara 3 petua tradisional cara nak kempiskan perut. jom kita sama-sama cuba.kesan memang lambat,sesiapa yang kurang tahap kesabaran jangan cuba petua ini.






SELAMAT MENGEMPISKAN PERUT YA!!!!



Hubungi saya dengan whatsapp/wechat/sms 013-5954808 Email : hayati1710@gmail.com https://www.facebook.com/IzatisShop https://www.facebook.com/pages/Pengedar-vitamin-Kuala-Ketil/632120276827757 These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Wednesday, 24 September 2014

Delima Baik untuk Jantung

Buah delima sangat tinggi antioksidan yang berfungsi untuk melawan radikal bebas. Kajian juga menunjukkan buah delima mengandungi tiga kali lebih tinggi kandungan antioksidan berbanding anggur merah.


Buah Delima

Malah kandungan antioksidannya juga lebih baik dari buah beri biru,kranberi dan oren serta kandungan polifenol dalam buah delima juga adalah lebih tinggi.

Buah delima dapat melindungi jantung. Berdasarkan kajian Proceeding of National Academy of Sciences, jus buah delima dapat mencegah pengerasan arteri, serangan jantung dan stroke.

Buah delima menghalang plak-plak daripada terlekat di arteri dan menyebabkan arteri tersumbat dan juga membantu menyahkan tompokan-tompokan plak yang sudah lama melekat pada dinding arteri.
Buah delima juga dapat menurunkan paras kolestrol jahat (LDL) dan meningkat kadar kolestrol baik (LDL) dalam badan manusia.

Sekarang ini saya lihat dimana-mana pasar tani memang banyak sangat buah delima dijual. apa lagi, sementara bekalan buah delima yang banyak jom lah kita beli buat stok. boleh buat jus,jadikan bahan tambahan dalam salad. baut jus pun boleh lepas tu kita frozenkan, bila nak mnum cairkan sahaja.

buah delima ini bukan sahaja isinya yang berkhasiat,kulitnya pun ada khasiat, kulit delima dijemur kering dan boleh disimpan berbulan-bulan lamanya, dijadikan ubat cirit-birit. ambil sekping kulit delima yang dikeringkan, rendam dalam secawan air panas dan tutup, bila air dah sejuk boleh la diminum. Insya allah berkesan. Selamat Mencuba!!!



Hubungi saya dengan whatsapp/wechat/sms 013-5954808 Email : hayati1710@gmail.com https://www.facebook.com/IzatisShop https://www.facebook.com/pages/Pengedar-vitamin-Kuala-Ketil/632120276827757 These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Tuesday, 23 September 2014

Buah Naga Pelik Tapi Banyak Khasiat




Buah nagan bukan sahaja mempunyai fizikal yang pelik dan mempunyai dua warna, jenis yang isinya putih dan satu lagi yang jenis isinya merah terang. boleh dijadikan pewarna semulajadi dalam makanan.

Berasal dari Amerika Selatan dan kemudian dibawa masuk ke negara-negara asia. Rasanya yang masam manis dengan isinya yang berbiji kecil sememangnya lazat dan membuka selera sesiapa yang melihatnya.

Kebaikan Buah Naga

- Menguatkan daya ingatan
- Anti-kanser
- Mengawal gula dalam darah (sesuai untuk pesakit kencing manis)
- Membantu mempercepatkan pemyembuhan luka
- Buah naga mempunyai kandungan antioksidan yang tinggi, ini bermaksud berupaya melindungi daripada radikal bebas dan melambatkan proses penuaan.
- kaya dengan vitamin C,kalsium, Vitamin A, Serat, Zat Besi, Vitamin B1 dan B2, Protein dan Fosforus. yang berfungsi meningkatkan sistem imun badan dan memelihara sistem pencernaan.
- Menggalakkan pertumbuhan probiotik yang sihat untuk usus
- Mengelakkan pertumbuhan sel kanser.
- Membuang toksin dan membersihkan usus dan merawat asma dan batuk
- Menurunkan paras kolestrol kerana mengandungi flavanoid yang mempunyai kesan positif merawat penyakit kardiovaskular.

Terlalu banyak khasiat buah naga dan sesuai diambil setiap peringkat umur. bijinya yang kecil juga mengandungi lemak tidak tepu yang berupaya meningkatkan kolestrol baik dan menyingkirkan kolestrol yang tidak baik daridalam badan.





Hubungi saya dengan whatsapp/wechat/sms 013-5954808
Email : hayati1710@gmail.com
https://www.facebook.com/IzatisShop
https://www.facebook.com/pages/Pengedar-vitamin-Kuala-Ketil/632120276827757

These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Monday, 22 September 2014

Bedak Sejuk Komestik Turun Temurun

Kebanyakkan rakyat Malaysia memang dah cukup sinonim dengan bedak sejuk cuma mungkin namanya berbeza mengikut dialek daerah masing-masing.








Hubungi saya dengan whatsapp/wechat/sms 013-5954808 Email : hayati1710@gmail.com https://www.facebook.com/IzatisShop https://www.facebook.com/pages/Pengedar-vitamin-Kuala-Ketil/632120276827757 These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Saturday, 20 September 2014

Khasiat Herba Tradisional

Jangan pandang sebelah mata saja khasiat herba tradisional ni. Nenek moyang kita dahulu mana ada hospital, klinik macam kita sekarang. Mereka hanya menggunakan herba-herba untuk mengurangkan masalah kesihatan seperti  masalah angin, pening kepala, sengal pinggang dan sakit sendi.

Tumbuhan herba seperti kayu putih,halia bara, serai,limau purut dan lengkuas khasiatnya memang setanding dengan perubatan moden. Tumbuhan herba juga selamat dan terbaik,mudah didapati dan tidak mendatangkan kesan sampingan.

Minyak Kayu Putih


# kaya dengan khasiat vitamin E dan boleh digunakan setiap hari. Khasiatnya boleh menyembuhkanluka,jangkitan kulit sert menghilangkan parut pada badan.



Cengkih




# Sangat berupaya untuk merawat senak perut, masalah penghadaman, cirit-birit dan angin pasang. Kajian dari universiti Kansas di Amerika Syarikat mendapati ekstrak cengkih dapat mencegah pembekuan darah dan memusnahkan bakteria dalam daging.



Lengkuas dan Buah Pala


# Lengkuas mampu untuk menghapuskan bakteria yang menyebabkan masalah angin dan ketidakhadaman makanan selain melancarkan peredaran darah.

# Buah pala pula digunakan untuk membuat jeruk,daunnya boleh dijadikan ulam dan sesuai untuk membuang angin dalam badan.


Limau Purut dan Serai



# Asid sitrik dalam limau mampu mengekalkan kelembapan kulit, merawat gigitan serangga dan masalah gatal kulit kepala.

# Serai sangat mujarab unyuk mengeluarkan angin perut, membuang toksin serta melancarkan sistem pencernaan badan.

Hubungi saya dengan whatsapp/wechat/sms 019-5954808
Email : hayati1710@gmail.com
https://www.facebook.com/IzatisShop
https://www.facebook.com/pages/Pengedar-vitamin-Kuala-Ketil/632120276827757

These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Friday, 19 September 2014

Makanan Terbaik Untuk Otak



Otak merupakan organ bagi pusat kawalan utama bagi badan. Ia menerima maklumat melalui deria dari dalam dan luar tubuh. Ia menganalisa maklumat ini dan kemudiannya menghantar perutusan kepada badan yang mengawal fungsi dan tindakannya. Otak meningati pengalaman lepas, dan merupakan punca fikiran, mood, dan emosi.

Sumber : http://ms.wikipedia.org/wiki/Otak

Pemakanan kita juga mempengaruhi tahap kecerdasan otak. Sumber yang sudah tentulah makanan yang berasal dari sumber asli, makanan segera yang memang menjadi trend dan kesukaan masyarakat dunia sekarang hanya akan melemahkan otak dan tubuh badan.

Antara makanan-makanan yang terbaik untuk sumber otak

 # Ginkgo Biloba 



Ginkgo biloba ialah spesis pokok unik dengan tiada spesis bersaudara yang hidup selainnya. Pokok ginkgo ditanam dan diperkenalkan secara meluas sejak zaman dahulu lagi dan mempunyai pelbagai gunaan dalam makanan dan ubatan tradisional. Pokok ini adalah pokok asal kepada ChinaJepun dan Korea dengan penanaman di China, Perancis dan Carolina Utara di Amerika; ia juga membesar di Iran. Ia hidup dalam kawasan beriklim sederhana sahaja.

sumber : wikipedia bahasa melayu

*Ginkgo biloba mampu menggalakkan pengaliran darah dan bekalan oksigen ke otak, mengurangkan risikio pembekuan darah dan antioksidan yang terbaik. 


# Daun Pegaga


Pegaga atau juga dikenali sebagai antanan (bahasa Inggerispennywort / gotu kola), dengan daun hijau bentuk ginjal juga dirujuk sebagai 'Indian pennywort' kerana rupanya yang seakan satu keping duit syiling. Ia adalah asli di MalaysiaSri LankaIndiautara Australia,IndonesiaIranMelanesiaNew Guinea dan beberapa bahagian Asia lagi. Nama saintifiknya adalah Centella asiatica/Hydrocotyle asiatica

sumber :wikipedia bahasa melayu

* Daun pegaga mengandungi bahan aktif triterpenoid glikosida yang kaya dengan vitamin A & C serta zat besi yang berfungsi untuk menguatkan daya ingatan , melancarkan peredaran darah dan melegakan ketegangan akibat tekanan.


# Choline







Choline adalah nutrien penting larut air. Ia biasanya dikumpulkan dalam vitamin B-kompleks. Choline amnya merujuk kepada pelbagai garam ammonium terdiri dr empat yang mengandungi kation N, N, N-trimethylethanolammonium. 

Sumber : wikipedia bahasa inggeris

* Choline noleh diperoleh daripada telur,kekacang,brokoli dan yogurt. Choline mampu menguatkan daya ingata selain bahan aktifnya. Phosphatidlyserine mampu menggalakkan perkembangan ootak dan membantuk mengurangkan risiko nyanyuk.



Itulah antara makanan yang boleh kita amalkan untuk kecerdasan otak selain omega.sebab itu saya pilih 3 jenis bahan ni sebab kebanyakkan dari kita tidak tahu tentang khasiat ketiga-tiga bahan tersebut.



Hubungi saya dengan whatsapp/wechat/sms 019-5954808
Email : hayati1710@gmail.com
https://www.facebook.com/IzatisShop
https://www.facebook.com/pages/Pengedar-vitamin-Kuala-Ketil/632120276827757 


These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Saturday, 13 September 2014

Rahsia Sebiji Epal

Saya pasti ramai yang menggemari epal tapi tidak ramai yang mengetahui khasiat epal. atau ada yang tak kenal epal? teruk sangat la kan kalau tak kenal epal. Ini lah rupa epal,yang kerap kita jumpa dekat Malaysia ni epal hijuan & merah saja. kalau dekat luar negara ada pelbagai jenis epal.




Mengapa kita perlu makan epal?

Terdapat pelbagai sebab mengapa kita perlu makan sekurang-kurangnya sebiji epal sehari. Terdapat satu kajian menyatakan sekiranya kita mengambil 5 biji epal seminggu dapat meningkatkan tahap kesihatan paru-paru ditahap yang sangat baik berbanding individu yang langsung tidak mengambil epal.

Sumber : http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp
y=2009&dt=0515&pub=Kosmo&sec=Pesona&pg=ps_02.htm

Menurut pakar pemakanan di Pusat Perubatan Prince Court, Kuala Lumpur, Tan Yeng Sing, epal menjadi kegemaran bukan sahaja kerana rasanya tetapi khasiatnya.
"Epal tidak mengandungi lemak, sebaliknya mempunyai kandungan nutrien dan serat termasuk antioksida yang meningkatkan prestasi badan dan kulit seseorang.
"Serat yang terdapat pada biji dan kulit epal membantu mengurangkan kekenyangan dan mencegah anda daripada makan berlebihan," katanya.
Tambah beliau, sebiji epal wajar diambil setengah jam atau satu jam sebelum anda menikmati hidangan utama setiap hari, iaitu antara makan tengah hari dan malam.
Dengan cara itu, kita mengurangkan hidangan yang diambil kerana kandungan serat sudah berupaya mengisi perut anda yang lapar.
Bercerita mengenai kelebihan buah epal merah, pigmen merah yang terdapat pada kulit buah tersebut mengandungi sejenis bahan yang dipanggil likopena.
"Ia adalah rahsia yang membuatkan buah epal sangat luar biasa. Bahan ini mempunyai pelbagai khasiat antioksida semula jadi yang baik untuk kesihatan badan.
"Selain antioksida yang berfungsi menjauhkan seseorang daripada serangan kanser kerana melawan radikal bebas dalam tubuh, likopena juga baik untuk mengurangkan risiko jantung.
"Likopena dikenal pasti membantu merendahkan paras kolesterol LDL (kolesterol jahat)," jelasnya sambil memberitahu epal merah mengandungi komponen likopena yang lebih tinggi sementara epal hijau mengandungi karotenoid.
Bagaimanapun, kajian menunjukkan epal sememangnya baik untuk mengurangkan risiko sakit jantung dan kanser, sekali gus mengurangkan kolesterol darah.
"Seperti kebanyakan buah, epal mengandungi vitamin C. Ia juga hos sebatian antioksida lain bagi mengurangkan risiko kanser dengan menghalang kerosakan deoksirinukleik (DNA).
"Kandungan seratnya membantu mengawal pergerakan usus dan merendahkan risiko kanser kolon," ujarnya.
Bagaimanapun, nasihat Yen Sing, elakkan pengambilan buah yang mempunyai warna yang sama setiap hari. Katanya, untuk mendapatkan diet yang ideal, kita seharusnya mempelbagaikan jenis buah-buahan dan juga warnanya, termasuk sayur-sayuran.
Justeru, pakar diet mengesyorkan pengambilan makanan daripada warna-warna pelangi. Cara tersebut bukan sahaja baik untuk kesihatan badan, malah membantu kita mendapatkan pemakanan yang seimbang.
"Amalkan pengambilan buah-buahan yang segar seperti epal, strawberi, oren, kiwi dan salad berbanding buah-buahan atau pemakanan yang telah diproses," kata Yen Sing.
 Kesimpulannya kita perlu pelbagaikan diet harian kita,ambil buah yang pelbagai dan berwarna-warni  kerana setiap warna asli bauh memmpunyai khasiat tersendiri. Saya sendri pun sangat menggemari jus epal, tiap-tiap hari minum pun tak jemu. mulai dari hari ini marilah kita sama-sama mengamalkan pengambilan SEHARI SEBIJI EPAL.




Hubungi saya dengan whatsapp/wechat/sms 019-5954808 
Email : hayati1710@gmail.com 
https://www.facebook.com/IzatisShop 
https://www.facebook.com/pages/Pengedar-vitamin-Kuala-Ketil/632120276827757

These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Friday, 12 September 2014

Tips Dapatkan Kaki Cantik Dan Menawan




 Ya betol kaki aurat bagi wanita muslim tapi tak kan la kita tak nak tengok kaki kita cantik kan? cantik untuk suami bagi yang dah berkahwin.

Kaki adalah bahagian yang mudah kering terutamnya bahagian tumit. hari ii saya nak berkongsi sedikit tios mencantikkan kaki.

1.  kaki setiap kali selepas mandi

2. Gunakan bahan sental yang baik untuk menyental kaki sekurang-kurangnya seminggu sekali

3. Sebelum tidur amalkan memakai losyen dan alebih bagus jika berstokin ketika tidur supaya kaki kekal lembap dan lembut

4. Kurangkan pemakaian kasut tumit tinggi

5. Potong kuku seminggu sekali

5 tips penjagaan kaki yang mudah saja kan,jika amalkan selalu dan konsisten insya allah kaki akan kekal cantik seperti kaki bayi..hihi,suami tengok pun tergoda tau.

walaupun kita suri rumah,jangan abaikan soal penjagaan diri.tak perlu bajet yang banyak pun, ikut kemampuan masing-masing. ini pun jadi projek memikat suami juga ni







Hubungi saya dengan whatsapp/wechat/sms 019-5954808
Email : hayati1710@gmail.com
https://www.facebook.com/IzatisShop
https://www.facebook.com/pages/Pengedar-vitamin-Kuala-Ketil/632120276827757

These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Thursday, 11 September 2014

Kebaikan Aktiviti Berjalan Kaki






berjalan 30 minit 3 kali seminggu dapatkan meningkatkan keupayaan memori kita!! wah ini sudah bagus
jom-jom kita baca sedikit kebaikan berjalan kaki yang kita rasa tak berapa nak penting tetapi sebenarnya memberi impak besar pada kesihatan kita secara tidak langsung.


# wanita hamil yang rajin menjalankan aktiviti berjalan kaki akan memudahkan proses melahirkan.

# aktiviti berjalan kaki juga dapat mengawal tekanan darah juka diamalkan 3-4 kali seminggu dan setiap sesi mengambil masa 30 minit

# mengawal berat badan supaya berada ditahap ideal

# menstabilkan emosi dan menguatkan tulangbdan otot-otot

# mengurangkan risiko serangan penyakit jantung

# berjalan kaki juga dapat mengurangkan risiko penyakit kencing manis kerana gula yang berlebihan diproses dengan baik.

Mari kita tengok anatomi badan,kebaikan yang diperolehi jika mengamalkan berjalan kaki


Jadi senaman bukan bermaksud anda perlu berlari @ joging 400 meter. anda hanya perlu berjalan kaki, tak kesah berjalan melakukan kerja rumah @ mulai dari hari ini anda sengaja parking kereta jauh dari tempat kerja supaya anda boleh bersenam secara tidak langsung. gunakan tangga,elakkan menggunakan lif.

hihi,barulah sihat kan, tiada alasan lagi untuk kita tak bersenam. SELAMAT MENCUBA!!!

Hubungi saya dengan whatsapp/wechat/sms 019-5954808 
Email : hayati1710@gmail.com 
https://www.facebook.com/IzatisShop 
https://www.facebook.com/pages/Pengedar-vitamin-Kuala-Ketil/632120276827757 

These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Wednesday, 10 September 2014

Serbuk Cili & Epal Bantu Kurangkan Berat Badan?

Serbuk cili selain bermanfaat untuk mengurangkan kolestrol, dapat juga membantu meningkatkan kadar metabolisme tubuh. ni bagus ni untuk orang yang berdiet. anda hanya perlukan campurkan sedikit sahaja serbuk cili kedalam masakan seperti udang, ayam,sayuran yang digoreng hanya dengan sedikit minyak. anda juga boleh menikmatinya dengan sup tanpa tumisan minyak.




kajian Universiti California menunjukkan epal hijau membantu mengurangkan lemak dalam badan kerana kandungan seratnya menyekat selera makan. amalkan makan epal 3 biji sehari sebelum makan. jadi bila anda makan anda hanya akan makan sedikit sahaja kerasa masam manis dari epal hijau dapat dapat mengurangkan rasa lapar.



SELAMAT MENCUBA!!!






Hubungi saya dengan whatsapp/wechat/sms 019-5954808 
Email : hayati1710@gmail.com 
https://www.facebook.com/IzatisShop 
https://www.facebook.com/pages/Pengedar-vitamin-Kuala-Ketil/632120276827757 

These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.