Pernah la dapat rose dari cinta monyet saya a.k.a my husband. dulu kononnya jiwa kental la tak layan bunga. tapi pertama kali dapat bunga punyalah berbunga-bunga hati ni. hilang terus jiwa kental yang kononnya tak layan bunga.
Bunga rose memang cantik kan, terus jatuh cinta dengan bunga. tapi tak minat nak tanam sebab kurang kerajinan, kesian nanti bunga tu kurang belaian. bunga ni kena belai-belai baru la menghsilkan bunga yang cantik. Jom saya belanja gambar bunga rose idaman hati.
Dapat sekuntum pun berbunga-bunga jiwa, kalau dapat sejambak confirm pengsan dalam senyuman. Masa saya kahwin dulu, 4 tahun yang lalu saya guna rose putih, merah jambu dan merah untuk bunga tangan. bunga hidup tau, tak main la guna "artificial flower", ayat berlagak disitu. kita kahwin seumur sekali sahaja. jadi nak la merasa pegang bunga tangan yang fresh. impian tercapai akhirnya.
Gigih pergi tempah bunga kat kedai apek kat pejabat tu. balik keja sehari sebelum akad nikah terus pergi ambil bunga, naik moto bawak bunga. wah memang orang pandang ja saya, naik pun berhemah ja, takut terpelanting pula bunga tu kan. bila ingat balik memang tergelak sorang-sorang, gigihnya saya.
Bunga rose lambang cinta, tapi kalau suami tak bagi bunga tu jangan la cakap dia tak cinta pulak ya. dia dah bagi kasih sayang, cukup makan pakai tu dah kira cinta la kan. mana ada suami tak cinta isteri kan. kalau dia bagi tu saja la dia nak romantika de amour dengan si isterinya. sekian sudah kisah rose dan saya.jumap lagi dilain entri merapu saya.
Hubungi saya dengan whatsapp/wechat/sms 013-5954808
Email : hayati1710@gmail.com
https://www.facebook.com/IzatisShop
https://www.facebook.com/pages/Pengedar-vitamin-Kuala-Ketil/632120276827757
0 comments:
Post a Comment