Jom la klik

!-- nuffnang -->

Ada ApaYang Awesome

Showing posts with label pengedar sah shaklee. Show all posts
Showing posts with label pengedar sah shaklee. Show all posts

Wednesday, 6 January 2016

pengedar shaklee bukit selambau,sik dan jeniang

Selalunya saya banyak COD di sekitar kuala ketil tapi ada juga yang bertanya tak COD bukit selambau,sik @ Jeniang ka?

Eh apa pulak taknya, mesti la ada. rumah saya tengah-tengah diantara kuala ketil,bukit selambau,sik,jeniang. semua tu dekat ja,lebih kurang 20 minit dengan kereta.

Jadi, orang sik,bukit selambau,jeniang kalau nak produk shaklee tapi tak suka pos boleh hubungi saya ya

YATI 013-5954808
whatsapp/telegram/sms/call



Saya hantar sampai depan pintu. nak datang pickup dekat rumah saya pun boleh. PM saya nanti saya bagi lokasinya.



Hubungi saya dengan whatsapp/wechat/sms 013-5954808 Email : hayati1710@gmail.com https://www.facebook.com/IzatisShop https://www.facebook.com/pages/Pengedar-vitamin-Kuala-Ketil/632120276827757 These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Friday, 13 March 2015

Pengedar Shaklee Kuala Ketil....Nak COD Pun Boleh






Orang Kuala Ketil dan kawasan yang sewaktu dengannya, nak dapatkan produk shaklee hubungi saya seperti nombor yang tertera dibawah


Hubungi saya dengan whatsapp/wechat/sms 013-5954808
Email : hayati1710@gmail.com
https://www.facebook.com/IzatisShop
https://www.facebook.com/pages/Pengedar-vitamin-Kuala-Ketil/632120276827757 











Shaklee bukan sekadar vitamin sahaja, macam-macam ada. Dari vitamin, set penjagaan kulit, syampu, penapis air dan set pembersihan rumah. Cukup lengkap. Satu jenama pelbagai produk.


These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Thursday, 2 October 2014

Get Clean Water Pitcher Shaklee

Punca kita mendapat macam-macam penyakit adalah berpunca dari air minuman kita seharian.

Air minuman kita banyak terdedah dengan pencemaran industri,racun-racun perosak dan logam berat.




Get clean water pitcher disahkan oleh persatuan kualiti air (WQA) untuk mengurangkan sehingga 99% bahan tercemar didalam air yang memberi impak besar kepada tahap kesihatan kita.

Perbezaan Shaklee dengan Penapis Air Jenama Lain

SELAMAT - menyingkirkan kandungan plumbum dan bendasing yang terkandung dalam air.

HANDAL- lebih banyak air bersih pada setiap masa. berupaya menapis 303 liter = 80 gelen dari setiap proses penurasan yang mana 2 kali ganda lebih banyak dari jenama lain.

PILIHAN BIJAK - menjimatkan kos membeli air bertapis/ air mineral. dengan penapis air shaklee anda tidak perlu lagi beli air.hanya masukkan air terus dari paip. juga mempunyai meter yang memudahkan kita memantau bilakah masa yang sesuai untuk menukar penapis tersebut.

MESRA ALAM - menggunakan sistem penuras jag air dengan blok karbon isian semula yang dapat mengurangkan timbunan sisa. penapisnya diperbuat dari arang tempurung kelapa yang tahan lasak dan mesra terhadap alam sekitar.

Yang paling saya suka tentang penapis air ini adalah mudah alih. bukan jenis rekaan statik yang hanya untuk kegunaan rumah.sebaliknya jenis mudah alih yang boleh dibawa kemana sahaja kita pergi.sangat berbaloi!!!

untuk membuat tempahan sila hubungi YATI 013-5954808

konsultasi percuma seumur hidup jika anda adalah pelanggan saya.
posted from Bloggeroid

Tuesday, 30 September 2014

Khasiat Buah Ciku

Tiba-tiba teringat buah ciku. dah lama tak nampak buah ciku lepak-lepak kt pasar malam, kat gerai tepi jalan. pokok ciku pun dah kurang nampak sekarang. anak-anak zaman sekarang mesti dah ada yang tak kenal buah ciku.



















Inilah rupa si ciku sawo matang. Saya mula kenal buah ni dengan nama buah sawa, dah masuk sekolah baru saya tahu yang buah sawa dan buah ciku adalah buah yang sama. Sedapnya buah ciku yanga masak ranum, manis dan berserat isinya.

Disebalik bentuknya yang kecil,kulit pun tak cantik tapi khasiatnya banyak, antara khasiatnya adalah


# 100 gram buah ciku bersamaan dengan 83 kalori dan 6 gram serat.

# Serat buah ciku boleh membantu sembelit, dan mampu melindungi usus daripada kanser.

# Ciku juga kaya dengan antioksidan polifenol iaitu tanin. tanin berfungsi sebagai, anti radang, antikanser, antibakteria dan antiparasit.

# Ciku juga mampu mnegubati cirit-birit buasir.

# Mengandungi vitamin C sebanyak 24% setiap 100 gram ciku.

# Buah ciku yang segar mengandungi kalium,asid folat, niasin dan asam prototenan yang membantu meningkatkan metabolisma badan dan pengeluaran ezim tubuh.

Lepas ni jom la kita sama-sama beli dan makan buah ciku. Lama tak makan buah ciku, nak jumpa pun susah sekarang ni. kena cari anak pokok la tanam untuk generasi akan datang supaya tak pupus.

Hubungi saya dengan whatsapp/wechat/sms 013-5954808 Email : hayati1710@gmail.com https://www.facebook.com/IzatisShop https://www.facebook.com/pages/Pengedar-vitamin-Kuala-Ketil/632120276827757 These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Sunday, 28 September 2014

Cash on Delivery

Apa itu cash on delivery?


Perkhidmatan penghataran barang, bayar selepas dapat barang. itu dalam ayat yang mudah difahami.



Kenapa Perlu COD?

Sesetengah pengguna tidak suka membeli barang online dan menggunakan perkhidmatan pos. jangan susah hati ya, SHINE LEGACY ada wakil yang boleh COD produk shaklee untuk anda.

Senarai wakil SHINE LEGACY






Tetapi perlu dingatkan saya tak hantar naik lori ya, saya naik kereta comel saya. nak COD ada syaratnya. mari kita tengok,teliti dan fahami syarat-syarat COD.

1. Anda berada disekitar Kuala Ketil, Bukit Selambau, Jeniang, Sik, Felda Teloi Timur, Felda Teloi Kanan, Merbau Pulas, Karangan dan Padang Serai

2. Sungai Petani pun boleh, saya selalu kesana

3. Serius buyer ( yang betul-betul nak beli )

4. Jika anda tipu, Perkhidmatan COD yang seterusnya saya akan minta 3/4 bayaran dari harga barang

Mudah sahaja syaratnya, alhamdulilah setakat ini saya tidak menghadapai sebarang masalah dengan perkhidmatan COD saya.

Jika anda berada dikawasan yang dinyatakan seperti dalam syarat-syarat dan ingin mendapatkan produk shaklee boleh hubungi saya seperti dibawah.

Hubungi saya dengan whatsapp/wechat/sms 013-5954808 
Email : hayati1710@gmail.com 
https://www.facebook.com/IzatisShop
https://www.facebook.com/pages/Pengedar-vitamin-Kuala-Ketil/632120276827757 

These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Saturday, 27 September 2014

Air Membantu untuk Kurus



SAYA NAK KURUS!!!


kalau nak kurus kena banyak minum air. apa kaitan kurus dengan air?


Ini adalah bukti kajian sains tentang kepentingan air kepada tubuh badan

Berbalik kepada topik kurus, memang air sangat menyumbang dan membantu kita untuk kurus. tapi pastikan air putih ya,bukan air manis atau air berkarbonat. kekurangan air dalam badan boleh membantutkan proses pelangsingan badan teruatamanya bagi anda yang memang dalam proses menurunkan berat badan.

Mengapa perlu minum banyak air untuk kurus?

Pernahkah anda mendengar "gemuk air". sebenarnya minum air dalam kuantiti yang banyak tidak boleh membuatkan anda gemuk,lemak sahaja yang buat anda gemuk. sebaliknya air sangat membantu kita daripada dehidrasi semasa proses diet.

Lemak akan mudah dicernakan dengan bantuan air dan air juga membantu meningkatkan kadar metabolisma badan.

Badan kita akan membakar lemak semasa proses diet, dan membuang segala toksin dalam badan. dalam proses ini air sangat berperanan besar untuk membantu proses penyingkiran toksin melalui sistem perkumuhan.

Alasan yang selalu diberikan apabila kita disaran banyak minum air adalah saya penat lah nak berulang-alik ketandas. sebenarnya itu adalah sihat, melalui pembuang air kecil dan air toksin juga dikelurkan dari dalam tubuh. berkurangnya kadar toksin akan membantu meningkatkan daya serapan nutrien.

Apabila anda kekurangan air anda akan cepat rasa letih,pengaliran darah tidak lancar dan otak kita juga kekurangan oksigen.

Air juga membantu otot supaya tidak kejang semasa kita bersenam

Disamping itu anda juga dinasihatkan supaya mengambil bekalan protein dan serat yang mencukupi. tetapi kurang air dalam badan juga akan membuatkan fungsi serat terbantut.

Ambil serat secukupnya,minum air secukupnya barulah kita tidak sembelit

Jom kita amalkan cara minum air yang betul

> 2 gelas air sebaik sahaja bangun tidur bagus untuk proses penghadaman
> 1 gelas air sebelum mandi membantu merendahkan tekanan darah 
> 1 gelas air sebelum tidur mengelakkan strok dan serangan jantung
> 1 gelas air sebelum makan membantu proses penghadaman

* orang dewasa digalakkan minum air kosong sekurang-kurangnya 3 liter sehari

Setiap pergerakkan atau aktiviti yang kita lakukan akan mengurangkan air dalam badan kita sebab itu kita perlu minum untuk menggantikan air yang hilang

Amalkan minum sebotol air mineral bersamaan 1 liter sebelum bersenam membantu anda berpeluh dan toksin akan dikeluarkan dari dalam badan melalui peluh

sangat mudah dan murah, hanya perlu disiplinkan diri dengan minum air secukupnya sahaja, insya allah berat akan akan turun dengan jayanya disamping mengamalkan suplimen tambahan, kawal diet harian dan bersenam.



klik pada imej untuk order sekiranya anda memiliki kad kredit @ kad debit


@


Hubungi saya dengan whatsapp/wechat/sms 013-5954808 
Email : hayati1710@gmail.com 
https://www.facebook.com/IzatisShop 
https://www.facebook.com/pages/Pengedar-vitamin-Kuala-Ketil/632120276827757 

These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Rindu Bertamu



Tak salah pun kita merindu, Aku tetap rinu walaupun ku tahu rindu ku tak akan berbalas. tiada lagi gelak tawa gurau senda kami anak beranak. ya allah terima kasih kerana titipkan rasa rindu ini dalam hati ku. rindu ini buat aku kuat, buat aku sedar betapa bernilainya sebuah kehidupan. Rindu ini juga buat aku sedar tentang hakikat kematian.terima kasih kerana pinjamkan seorang ibu yang sangat memahami, pandai masak dan penyayang.

Terima kasih YA ALLAH kerana 24 engkau pinjamkan ku seorang ibu yang sangat baik, kami ibarat kawan yang tiada rahsia. tuturnya tak pernah kami lupakan,senyumanya sentiasa dimata,suaranya sentiasa ditelinga. sedar tak sedar sudah 4 tahun ibu pergi tapi terasa seperti baru semalam dia tinggalkan kami. AL FATIHAH semoga mak tenang dan berbahagia disana. Insya Allah mak,kita akan bertemu disana.sambutlah kedatangan anakmu yang sangat merinduimu mak.

Abah, terima kasih sebab besarkan kami, cari rezeki siang malam nk besarkan kami. nak penuhi permintaan anak-anak dan isteri tersayang. YA ALLAH, terima kasih pinjamkan 28 tahun kepada ku seorang abah yang sangat menjagaku. abah tak pernah jentik pun walaupun aku nakal, sebaliknya dinasihatkan dengan penuh hemah. tuturnya sentiasa penuh dengan nasihat dan pesanan. AL FATIHAH untuk abah,moga tenanga dan bahagia disana. abah tunggu kami ya, kita jumpa disana nanti. segala amanah abah akan ku jaga sebaik mungkin.

YA ALLAH terima kasih untuk rindu ini, terima kasih atas segala pinjamanmu untuk kami, pinjaman yang sangat tak ternilai dengan harta dunia. tak pernah ku menyesal, meratapi kehilangan ini sebab hati ini sudah cukup redha dan sudah cukup faham tentang qada & qadar mu. sampai hujung nyawa aku tetap aku akan merindui



Hubungi saya dengan whatsapp/wechat/sms 013-5954808 Email : hayati1710@gmail.com https://www.facebook.com/IzatisShop https://www.facebook.com/pages/Pengedar-vitamin-Kuala-Ketil/632120276827757 These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Friday, 26 September 2014

Alamak Perut Buncit!!!

Perut buncit memang merimaskan,itu pada pandangan peribadi saya. sebab bila pakai baju nampak perut mula la orang bertanya, eh mengandung lagi ka? dulu masa zaman muda-mudi memang tak buncit pun perut ni. dah beranak ni buncit pulak, sangat merisaukan. macam-macam dah cuba tapi hasilnya menghampakan. tapi saya dah amalkan cara kempis perut tradisional.nampak berkurang sikit ukur lilit perut ni.


Gerun tengok lemak tu kan. disamping petua tradisional, saya juga mengambil suplimen shaklee. dh setahun pun saya dengan shaklee. memang sayang sangat shaklee ni sebab saya berjaya kurus dengan shaklee dan saya juga amalkan beberapa tips yang ringkaskan untuk kempiskan perut. tips ini sellu yang kita anggap remeh tapi sebenarnya memberi impak besar pada perut.

Tips Kempiskan Perut Buncit

1. Amalkan diet yang seimbang mengikut usia kita
2. Jangan minum sambil berdiri
3. Elakkan makan bersulam air (kalau tercekik sila la minum air)
4. Minum air sedikit demi sedikit @ satu teguk satu nafas
5. Amalkan makan makanan rendah kolestrol dan kalori
6. Buat "sit-up" 8 kali setiap kali selepas bangun tidur
7. Ambil Herbalax @ Alfalfa untuk membuang toksin dalam perut dan cuci usus kita
8. Ambil Omega @ Lechitin yang membantu proses memecahkan lemak degil dalam badan
9. Minum Cinch Shake Mix untuk membina otot badan supaya bila kita kurus badan tetap "fit"
10. Minum ESP supaya kenyang dengan lebih lama dan mengurang selera nak makan
11. Banyakkan minum air kosong sekurang-kurangnya 3 liter sehari.

Mudah sahaja kan?..tapi yang mudah itulah kita selalu lupa dan abaikan. mulai dari hari ini mari kita sama-sama displinkan diri dengan amalkan tips diatas dan amalkan juga petua tradisional untuk kurangkan perut buncit dan mugkin juga kita boleh dapat kembali perut slim macam zaman muda mudi dulu.


 

Ini adalah set yang saya amalkan.saya ambil semua ni tau, saya tamak sebab saya nak sihat, saya nak kurus dan saya tak mau perut buncit.

Jika anda juga seperti saya boleh hubungi saya untuk membuat order @ dapatkan penerangan dengan lebih lanjut .


Hubungi saya dengan whatsapp/wechat/sms 013-5954808 
Email : hayati1710@gmail.com 
https://www.facebook.com/IzatisShop 
https://www.facebook.com/pages/Pengedar-vitamin-Kuala-Ketil/632120276827757 

These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Petua kempiskan Perut

Perut kempis pinggang ramping memang idaman setiap wanita la kan. lelaki pun suka pandang perempuan cantik saja kan. tak boleh nak salahkan lelaki,lumrah manusia memang suka tengok keindahan kecantikkan. kita wanita pun suka tengok rupa paras wanita lain yang cantik.

Kebanyakkan wanita menghadapi masalah nak kempiskan perut selepas bersalin, dah berbengkung bertunku tapi susahnya lahai nak perut ni nak kempis.

Hari ini saya nak berkongsi petua kempiskan perut. ini petua tradisional, saya tanya makcik-makcik dekat kawasan rumah saya dan tanya mak.petua tradisional ni lambat kesannya tapi kalu selalu kita amalkan insya allah nampak kesannya.




Jom kita kongsi petua

# Bancuh asam jawa dengan air panas, masukkan dalam botol biarkan semalaman. bangun pagi dah boleh minum. amalkan setipa hari

# Daun lidah buaya yang dimasak dengan asam jawa,masak sehingga pekat. sejukkan,lepas itu boleh sapu pada perut dan biarkan kering baru bilas

# Campuran limau nipis dan kapur sireh. perahkan air limau nipis atas piring dan ambil sedikit kapur sireh dan kacau sebati. lepas tu sapu pada perut. biar sampai kering.

Itu lah antara 3 petua tradisional cara nak kempiskan perut. jom kita sama-sama cuba.kesan memang lambat,sesiapa yang kurang tahap kesabaran jangan cuba petua ini.






SELAMAT MENGEMPISKAN PERUT YA!!!!



Hubungi saya dengan whatsapp/wechat/sms 013-5954808 Email : hayati1710@gmail.com https://www.facebook.com/IzatisShop https://www.facebook.com/pages/Pengedar-vitamin-Kuala-Ketil/632120276827757 These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Thursday, 25 September 2014

Rangsang Anak Bercakap

Kebiasaannya, apabila anak mencecah usia dua tahun mereka akn mula menuturkan perkataan yang boleh difahami walaupun pertuturan mereka masih ada pelat.

Kita sebagai ibu bapa perlu bercakap lebih kerap dengan anak-anak bagi merangsang kebolehan bertutur mereka. bercakap guna pelat dewasa, jangan sesekali guna pelat kanak-kanak.

Jom kita kongsi serba sedikit tips yang boleh bantu ibu bapa ransang kebolehan bercakap anak-anak.

1. Berkomunikasi dengan anak anda seawal dari dalam kandungan lagi. mereka sudah boleh mendengar bunyi-bunyi yang terhasil disekeliling mereka semasa dalam kandungan.

2. Gunakan ayat yang pendek dan mudah apabila memberi penerangan tentang sesuatu benda atau keadaan kepada anak anda.

3. Bercakap dengan menggunakan mimik muka dan intonasi suara yang berbeza.

4. Bacakan buku cerita kepada si kecil anda. baca dengan penuh gaya dan bersemangat.

5. Dedahkan anak anda kepada interaksi sosial kerana dengan cara ini mereka lebih mudah bercakap, mereka akan mendengar dan mngikut percakapan orang disekeliling mereka.

6. Jadi pendengar yang setia dan memahami sebaik mungkin pertuturan mereka. batu sikecil anda untuk bertutur dengan lebih jelas.

7. Pelbagaikan medium pembelajaran,menyanyi contohnya.

8. Rajin bertanya, apa yang kamu buat? itu apa? ini apa? selagi mereka boleh bertutur sepatah dua perkataan dan menggunakan bahasa isyarat itu adalah normal dalam perkembangan mereka.

9. Jangan sesekali paksa mereka bercakap jika mereka tidak boleh menyebut perkataaan tersebut.jangan menunjukkan kemarahan anda.

10. Libat anak anda dengan aktiviti harian yang selamat, contonya seperti membuat sandwich.kenalkan mereka ini sayur,ini bawang, secara tidak langsung akan menggalakkan minat mereka untuk bertanya semula.

Dari pengalaman saya sendri anak saya cepat bercakap, belum pun setahun dah pandai bercakap dan berjalan. cuma lambat pulak tumbuh gigi,setahun baru tumbuh gigi. jadi jangan sangka anak kita tidak normal ya sebab tumbesaran mereka tidak sama,kita sebagai ibu bapa perlu bersedia untuk menjadi guru kepada anak-anak kita.


Hubungi saya dengan whatsapp/wechat/sms 013-5954808 Email : hayati1710@gmail.com https://www.facebook.com/IzatisShop https://www.facebook.com/pages/Pengedar-vitamin-Kuala-Ketil/632120276827757 These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Wednesday, 24 September 2014

Kurus dengan Detoks



Infused Water
Ini adalah cara murah dan mudah untuk menurunkan berat badan. Cuci bersih buah-buahan dan simpan seketika dalam peti ais supaya lebih segar. lepas tu boleh la potong ikut kreativiti masing-masing.

masukkan dalam bekas/botol dan isi bekas dengan air sejuk (bukan ais batu), kemudian simpan semalam dalam peti ais. esok pagi dah boleh minum.

Resepi dan Khasiat Infused Water


1. Teh hijau, daun pudina, dan limau- Untuk membakar lemak, penghadaman, sakit kepala,dan memberikan nafas yang segar! 

2Strawberry dan kiwi -Untuk kesihatan kardiovaskular, perlindungan sistem imun, gula dalam darah lebih stabil dan penghadaman.

  
3. Timun, limau nipis dan lemon - Untuk pengawalan lebihan air dalam badan (water retention), kembung dan mual, mengawal selera makan, penghidratan, penghadaman 

4Lemon, limau nipis dan oren -Untuk penghadaman vitamin C, pertahanan imun, pedih ulu hati, (yang ini perlu diminum  pada suhu bilik)


#Tips ini penting untuk detokfikasi dan penghidratan badan.Masukkan buah-buahan sebanyak mungkin dan perlu direndam paling minimum 30 minit sebelum anda minum. Amalkan setiap hari dan anda akan rasa perbezaannya!! 

Disamping mengamalkan infused water, shaklee juga ada vitamin yang sesuai dan memang terbukti khasiatnya untuk detok. Antara Alfalfa dan Herbalax. kenapa dua?

Alfalafa sesuai untuk lelaki dan wanita yang tidak mengandung. boleh diambil oleh wanita bersalin yang bayinya tidak jaundis,ibu menyusu juga boleh mengambil Alfalfa dan remaja 13 tahun keatas.


Alfalfa 



Herbalax boleh diambil oleh lelaki,wanita yang tidak mengandung,tidak menyusukan bayi dan remaja 13 tahun keatas.
Herbalax

Kenapa Perlu Detoks?

Detoks penting untuk mengeluarkan toksin yang berlebihan dalam badan. Mungkin selama ini kita dalam proses diet tapi tak juga kurus. Toksin berlebihan adalah salah satu punca badan susah nak kurus. sebab itu perlunya detoks. Badan susah untuk menyerap segala jenis nutrien dari pemakanan harian dan suplimen yang diamalkan. rugi la kan, segala nutrien dibuang begitu shaja.

Untuk melihat dan keberkesanan sesuatu supliment kita perlukan proses detoks. Detoks secara semulajadi seperti mengamalkan infused water @ tambahan lagi dengan mengamalkan suplimen detoks shaklee sebelum mengambil suplimen-suplimen lain.

Toksin yang berlebihan dalam badan juga boleh mengundang pelbagai penyakit kerana dari perutlah asalnya segala penyakit.sebab itu penting untuk kita detoks. buang segala kekotoran dalam usus melalui pembuangan air besar.

Jadi usah tunggu lagi ya, bertindak sekarang dengan dapatkan segera produk shaklee yang memang diyakini selamat dan suci lagi HALAL serta tidak diragui lagi keberkesanannya.




Hubungi saya dengan whatsapp/wechat/sms 013-5954808 
Email : hayati1710@gmail.com 
https://www.facebook.com/IzatisShop 
https://www.facebook.com/pages/Pengedar-vitamin-Kuala-Ketil/632120276827757 

These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Delima Baik untuk Jantung

Buah delima sangat tinggi antioksidan yang berfungsi untuk melawan radikal bebas. Kajian juga menunjukkan buah delima mengandungi tiga kali lebih tinggi kandungan antioksidan berbanding anggur merah.


Buah Delima

Malah kandungan antioksidannya juga lebih baik dari buah beri biru,kranberi dan oren serta kandungan polifenol dalam buah delima juga adalah lebih tinggi.

Buah delima dapat melindungi jantung. Berdasarkan kajian Proceeding of National Academy of Sciences, jus buah delima dapat mencegah pengerasan arteri, serangan jantung dan stroke.

Buah delima menghalang plak-plak daripada terlekat di arteri dan menyebabkan arteri tersumbat dan juga membantu menyahkan tompokan-tompokan plak yang sudah lama melekat pada dinding arteri.
Buah delima juga dapat menurunkan paras kolestrol jahat (LDL) dan meningkat kadar kolestrol baik (LDL) dalam badan manusia.

Sekarang ini saya lihat dimana-mana pasar tani memang banyak sangat buah delima dijual. apa lagi, sementara bekalan buah delima yang banyak jom lah kita beli buat stok. boleh buat jus,jadikan bahan tambahan dalam salad. baut jus pun boleh lepas tu kita frozenkan, bila nak mnum cairkan sahaja.

buah delima ini bukan sahaja isinya yang berkhasiat,kulitnya pun ada khasiat, kulit delima dijemur kering dan boleh disimpan berbulan-bulan lamanya, dijadikan ubat cirit-birit. ambil sekping kulit delima yang dikeringkan, rendam dalam secawan air panas dan tutup, bila air dah sejuk boleh la diminum. Insya allah berkesan. Selamat Mencuba!!!



Hubungi saya dengan whatsapp/wechat/sms 013-5954808 Email : hayati1710@gmail.com https://www.facebook.com/IzatisShop https://www.facebook.com/pages/Pengedar-vitamin-Kuala-Ketil/632120276827757 These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Tuesday, 23 September 2014

Buah Naga Pelik Tapi Banyak Khasiat




Buah nagan bukan sahaja mempunyai fizikal yang pelik dan mempunyai dua warna, jenis yang isinya putih dan satu lagi yang jenis isinya merah terang. boleh dijadikan pewarna semulajadi dalam makanan.

Berasal dari Amerika Selatan dan kemudian dibawa masuk ke negara-negara asia. Rasanya yang masam manis dengan isinya yang berbiji kecil sememangnya lazat dan membuka selera sesiapa yang melihatnya.

Kebaikan Buah Naga

- Menguatkan daya ingatan
- Anti-kanser
- Mengawal gula dalam darah (sesuai untuk pesakit kencing manis)
- Membantu mempercepatkan pemyembuhan luka
- Buah naga mempunyai kandungan antioksidan yang tinggi, ini bermaksud berupaya melindungi daripada radikal bebas dan melambatkan proses penuaan.
- kaya dengan vitamin C,kalsium, Vitamin A, Serat, Zat Besi, Vitamin B1 dan B2, Protein dan Fosforus. yang berfungsi meningkatkan sistem imun badan dan memelihara sistem pencernaan.
- Menggalakkan pertumbuhan probiotik yang sihat untuk usus
- Mengelakkan pertumbuhan sel kanser.
- Membuang toksin dan membersihkan usus dan merawat asma dan batuk
- Menurunkan paras kolestrol kerana mengandungi flavanoid yang mempunyai kesan positif merawat penyakit kardiovaskular.

Terlalu banyak khasiat buah naga dan sesuai diambil setiap peringkat umur. bijinya yang kecil juga mengandungi lemak tidak tepu yang berupaya meningkatkan kolestrol baik dan menyingkirkan kolestrol yang tidak baik daridalam badan.





Hubungi saya dengan whatsapp/wechat/sms 013-5954808
Email : hayati1710@gmail.com
https://www.facebook.com/IzatisShop
https://www.facebook.com/pages/Pengedar-vitamin-Kuala-Ketil/632120276827757

These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Monday, 22 September 2014

Bedak Sejuk Komestik Turun Temurun

Kebanyakkan rakyat Malaysia memang dah cukup sinonim dengan bedak sejuk cuma mungkin namanya berbeza mengikut dialek daerah masing-masing.








Hubungi saya dengan whatsapp/wechat/sms 013-5954808 Email : hayati1710@gmail.com https://www.facebook.com/IzatisShop https://www.facebook.com/pages/Pengedar-vitamin-Kuala-Ketil/632120276827757 These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Sunday, 21 September 2014

Pengedar Shaklee Felda Teloi Timur & Teloi Kanan






Hoiiii orang kampung ni nak habaq ni nak produk shaklee mai hubungi saya. cara nak hubungi ada di bawah sana.
Semua produk ada, cakap saja anda nak produk apa. tak tahu shaklee ni apa?, mai saya nak jelaskan dengan lebih jelas. FREE CONSULTATION, LIFETIME CONSULTATION jika anda pelanggan saya.











inilah antara produk shaklee, jamu mata sikit la.kot-kot ada yang berkenan boleh hubungi saya segera.

Hubungi saya dengan whatsapp/wechat/sms 019-5954808 
Email : hayati1710@gmail.com 
https://www.facebook.com/IzatisShop 
https://www.facebook.com/pages/Pengedar-vitamin-Kuala-Ketil/632120276827757 

These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Kisah Seorang WAHM


Begini la situasi saya hari-hari, cuma anak saya baru seorang. saya tak pernak menyesal pun pilih jalan ni, sebanya saya bukannya duduk dirumah goyang kaki. saya bekerja dari rumah. saya bos saya kuli..hihi. alhamdulilah rezeki Allah sentiasa cukup untuk hambanya. kita cari ilmu,kita buat.kita usaha.kita kongsi,kita tawakal.


ini la buah hati pengarang jantung saya, teman bergaduh tiap-tiap hari. ajak baca buku tak mau,katanya dh pandai ..huhu apa-apa sajalah anak. puas rasa dapat tengok Imran besar depan mata. saya bukanlah ibu yang terbaik tapi saya cuba jadi yang terbaik. melepaskan jawatan yang memang jadi cita-cita saya selama bukan satu penyesalan, sebaliknya saya sangat bersyukur. rezeki dirumah pun melimpah ruah, tapi makcik tak la kayoo lag,hihihii..tapi sedang  berusaha kearah itu supaya dapat bantu lebih ramai orang,dapat besedekah lebih,memberi lebih pada yang perlu. Insya ALLAH... Ya ALLAH mudahkan lah urusan ku.

jadi sesiapa yang kata kami-kami suri rumah tangga ni dduduk goyang kaki saja dekat rumah memang salah sangat la.kerja kami lebih sibok lagi.jam kerja pun lebih lagi dari yang bekerka pejabat. tapi kami ikhlas, kami suka. Love what you do, do what u love. baru la berkat rezeki kita.

nak join shaklee dibawah SHINE LEGACY.. jom hubungi saya..Insya ALLAH anda tidak akan menyesal.




Hubungi saya dengan whatsapp/wechat/sms 019-5954808 
Email : hayati1710@gmail.com 
https://www.facebook.com/IzatisShop 
https://www.facebook.com/pages/Pengedar-vitamin-Kuala-Ketil/632120276827757 

These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Saturday, 20 September 2014

Omega untuk Kecerdasan Otak





Ini bukan brain booster ya, bijak @ tidak bijak bergantung atas usaha sendiri. kita cuma amalkan omega ini untuk membantu minda kita supaya lebih fokus dan memproses maklumata yang kita dapat dengan pantas.

Kenapa Omega? sebabnya omega ada asid lemak omega-3 yang amat besar faedahnya kepada perkembangan minda.

# sesuai untuk kanak-kanak @ pelajar yang ingin fokus dalam pelajaran
# kanak-kanak yang lambat membaca

Kajian membuktikan kanak-kanak yang lambat membaca diberi omega dalam diet harian mampu meningkat 20% tahap kebolehan membaca dalam tempoh 3 minggu.

Setiap sel otak memerlukan DHA & EPA yang mencukupi untuk berkembang dengan baik. sebab tu la sekarang kita boleh tengok iklan-iklan susu di televisyen menekankan produk mereka mempunyai DHA yang diperlukan unutk sel-sel otak bersambung. tapi jumlah DHA yang terdapat susu hanya sedikit, jadi kita perlukan tambahan untuk perkembangan minda dan fizikal anak selaras dengan usianya.

Omega Guard shaklee adalah yang terbaik. ada yang bercakap elok ka bagi omega kat anak sebab usia muda lagi..elok ja,bukan kita bagi sehari  sebiji..sekurang-kurangnya 3 kali seminggu saja.

jadi apa tunggu lagi? moh la kita order omega. klik pada apa imej sekiranya anda pemegang kad kredit @ kad debit


@

Hubungi saya dengan whatsapp/wechat/sms 019-5954808 
Email : hayati1710@gmail.com 
https://www.facebook.com/IzatisShop 
https://www.facebook.com/pages/Pengedar-vitamin-Kuala-Ketil/632120276827757 

These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Khasiat Herba Tradisional

Jangan pandang sebelah mata saja khasiat herba tradisional ni. Nenek moyang kita dahulu mana ada hospital, klinik macam kita sekarang. Mereka hanya menggunakan herba-herba untuk mengurangkan masalah kesihatan seperti  masalah angin, pening kepala, sengal pinggang dan sakit sendi.

Tumbuhan herba seperti kayu putih,halia bara, serai,limau purut dan lengkuas khasiatnya memang setanding dengan perubatan moden. Tumbuhan herba juga selamat dan terbaik,mudah didapati dan tidak mendatangkan kesan sampingan.

Minyak Kayu Putih


# kaya dengan khasiat vitamin E dan boleh digunakan setiap hari. Khasiatnya boleh menyembuhkanluka,jangkitan kulit sert menghilangkan parut pada badan.



Cengkih




# Sangat berupaya untuk merawat senak perut, masalah penghadaman, cirit-birit dan angin pasang. Kajian dari universiti Kansas di Amerika Syarikat mendapati ekstrak cengkih dapat mencegah pembekuan darah dan memusnahkan bakteria dalam daging.



Lengkuas dan Buah Pala


# Lengkuas mampu untuk menghapuskan bakteria yang menyebabkan masalah angin dan ketidakhadaman makanan selain melancarkan peredaran darah.

# Buah pala pula digunakan untuk membuat jeruk,daunnya boleh dijadikan ulam dan sesuai untuk membuang angin dalam badan.


Limau Purut dan Serai



# Asid sitrik dalam limau mampu mengekalkan kelembapan kulit, merawat gigitan serangga dan masalah gatal kulit kepala.

# Serai sangat mujarab unyuk mengeluarkan angin perut, membuang toksin serta melancarkan sistem pencernaan badan.

Hubungi saya dengan whatsapp/wechat/sms 019-5954808
Email : hayati1710@gmail.com
https://www.facebook.com/IzatisShop
https://www.facebook.com/pages/Pengedar-vitamin-Kuala-Ketil/632120276827757

These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Friday, 19 September 2014

Kurus Dengan Omega Guard Shaklee

Gemuk pun salah kurus pun salah..hihi. pada tanggapan saya,gemuk tak salah,kurus pun tak salah. kurus bukan bermaksud tidak cukup makan, gemuk pula bukan bermaksud terlebih makan. Gemuk @ Kurus tak kisah lah, asalkan sihat.


Hari ini saya hanya hendak berkongsi rahsia kurus dengan Omega. " eh awat pulak omega,lechitin la agen bakar lemak ", ya saya tidak nafikan, kedua-dua produk ini memang agen bakar lemak. Lechitin murah, Omega mahal. tu perbezaan yang paling ketara. Nak makan dua-dua sekali pun boleh,lagi la cepat kurus kan..hihi.




Omega guard shaklee mengandungi EPA & DHA yang membantu meningkatkan hormon Leptin. Leptin adalah hormon yang berfungsi untuk mengawal selera makan. jadi kita akan rasa kurang nak makan. hormon leptin juga berfungsi untuk membantu meningkatkan metabolisme badan, metabolisme tinggi berat badan akan mudah turun.

Khasiat lain yang kita boleh dapat dengan mengamalkan Omega adalah meningkatkan kecerdasan otak, kurang la sikit simptom-simptom mudah lupa. makan omega berat turun, hoyeaaaa!!! sapa yang tak mau kan..jom2 borong omega.


KLIK PADA IMEJ DIBAWAH JIKA ANDA PEMEGANG KAD KREDIT @ KAD DEBIT






@





Hubungi saya dengan whatsapp/wechat/sms 019-5954808 
Email : hayati1710@gmail.com 
https://www.facebook.com/IzatisShop 
https://www.facebook.com/pages/Pengedar-vitamin-Kuala-Ketil/632120276827757 

These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.