Jom la klik

!-- nuffnang -->

Ada ApaYang Awesome

Showing posts with label Tips keibubapaan. Show all posts
Showing posts with label Tips keibubapaan. Show all posts

Monday, 20 October 2014

Hamil Luar rahim




Kehamilan luar rahim @ ectopic pregnancy. Ectopic bermaksud ditempat yang salah, kehamilan luar rahim berlaku ditempat yang salah, tidak membesar didalam rahim ibu.

95 peratus kes kehamilan luar rahim berlaku dalam tiub fallapio, oleh sebab itu ia juga dikenali sebagai tubal pregnancy.kehamilan ini akan berkembang seprti biasa dan akan mula berlaku sakit yang amat sangat dan pendarahan.jika dibiarkan lebih lama akan menyebabkan tiub pecah

kehamilan luar rahim boleh mengancam nyawa si ibu, proses yang akan dilakukan adalah dengan menggugurkan sepenuhnya kandungan kerana janin tersebut tidak boleh dipindahkan kedalam rahim.




Mengapa berlaku kehamilan luar rahim?

Telur yang telah disenyawakan biasanya mengambil masa kira 5-6 hari bergerak melalui tiub fallopian dari ovari ke uterus. tetapi apa yang mnyebabkan telur tersebut terhenti di tiub fallpian adalah keadaan tiub tersebut yang rosak, tersumbat @ sempit. maka terjadilah kemilan luar rahim.

Siapa yang berisiko hamil luar rahim?

- pernah menghidap radang pelvik
- mengalami endometriosis tiub fallopian
- pernah melakukan pembedahan diperut (apendiks,ceaseran, atau pembedahan pada tiub fallopian)
- hamil melalui kaedah IVF
- menggunakan IUD
- merokok
- pernah mengalami kehamilan luar rahim
- umur yang semakin meningkat

Tanda-tanda kehamilan luar rahim

- sakit yang teramat sangat pada abdomen dan pelvis sehingga sukar berdiri
- pendarahan vagina, samada lebih banyak @ lebih sedikit dan sedikit gelap warnanya dan cair.
- berpeluh dengan banyak dan rasa sperti hendak pitam
- cirit-birit atau terdapat darah dalam najis
- pengsan akibat pendarahan dalaman yang teruk
- sakit pada hujung bahu kerana pendarahan dalaman mengganggu  organ lain.
- denyutan jantung yang tidak normal,jadi lebih cepat


Jika anda merasa tanda-tanda tersebut, jangan lengahkan. atau bila dah sah mengandung dapatkan segera rawatan imbasan,jika tiada kantung yang diimbas tindakan selanjutnya harus diambil. berjumpa terus dengan pakar. ya siapa yang sanggup nak gugurkan anak secara paksa, tapi jika berlaku kehamilan diluar rahim ianya memang tidak boleh diselamatkan. kandungan memang tidak boleh diteruskan kerana membahayakan nyawa anda. 

Ambil tindakan segera dan insya-Allah jika ada rezeki anda boleh hamil lagi. yang penting utamakan kesihatan. nak mengandung pun kena sihat. boleh dapatkan set kehamil,berpantang dan menyusu shaklee dengan saya.


SET HAMIL

SET BERPANTANG DAN MENYUSU





Hubungi saya dengan whatsapp/wechat/sms 013-5954808 
Email : hayati1710@gmail.com 
https://www.facebook.com/IzatisShop 
https://www.facebook.com/pages/Pengedar-vitamin-Kuala-Ketil/632120276827757 


 These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Thursday, 25 September 2014

Rangsang Anak Bercakap

Kebiasaannya, apabila anak mencecah usia dua tahun mereka akn mula menuturkan perkataan yang boleh difahami walaupun pertuturan mereka masih ada pelat.

Kita sebagai ibu bapa perlu bercakap lebih kerap dengan anak-anak bagi merangsang kebolehan bertutur mereka. bercakap guna pelat dewasa, jangan sesekali guna pelat kanak-kanak.

Jom kita kongsi serba sedikit tips yang boleh bantu ibu bapa ransang kebolehan bercakap anak-anak.

1. Berkomunikasi dengan anak anda seawal dari dalam kandungan lagi. mereka sudah boleh mendengar bunyi-bunyi yang terhasil disekeliling mereka semasa dalam kandungan.

2. Gunakan ayat yang pendek dan mudah apabila memberi penerangan tentang sesuatu benda atau keadaan kepada anak anda.

3. Bercakap dengan menggunakan mimik muka dan intonasi suara yang berbeza.

4. Bacakan buku cerita kepada si kecil anda. baca dengan penuh gaya dan bersemangat.

5. Dedahkan anak anda kepada interaksi sosial kerana dengan cara ini mereka lebih mudah bercakap, mereka akan mendengar dan mngikut percakapan orang disekeliling mereka.

6. Jadi pendengar yang setia dan memahami sebaik mungkin pertuturan mereka. batu sikecil anda untuk bertutur dengan lebih jelas.

7. Pelbagaikan medium pembelajaran,menyanyi contohnya.

8. Rajin bertanya, apa yang kamu buat? itu apa? ini apa? selagi mereka boleh bertutur sepatah dua perkataan dan menggunakan bahasa isyarat itu adalah normal dalam perkembangan mereka.

9. Jangan sesekali paksa mereka bercakap jika mereka tidak boleh menyebut perkataaan tersebut.jangan menunjukkan kemarahan anda.

10. Libat anak anda dengan aktiviti harian yang selamat, contonya seperti membuat sandwich.kenalkan mereka ini sayur,ini bawang, secara tidak langsung akan menggalakkan minat mereka untuk bertanya semula.

Dari pengalaman saya sendri anak saya cepat bercakap, belum pun setahun dah pandai bercakap dan berjalan. cuma lambat pulak tumbuh gigi,setahun baru tumbuh gigi. jadi jangan sangka anak kita tidak normal ya sebab tumbesaran mereka tidak sama,kita sebagai ibu bapa perlu bersedia untuk menjadi guru kepada anak-anak kita.


Hubungi saya dengan whatsapp/wechat/sms 013-5954808 Email : hayati1710@gmail.com https://www.facebook.com/IzatisShop https://www.facebook.com/pages/Pengedar-vitamin-Kuala-Ketil/632120276827757 These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.