Masalah bau badan sebenarnya dapat diatasi dengan beberapa langkah mudah termasuk :
# Gosokkan ketiak dengan hirisan limau.gosok perlahan ya,gosok kuat nanti pedih.
# Boleh juga diperah air limau tersebut dan dicampur dengan air putih biasa dan dibuat air mandi. boleh gunakan limau purut @ limau nipis.
# Jangan menyembur minyak wangi pada baju kerana boleh membuatkan bau badan semakin kuat.
# Gunakan kapur makan,bancuh sedikit dengan air dan disapu di bahagian ketiak setiap malam.
# Gunakan mandian anti-bakteria,untuk menghalang pembiakan bakteria yang menjadi punca bau badan.
# Jangan sesekali memakai pakaian yang tidak kering/lembap, kerana boleh menggalakkan lagi pembiakan bakteria bau badan serta pilihlah.deodoran yang bersesuaian.
# Petua orang lama, tumbuk daun jambu batu sehingga lumat dan jadikan seperti lulur. gosokkan pada seluruh badan terutamanya dibahagian ketiak dan celah kangkang. biarkan 10-15 minit,kemudian boleh bilas dengan air bersih.lulur daun jambu juga mampu melicin dan melembutkan kulit anda.
# Cara yang paling mudah adalah mandi dengan kerap dan sentiasa menukar pakaian apabila berpeluh dan pilih material pakaian dari jenis yang menyerap peluh dengan baik.
posted from Bloggeroid
0 comments:
Post a Comment