Betul ka ejaan tu,tak pa la kan janji orang faham. saya tak pernah buat pun tapi tiba-tiba nampak kawan pos gambar dekat group whatsapp siap bagi resepi lagi. jadi marilah kita mencuba, alhamdulilah menjadi dan marilah kita tempek resepi dekat sini,moga-moga lepas ni nak buat lagi boleh rujuk sini dan kawan-kawan pun boleh cuba.
Bahan-bahan
2 sudu butter
stgh cawan susu pekat manis yang dah dibancuh
2 biji telur
2 sudu gula
kismis
coklat cip
7-8 keping roti
Bahan-bahan Sos Kastard
1 sudu butter
1 tin susu cair
1/2 tin air
2 sudu tepung kastard
Cara membuat:
kisar semua bahan kecuali roti,kismis,coklat cip. sapu butter pada loyang,tuang bahan kisar,rendam roti dan tabur kismis,coklat cip.sebelum bakar saya taburkan sedikit gula diatas.kalau ada butter lebih boleh letak kat atas sebelum bakar.bakar dengan suhu 170 darjah celcius selama 40 minit. cucuk dengan lidi untuk cek dah masak ke belum.
Cara membuat sos:
masak semua bahan tersebut dengan api perlahan.kacau sentiasa.bila dah pekat boleh sejukkan dalam peti ais.
ok dah siap.selamat mencuba.sedap dimakan bila disejukkan.
Hubungi saya dengan whatsapp/wechat/sms 019-5954808
Email : hayati1710@gmail.com
https://www.facebook.com/IzatisShop
https://www.facebook.com/pages/Pengedar-vitamin-Kuala-Ketil/632120276827757
These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.
0 comments:
Post a Comment