Jom la klik

!-- nuffnang -->

Ada ApaYang Awesome

Thursday, 25 September 2014

Rangsang Anak Bercakap

Kebiasaannya, apabila anak mencecah usia dua tahun mereka akn mula menuturkan perkataan yang boleh difahami walaupun pertuturan mereka masih ada pelat.

Kita sebagai ibu bapa perlu bercakap lebih kerap dengan anak-anak bagi merangsang kebolehan bertutur mereka. bercakap guna pelat dewasa, jangan sesekali guna pelat kanak-kanak.

Jom kita kongsi serba sedikit tips yang boleh bantu ibu bapa ransang kebolehan bercakap anak-anak.

1. Berkomunikasi dengan anak anda seawal dari dalam kandungan lagi. mereka sudah boleh mendengar bunyi-bunyi yang terhasil disekeliling mereka semasa dalam kandungan.

2. Gunakan ayat yang pendek dan mudah apabila memberi penerangan tentang sesuatu benda atau keadaan kepada anak anda.

3. Bercakap dengan menggunakan mimik muka dan intonasi suara yang berbeza.

4. Bacakan buku cerita kepada si kecil anda. baca dengan penuh gaya dan bersemangat.

5. Dedahkan anak anda kepada interaksi sosial kerana dengan cara ini mereka lebih mudah bercakap, mereka akan mendengar dan mngikut percakapan orang disekeliling mereka.

6. Jadi pendengar yang setia dan memahami sebaik mungkin pertuturan mereka. batu sikecil anda untuk bertutur dengan lebih jelas.

7. Pelbagaikan medium pembelajaran,menyanyi contohnya.

8. Rajin bertanya, apa yang kamu buat? itu apa? ini apa? selagi mereka boleh bertutur sepatah dua perkataan dan menggunakan bahasa isyarat itu adalah normal dalam perkembangan mereka.

9. Jangan sesekali paksa mereka bercakap jika mereka tidak boleh menyebut perkataaan tersebut.jangan menunjukkan kemarahan anda.

10. Libat anak anda dengan aktiviti harian yang selamat, contonya seperti membuat sandwich.kenalkan mereka ini sayur,ini bawang, secara tidak langsung akan menggalakkan minat mereka untuk bertanya semula.

Dari pengalaman saya sendri anak saya cepat bercakap, belum pun setahun dah pandai bercakap dan berjalan. cuma lambat pulak tumbuh gigi,setahun baru tumbuh gigi. jadi jangan sangka anak kita tidak normal ya sebab tumbesaran mereka tidak sama,kita sebagai ibu bapa perlu bersedia untuk menjadi guru kepada anak-anak kita.


Hubungi saya dengan whatsapp/wechat/sms 013-5954808 Email : hayati1710@gmail.com https://www.facebook.com/IzatisShop https://www.facebook.com/pages/Pengedar-vitamin-Kuala-Ketil/632120276827757 These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

0 comments:

Post a Comment