Semua umat islam rata-rata dah diajar berpuasa seawal usia 6
tahun..malah ada yang lebih awal lagi dah diajar
berpuasa,alhamdulilah..berlumba-lumba kita dengan adik beradik berpuasa..kalau
tak puasa satu hari pun dh rasa sedih sangat sebab tak dapat puasa penuh..tapi
bila makin meningkat dewasa,puasa dipandang enteng..yang perempuan beri alas an
uzur bila ditanya kenapa tak puasa?? Yang lelaki pula beralasan gastrik,demam
dan sebagainya la bila ditanya kenapa tak puasa??..kenapa jadi macam ni??..tah
la,saya pun tak tau nak komen,tuan punya badan ja yang ada jawapan..tepuk dada
tanyalah iman..
Puasa ni banyak sangat kelebihannya,bukan saja dari segi
islam malahan dari sudut perubatan juga membuktikan puasa ni banyak
kelebihannya. Antara kelebihan berpuasa dari sudut perubatan:
1.
Penurunan berat badan
-
Membantu individu yang obes menurunkan berat
badan dengan cara yang sihat. Penurunan berat badan sepanjang tempoh berpusa
berbeza kesannya dengan penurunan berat badan secara diet. Turun berat badan
dengan berpuasa lebih stabil kerana berat badan tidak akan naik mendadak jika
berhenti berpuasa..pahala dapat badan pun slim..berbeza jika turun berat badan
dengan cara diet keras seperti tak makan nasi..bila kita dah tak mapu nk kawal
diet,berat badan akan naik mendadak..malahan ada yang naik lebih lagi dari
sebelumnya.
2.
Pesakit diabetes & darah tinggi
-
Membantu menurunkan paras gula dalam darah
dengan cara semulajadi dan juga menstabilkan tekanan darah sebab tak mengambil
terlalu banyak makanan yang menyumbang kepada tekanan darah tinggi
3.
Mempercepatkan proses pemulihan
-
Proses penggantian tisu yang rosak menjadi mudah
dan lebih cepat hasil dari protein sintesis yang semakin berkesan disebabkan
antibodi badan lebih teratur. Sebab tu la bila kita sakit doktor akan
nasihatkan kita supaya berpuasa supaya badan kita menghasilkan sel dan tisu
baru yang membantu mempercepatkan proses pemulihan.
4.
Awet muda dan melanjutkan usia
-
Dengaq awet muda mesti semua teruja kan??..ok
mai pakat baca cepat. Sejenis hormone anti-penuaan dengan banyak ketika
berpuasa. Ini juga disebabkan oleh proses protein sintesis yang membantu badan
menghasilkan sel-sel baru bagi menggantikan yang rosak. Ketahan badan juga akan
menjadi lebih baik. So rajin-rajin la berpusa kalau nak muda selalu.
5.
Mengurangkan risiko penyakit aterosklerosis
-
Puasa juga membantu menurunan paras kolestrol
dalam darah dan mengurangkan risiko penyakit tersebut (sejenis panyakit pada
arteri dimana lemak-lemak akan berkembang pada dinding dalam arteri dan
akhirnya menyekat pengaliran darah ).
6.
Solat terawih meningkatkan metabolisme badan
-
Membantu system percernaan supaya cepat
mencernakan makanan yang dimakan dan digunakan sebagai tenaga. Solat terawih
juga adalah senaman ringkas untuk kardiovaskular (jantung dan aliran darah).
7.
Disiplinkan diri berhenti merokok
-
Siang hari perokok boleh bertahan dari hisap
rokok sebab berpuasa,apa kata lepas ni malam hari pun cuba untuk tidak hisap
rokok.nyahkan semua nikotin yang lama terkumpul dalam badan tu. Bila ketagih
nak merokok cuba fikirkan kesan merokok pada tubuh badan,rokok adalah penyebab
kanser,sakit jantung,tekanan darah tinggi,paru-paru dan macam-macam lagi
la.insya allah usaha nak berhenti merokok pasti kan Berjaya,tekadkan niat dan
kuatkan semangat.
8.
Ketenangan mental
-
Kita akan merasa lebih tenang dalam bulan puasa.
Individu mana yang mengalami masalah tekanan jiwa,buntu stress cuba lah
berpuasa walaupun bukan dalam bulan ramadhan.penawar terbaik untuk mencari
ketenangan adalah dengan mendekatkan diri dengan Allah.
Dari segi perubatan pun puasa terlalu banyak
faedahnya..apatah lagi dari sudut pandangan islam. Jadi.marilah kita pakat
puasa,sempena bulan puasa ni gandakan amalan sebyak mugkin,berebutlah kita
dalam mencari redha ilahi.
Hubungi saya dengan whatsapp/wechat/sms 019-5954808
Email : hayati1710@gmail.com
https://www.facebook.com/IzatisShop
https://www.facebook.com/pages/Pengedar-vitamin-Kuala-Ketil/632120276827757
These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.
alhamdulilah.... banyaknyer kelebihan tentang berpuasa nih kan, cuma kita jer yang tak tahu. allah dah aturkan dah yang terbaik untuk setiap makhluk ciptaanya kan.... cume kite sahaja yang tidak mahu mengikutnya...
ReplyDeletehttp://majalah-sensasi.blogspot.com