Jom la klik

!-- nuffnang -->

Ada ApaYang Awesome

Sunday, 5 August 2018

First time buat nasi dagang




Ada nampak rupa nasi dagang tak? Ada la kan, first time ni, nasib ada cikgu google. Nak kata xsedap @ sedap pun tak tau la. Secara jujurnya kakti bukan peminat nasi dagang. Pernah cuba tapi tak minat sebab nasi tu beras campur kan, xkena ditekak.
Apa yang membuatkan kakti terasa nak cuba buat ni pun sebab mak mentua kakti pi rombongan terengganu, dia beli beras ni. Banyak hari dah ku pandang sepi ja beras tu, haha. Pikiaq-pikiaq balik, kalau tak buat sayang kan beras tu. Ok tak pa, kita cuba.
Tak susah pun sebenaqnya nak buat, sat ja dh siap.ok mai nak bagi resepi, tempek p la kot ada yang berkenan nak cuba. Tapi kakti ni spesis masak tak dak sukat2 inci CM na, mai taram ja. Alhamdulilah jadi jugak.

CARA MASAK NASI
1. Rendam beras (3-4jam),basuh dan toskan
2. Panaskan periuk kukus, lapik kukus yang lubang2 tu dengan daun pisang. Tak dak daun pisang hampa guna ja aluminium foil. Buat lubang kecik2.
3. Masukkan beras yang dah basuh bersih tu, kukus 20 minit
4. Tingggg, timer dah bunyi. Angkat nasi tu masuk dalam bekas besar gaul dengan santan cair anggaran semangkok. Letak halia, bawang(dimayang halus) & halba(tak kenai halba? Sila p google)
5. Dah sekata gaul tu masuk balik nasik dalam kukus tu, kukus 30 minit.
6. Tingggg timer bunyilagi. Angkat lagi nasik tu, masuk dalam bekas, gaul santan pekat(boh garam gula sesedap mulut hampa la) + halia, bawang, halba(macam dalam step 4).
7. Kukus lagi selama 30 minit
8. Tingggg, timer bunyi. Ok siap boleh boh dalam bekas comey sikit.

CARA MASAK GULAI IKAN KAYU
Xkenai ikan kayu p tanya la kat market tu. Buat ramah sikit. Ok jom belajaq buat gulai.
1. Mula, blend bawang besar, halia, lengkuas, kunyit hidup. Serai 1-2 batang ketuk2 ja
2. Bancuh rempah ikan(xkesah la cap apa pun asalkan rempah ikan), boh serbuk ketumbar anggaran 1 sudu kecik kfc. Boh kerisik 1 sudu makan, cabai kisar/cabai serbuk 1 sudu makan (nak pedas boh la lebih)
3. Santan jangan lupa pulak
* mula2 ikan kena rebus dulu, pakcik mat www.tiffinbiru.com kata rebus awai lagi sedap. Tapi kakti express rebus lala tu ja. Rebus ikan dengan garam skit, asam keping 2-3 keping. Rebus dalam 30 minit. Tapis ikan, ayaq jangan buang.
*tumis bahan blend dengan serai sampai wangi, masukkan bancuhan rempah. Sampai naik minyak baru boh santan, boh ayaq rebus ikan. Biaq mendidih elok, masuk garam sesedap rasa. Masukkan ikan+timun(optional, xdak xpa jangan susah hati)
*siappp
Jom buat acar mentah pulak

CARA BUAT ACAR
1.timun kupas kulit
2. Kobis sagat halus(xdak xpa)
3. Karat pun sagat
4. Nenas kupas buat hidung dia(xmau boh xpa, tapi kakti rasa sedap bila boh nenas)
5. Bawang potong halus
6. Cabai melaka, cabai besaq potong
7. Gaul semua, boh garam, gula, perasa, cuka makan(hampa agak2 la, cuka jangan banyak, 1 sudu cukup dah). Rasa la no, lidah masing2 xsama.


Selamat mencuba nasik dagang version kedah


Hubungi saya dengan whatsapp/wechat/sms 013-5954808 Email : hayati1710@gmail.com https://www.facebook.com/IzatisShop https://www.facebook.com/pages/Pengedar-vitamin-Kuala-Ketil/632120276827757 These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

0 comments:

Post a Comment