Jom la klik

!-- nuffnang -->

Ada ApaYang Awesome

Tuesday, 7 October 2014

Cinta Monyet



Cinta monyet ni selalu orang kaitkan dengan cinta zaman sekolah, cinta main -main la kononnya. tapi kenapa letak nama cinta monyet, kesian monyet tu tau. Saya pun pernah terjebak dengan cinta monyet ni. adoila, kalau diingatkan balik memang lawak la sangat. arwah mak punya la marah, dia cakap gatai sangat mak nak bagi hang menikah ja senang.

Lepas mak cakap macam tu saya slow down sikit, takut. lepas tu saya pindah sekolah lain saya tak bercinta dah dengan mana-mana monyet. eh gurau ja, dengan mana-mana lelaki. nak fokus la kononya. tapi hati ni dok ingat lagi dekat si dia.

Masuk form 6  dan universiti pun saya tak bercinta. saya tetap ingat cinta monyet saya. tapi dah tak tahu nak hubungi dia macam mana. tak dak talian hayat yang boelh membantu. tapi pada suatau hari saya terjumpa dia, dengan beraninya saya dapatkan nombor telefon dia. berbunga-bunga hati.

Bermulalah samabungan episod cinta monyet saya.masa saya semester ke empat di UiTM. dia pun belum ada sesiapa selain saya, sukanya hati. gatai kan, tapi hidup student ni tak banyak masa nak berjumpa sangat pun. kami bercinta biasa-biasa sahaja. sampai la saat yang di nanti, semester terakhir kami bertunang. cinta monyet saya tak main-main tau. kami serius, dia lah cinta saya awal dan akhir. dialah suami saya sekarang. alhamdulilah dah 4 tahun kami bersama, dah ada seorang anak dan insya allah akan bertambah lagi bilangan anak. mula kenal cinta monyet ni masa umur 15 tahun dan kahwin dengan cinta monyet masa umur 24 tahun. 9 tahun bercinta monyet, berharap sangat untuk tua bersama cinta monyet saya dan meninggalkan dunia ini dengan kasih sayang dia.

Dia suamiku, saya sayang dia hingga hujung nyawa dan berdoa moga saya adalah bidadarinya di syurga.


Hubungi saya dengan whatsapp/wechat/sms 013-5954808 Email : hayati1710@gmail.com https://www.facebook.com/IzatisShop https://www.facebook.com/pages/Pengedar-vitamin-Kuala-Ketil/632120276827757 These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Monday, 6 October 2014

Tutuplah Aurat...Moga Istiqomah




Tak tahu nak coretkan apa malam ni, buntu. idea pun satu nikmat dan kurniaan allah untuk kita manusia. tapi mungkin hari ni agak bercelaru jadual kehidupan jadi idea pn kering sikit. bila keadaan dah tenang di malam-malam yang sunyi duduk termenung seorang diri, mula terfikir siapa aku. sempurnakah aku untuk tuhanku, untuk suamiku. Mula muhasabah diri tentang auratku, allah kurangnya aku, jahilnya aku. ada terbaca satu "perlian" ini.

orang perempuan tak sanggup nak berkongsi suami TAPI mereka sanggup berkongsi aurat mereka dengan lelaki lain. sedangkan aurat mereka hanya untuk suami.
JADI siapa yang tidak adil sebenarnya.

Terketuk pintu hati,terhantuk rasa kepala ini bila terbaca "perlian" ini. ada betulnya, jadi hati pun la termuhasabah. terus berdiri depan cermin, pandang diri sendiri dari atas sampai bawah. cukup labuhkah tudungku, cukup longgarkah baju ku, seluarku dan kainku. cukup tebalkah pakaian ku, tertutupkah kaki ku. Berdosanya aku sebab pandang remeh tentang aurat. insya allah akan ku berhijrah seperti yang di tuntut. MOGA ISTIQOMAH!!!






Tak pandai saya nak komen lebih-lebih sebab saya juga masih dalam proses perbetulkan diri.
Moga imej-imej ini dapa membantu kita supaya lebih faham kepentingan menutup aurat.wajib kita kita tutup.



Hubungi saya dengan whatsapp/wechat/sms 013-5954808 Email : hayati1710@gmail.com https://www.facebook.com/IzatisShop https://www.facebook.com/pages/Pengedar-vitamin-Kuala-Ketil/632120276827757 These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

My Love dan Cinch Energy Tea Mix









My other half, bila sorang tak sihat, yang sihat pun mula la nak terikut jadi tak sihat. cepat-cepat la telan vitamin c, b complex dan cinch tea. cinch tea ni sahabat baik saya tau, bila terasa badan nak demam saya memang suka minum cinch tea sebab lepas saja minum mesti rasa macam superwoman. saya tak boleh sakit bila other half saya sakit. sapa nak jaga dia, menangis sendiri sebab bila dia sakit sunyi la hidup ni, tinggal lah kami berdua melayan perasaan, imran layan upin, ibu termenung depan laptop dok perah otak cari idea nak tulis. kalau perah santan mesti dah siap, perah idea punya la susah.

Bercerita tentang cinch tea ni, dulu saya tak teringin pun nak cuba. rasa teringin tu datang bila kawan-kawan cakap boleh loss inch bila minum cinch tea. wahhh!! perempuan mana la yang tak teruja dengar perkataan "loss inch dan loss weight" ni kan. jadi saya pun cuba la, bila dah cuba kesan lain pula saya dapat, saya jadi lebih bertenaga, tak mengantuk walaupun tidur 3-4 jam saja sehari. nama penuhnya cinch tea energy, memang terbukti memberi tenaga berpanjangan.


Niat sebenar sebab nak kurus, tapi daha jatuh cinta jatuh sayang ni saya tak kesah la kurus atau tak, yang penting saya bertenaga. saya perlu bertenaga sebab semua orang perlukan saya. anak, suami, mak mertua, adik perlukan saya. rutin harian terkejar kesana sini memang meletihkan. kalau tak ada cinch tea pengsan dah saya rasa.

Alhamdulilah saya masih bertenaga dan sihat untuk uruskan ramai orang demam dalam rumah ni. yang paling nak perhatian saya tentulah suami. tak pa la, bila lagi kita nak berbakti untuk dia kan. masa sakit ni la dia perlukan kita. 

Saya mesti kuat dan sihat. jadi kaum ibu dan wanita semua jomlah kita minum cinch tea energy untuk jadi superwoman. badan pun slim, tenaga pun bertambah.

Berminat untuk membuat peasanan boleh hubungi saya untuk pre-order sebab cich tea sekarang out of stok. anda boleh pre-order dulu, bila dak restok saya akan terus order.

Hubungi saya dengan whatsapp/wechat/sms 013-5954808 
Email : hayati1710@gmail.com 
https://www.facebook.com/IzatisShop 
https://www.facebook.com/pages/Pengedar-vitamin-Kuala-Ketil/632120276827757 

These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Sunday, 5 October 2014

Salam Aidiladha 2014








Ada juga kenangan aidiladha tahun ni. tapi gambar tak lawa mana pun sebab itu budak tidak memberikan kerjasama. janji ada kenangan sudah la, yang tak lawa itulah seni. ayat penyedap hati saja tu.

Persiapan raya haji tiap-tiap tahun memang ringkas,baik dari segi menu dan pakaian.

Baju yang kami pakai tu adalah baju siaran ulangan. malas la nk berbaju baru,insaf dah bila terkenang saudara kita yang bertarung nyawa berperang menegakkan syiar islam.

Menu raya tahun ni saya masak bihun sup utara,gulai daging dan ketupat palas. gambar tak beh ambil sebab ada larangan. baiklah arahan diterima.

selamat hari raya aidiladha semua !!!
posted from Bloggeroid

Kehandalan Hand Dish Wash Concentrate

Kenapa saya kata handal? memang terbukti handal menanggalkan minyak pada minyak pada pinggan mangkuk dengan cucian tangan.

Ramai yang mempersoalkan tentang kehandalannya sebab ia selamat danlembut pada tangan, betul ka boleh menanggalkan minyak degil? Ya memang boleh, dengan hanya beberapa titik sahaja dapat membantu anda menanggalkan lemak-lemak daging yang melekat pada pinggan mangkuk anda. almaklumlah sekarang kan hari raya korban. lemak-lemak daging memang tak dapat dipisahkan lagi.

Anda boleh cuba gunakan hand dish wash ini untuk cepatkan dan mudahkan kerja anda menyental lemak-lemak degil. Hand dish wash ini memang ternyata terbukti :

>> lembut pada tangan

>> semulajadi, berasaskan tumbuh-tumbuhan

>> tahan lama kerana cecairnya pekat

>> menjadikan pinggan bersih dan bebas bau

>> hanya beberapa titis sahaja mampu untuk mencuci timbunan pinggan

>> tidak bertoksik

>> tanpa klorin

>> pH seimbang

>> Tidak menyakitkan tangan terutamanya bagi individu yang alah pada cecair pencuci yang biasa

>> diekstark dari jagung dan kelapa

>> bungkusan boleh dikitar semula

>> tanpa bahan pewarna

>> tanpa fosfat

Untuk membuat tempahan sila klik pada imej dibawah dan mesti mempunyai kad kredit @ kad debit






@




Hubungi saya dengan whatsapp/wechat/sms 013-5954808 
Email : hayati1710@gmail.com 
https://www.facebook.com/IzatisShop 
https://www.facebook.com/pages/Pengedar-vitamin-Kuala-Ketil/632120276827757 

These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Saturday, 4 October 2014

Tips Kurangkan Rambut Gugur Lepas Bersalin

Contoh paling dekat masalah keguguran rambut ini adalah diri saya sendiri. Masa zaman muda mudi tak mengalami masalah ini dengan serius. semasa mengandung pun rambut tak banyak sangat gugur jika nak dibandingkan dengan gugur selepas bersalin.

Diri sendiri pun dah macam fobia nak sikat rambut, nak belai-belai rambut dah tak dak selera. macam-macam produk dicuba, syampu tak payah cakap la, macam-macam jenama di cuba tetapi hasilnya tetap sama.



Menurut beberapa artikel yang saya baca dan fahami. keguguran rambut selepas bersalin adalah normal. rambut gugur selepas bersalin adalah disebabkan perubahan hormon. ketika hamil,hormon estrogen semakin meningkat yang menyebabkan akar rambut jadi lebih kuat dan kurang gugur. sepelas elahirkan, hormon tersebut akan berkurangan menyebabkan akar rambut menjadi tidak kuat dan rambut mulai gugur.

Cara Mengatasinya 

Semuanya berlaku secara tidak sengaja. saya mencuba set kurus shaklee, mula-mula saya minum Cinch Shake,dari situ dah nampak pengurangan. selepas tu saya ambil ESP pula sebagai pengganti Cinch Shake, kali ini kesan sangat bagus, hanya beberapa helai sahaj yang gugur semasa mandi dan bersikat.
.
1. Saya mengambil makan tambahan seperti vitamin B complex, Zinc complex, ESP dan Vitamin C.

2. Elakkan @ kurangkan kunjungan ke salon kerana dikhuatiri penggunaan bahan kimia akan memburukkan lagi keadaan.

3. Menggunakan syampu yang bebas bahan kimia. sudah tentulah SHAKLEE.

4. Elakkan membungkus rambut basah dengan tuala

5. Hanya mengikat rambut apabila rambut benar-benar kering.

6. Elakkan penggunaan pengering rambut. jika terpkasa menggunakannya pastikan anda gunakan suhu yang paling tinggi. mengeringkan rambut dengan suhu rendah akan merosakkan lagi rambut.

7. Gunakan sikat bergigi jarang.

Saya harap 7 tips  tersebut dapat membantu anda mengurangkan keguguran rambut. dan yang paling best sekali tentulah ESP dan syampu shaklee.




BERMINAT UNTUK MEMBUAT TEMPAHAN SILA KLIK PADA IMEJ DIBAWAH. PASTIKAN ANDA PEMEGANG KAD KREDIT/KAD DEBIT





Hubungi saya dengan whatsapp/wechat/sms 019-5954808 
Email : hayati1710@gmail.com 
https://www.facebook.com/IzatisShop 
https://www.facebook.com/pages/Pengedar-vitamin-Kuala-Ketil/632120276827757 

These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Cekur Penawar Pelbagai Penyakit




Cekur adalah tumbuhan yang tergolong dalam kategori halia. Pohonnya terdiri daripada dau hingga lima daun tebal yang berbentuk bujur telur, bunganya pula berwarna putih keunguan.

Cekur membiak melalui ubinya dan tempoh matangnya 8-10 bulan, barulah boleh dipetik.
Ubi cekur mempunyai aroma lembut dan mengandungi sebatian minyak seperti sineol,borneol,kamphere dan asid sinamik. Cekur banyak digunakan sebagai ulam-ulaman dan menjadi salah satu ramuan dalam penyediaan nasi ulam.

Ubi cekur boleh digunakan sebagai penawar pelbagai penyakit seperti kembung perut, batuk, perut memulas, bengkak dan sakit urat saraf.

Kebiasaanya daun cekur dimakan secara segar selain digunakan dalam ramuan ubatan herba dan jamu dipasaran tempatan dan antarabangsa.

Ubi cekur juga dikatakan baik untu mengubati demam malaria dan resdung. Mari saya simpulkan khasiat cekur, antaranya adalah :

# Mengecutkan rahim selepas bersalin
# Menyembuhkan kembung perut
# Melegakan perut memulas
# Mengurangkan bengkak
# Melancarkan haid
# Melegakan batuk
# Melegakan sakit urat saraf
# Melegakan senak perut
# Membuang angin dalam badan


Zaman sekarang ni susah dah nak tengok orang tanam cekur, ada yang cekur pun dah tak kenal. Alhamdulilah dekat rumah saya masih ada cekur dan bila dah matang sikit saya selalu ambil buat ulam. Anak-anak zaman sekarang jangan lupakan khasiat herba tradisional, carilah maklumat dan kajilah sebanyak mungkin herba turun temurun nenel moyang kita.




Hubungi saya dengan whatsapp/wechat/sms 013-5954808 Email : hayati1710@gmail.com https://www.facebook.com/IzatisShop https://www.facebook.com/pages/Pengedar-vitamin-Kuala-Ketil/632120276827757 These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.