Jom la klik

!-- nuffnang -->

Ada ApaYang Awesome

Monday, 6 October 2014

My Love dan Cinch Energy Tea Mix









My other half, bila sorang tak sihat, yang sihat pun mula la nak terikut jadi tak sihat. cepat-cepat la telan vitamin c, b complex dan cinch tea. cinch tea ni sahabat baik saya tau, bila terasa badan nak demam saya memang suka minum cinch tea sebab lepas saja minum mesti rasa macam superwoman. saya tak boleh sakit bila other half saya sakit. sapa nak jaga dia, menangis sendiri sebab bila dia sakit sunyi la hidup ni, tinggal lah kami berdua melayan perasaan, imran layan upin, ibu termenung depan laptop dok perah otak cari idea nak tulis. kalau perah santan mesti dah siap, perah idea punya la susah.

Bercerita tentang cinch tea ni, dulu saya tak teringin pun nak cuba. rasa teringin tu datang bila kawan-kawan cakap boleh loss inch bila minum cinch tea. wahhh!! perempuan mana la yang tak teruja dengar perkataan "loss inch dan loss weight" ni kan. jadi saya pun cuba la, bila dah cuba kesan lain pula saya dapat, saya jadi lebih bertenaga, tak mengantuk walaupun tidur 3-4 jam saja sehari. nama penuhnya cinch tea energy, memang terbukti memberi tenaga berpanjangan.


Niat sebenar sebab nak kurus, tapi daha jatuh cinta jatuh sayang ni saya tak kesah la kurus atau tak, yang penting saya bertenaga. saya perlu bertenaga sebab semua orang perlukan saya. anak, suami, mak mertua, adik perlukan saya. rutin harian terkejar kesana sini memang meletihkan. kalau tak ada cinch tea pengsan dah saya rasa.

Alhamdulilah saya masih bertenaga dan sihat untuk uruskan ramai orang demam dalam rumah ni. yang paling nak perhatian saya tentulah suami. tak pa la, bila lagi kita nak berbakti untuk dia kan. masa sakit ni la dia perlukan kita. 

Saya mesti kuat dan sihat. jadi kaum ibu dan wanita semua jomlah kita minum cinch tea energy untuk jadi superwoman. badan pun slim, tenaga pun bertambah.

Berminat untuk membuat peasanan boleh hubungi saya untuk pre-order sebab cich tea sekarang out of stok. anda boleh pre-order dulu, bila dak restok saya akan terus order.

Hubungi saya dengan whatsapp/wechat/sms 013-5954808 
Email : hayati1710@gmail.com 
https://www.facebook.com/IzatisShop 
https://www.facebook.com/pages/Pengedar-vitamin-Kuala-Ketil/632120276827757 

These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Sunday, 5 October 2014

Salam Aidiladha 2014








Ada juga kenangan aidiladha tahun ni. tapi gambar tak lawa mana pun sebab itu budak tidak memberikan kerjasama. janji ada kenangan sudah la, yang tak lawa itulah seni. ayat penyedap hati saja tu.

Persiapan raya haji tiap-tiap tahun memang ringkas,baik dari segi menu dan pakaian.

Baju yang kami pakai tu adalah baju siaran ulangan. malas la nk berbaju baru,insaf dah bila terkenang saudara kita yang bertarung nyawa berperang menegakkan syiar islam.

Menu raya tahun ni saya masak bihun sup utara,gulai daging dan ketupat palas. gambar tak beh ambil sebab ada larangan. baiklah arahan diterima.

selamat hari raya aidiladha semua !!!
posted from Bloggeroid

Kehandalan Hand Dish Wash Concentrate

Kenapa saya kata handal? memang terbukti handal menanggalkan minyak pada minyak pada pinggan mangkuk dengan cucian tangan.

Ramai yang mempersoalkan tentang kehandalannya sebab ia selamat danlembut pada tangan, betul ka boleh menanggalkan minyak degil? Ya memang boleh, dengan hanya beberapa titik sahaja dapat membantu anda menanggalkan lemak-lemak daging yang melekat pada pinggan mangkuk anda. almaklumlah sekarang kan hari raya korban. lemak-lemak daging memang tak dapat dipisahkan lagi.

Anda boleh cuba gunakan hand dish wash ini untuk cepatkan dan mudahkan kerja anda menyental lemak-lemak degil. Hand dish wash ini memang ternyata terbukti :

>> lembut pada tangan

>> semulajadi, berasaskan tumbuh-tumbuhan

>> tahan lama kerana cecairnya pekat

>> menjadikan pinggan bersih dan bebas bau

>> hanya beberapa titis sahaja mampu untuk mencuci timbunan pinggan

>> tidak bertoksik

>> tanpa klorin

>> pH seimbang

>> Tidak menyakitkan tangan terutamanya bagi individu yang alah pada cecair pencuci yang biasa

>> diekstark dari jagung dan kelapa

>> bungkusan boleh dikitar semula

>> tanpa bahan pewarna

>> tanpa fosfat

Untuk membuat tempahan sila klik pada imej dibawah dan mesti mempunyai kad kredit @ kad debit






@




Hubungi saya dengan whatsapp/wechat/sms 013-5954808 
Email : hayati1710@gmail.com 
https://www.facebook.com/IzatisShop 
https://www.facebook.com/pages/Pengedar-vitamin-Kuala-Ketil/632120276827757 

These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Saturday, 4 October 2014

Tips Kurangkan Rambut Gugur Lepas Bersalin

Contoh paling dekat masalah keguguran rambut ini adalah diri saya sendiri. Masa zaman muda mudi tak mengalami masalah ini dengan serius. semasa mengandung pun rambut tak banyak sangat gugur jika nak dibandingkan dengan gugur selepas bersalin.

Diri sendiri pun dah macam fobia nak sikat rambut, nak belai-belai rambut dah tak dak selera. macam-macam produk dicuba, syampu tak payah cakap la, macam-macam jenama di cuba tetapi hasilnya tetap sama.



Menurut beberapa artikel yang saya baca dan fahami. keguguran rambut selepas bersalin adalah normal. rambut gugur selepas bersalin adalah disebabkan perubahan hormon. ketika hamil,hormon estrogen semakin meningkat yang menyebabkan akar rambut jadi lebih kuat dan kurang gugur. sepelas elahirkan, hormon tersebut akan berkurangan menyebabkan akar rambut menjadi tidak kuat dan rambut mulai gugur.

Cara Mengatasinya 

Semuanya berlaku secara tidak sengaja. saya mencuba set kurus shaklee, mula-mula saya minum Cinch Shake,dari situ dah nampak pengurangan. selepas tu saya ambil ESP pula sebagai pengganti Cinch Shake, kali ini kesan sangat bagus, hanya beberapa helai sahaj yang gugur semasa mandi dan bersikat.
.
1. Saya mengambil makan tambahan seperti vitamin B complex, Zinc complex, ESP dan Vitamin C.

2. Elakkan @ kurangkan kunjungan ke salon kerana dikhuatiri penggunaan bahan kimia akan memburukkan lagi keadaan.

3. Menggunakan syampu yang bebas bahan kimia. sudah tentulah SHAKLEE.

4. Elakkan membungkus rambut basah dengan tuala

5. Hanya mengikat rambut apabila rambut benar-benar kering.

6. Elakkan penggunaan pengering rambut. jika terpkasa menggunakannya pastikan anda gunakan suhu yang paling tinggi. mengeringkan rambut dengan suhu rendah akan merosakkan lagi rambut.

7. Gunakan sikat bergigi jarang.

Saya harap 7 tips  tersebut dapat membantu anda mengurangkan keguguran rambut. dan yang paling best sekali tentulah ESP dan syampu shaklee.




BERMINAT UNTUK MEMBUAT TEMPAHAN SILA KLIK PADA IMEJ DIBAWAH. PASTIKAN ANDA PEMEGANG KAD KREDIT/KAD DEBIT





Hubungi saya dengan whatsapp/wechat/sms 019-5954808 
Email : hayati1710@gmail.com 
https://www.facebook.com/IzatisShop 
https://www.facebook.com/pages/Pengedar-vitamin-Kuala-Ketil/632120276827757 

These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Cekur Penawar Pelbagai Penyakit




Cekur adalah tumbuhan yang tergolong dalam kategori halia. Pohonnya terdiri daripada dau hingga lima daun tebal yang berbentuk bujur telur, bunganya pula berwarna putih keunguan.

Cekur membiak melalui ubinya dan tempoh matangnya 8-10 bulan, barulah boleh dipetik.
Ubi cekur mempunyai aroma lembut dan mengandungi sebatian minyak seperti sineol,borneol,kamphere dan asid sinamik. Cekur banyak digunakan sebagai ulam-ulaman dan menjadi salah satu ramuan dalam penyediaan nasi ulam.

Ubi cekur boleh digunakan sebagai penawar pelbagai penyakit seperti kembung perut, batuk, perut memulas, bengkak dan sakit urat saraf.

Kebiasaanya daun cekur dimakan secara segar selain digunakan dalam ramuan ubatan herba dan jamu dipasaran tempatan dan antarabangsa.

Ubi cekur juga dikatakan baik untu mengubati demam malaria dan resdung. Mari saya simpulkan khasiat cekur, antaranya adalah :

# Mengecutkan rahim selepas bersalin
# Menyembuhkan kembung perut
# Melegakan perut memulas
# Mengurangkan bengkak
# Melancarkan haid
# Melegakan batuk
# Melegakan sakit urat saraf
# Melegakan senak perut
# Membuang angin dalam badan


Zaman sekarang ni susah dah nak tengok orang tanam cekur, ada yang cekur pun dah tak kenal. Alhamdulilah dekat rumah saya masih ada cekur dan bila dah matang sikit saya selalu ambil buat ulam. Anak-anak zaman sekarang jangan lupakan khasiat herba tradisional, carilah maklumat dan kajilah sebanyak mungkin herba turun temurun nenel moyang kita.




Hubungi saya dengan whatsapp/wechat/sms 013-5954808 Email : hayati1710@gmail.com https://www.facebook.com/IzatisShop https://www.facebook.com/pages/Pengedar-vitamin-Kuala-Ketil/632120276827757 These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.


Friday, 3 October 2014

Set Get Clean Shaklee

Jangan ingat shaklee ni ada vitamin saja. shaklee merangkumi semua,menyediakan semua untuk keperluan harian kita.

Produk yang terdapat dalam set get clean ini adalah:



* Dish wash concentrate
* Fresh laundry concentrate powder
* Soft fabric concentrate
* Basic H² organic super cleaning concentrate

Lengkap dari cucian pinggan mangkuk,basuh pakaian,pelembut fabrik dan cucian serbaguna. memang tak rugi membeli.sesiapa yang ada alahan dengan sabun memang set ini adalah pilihan yang terbaik. tidak merengsa tangan dan kulit anda juga sesuai digunakan pada bayi anda.

Kenapa mesti pilih set get clean shaklee

SELAMAT
* tidak bertoksik,bukan wasap toksik,bukan bahan kimia berbahaya,bebas bauan,lembut pada tangan dan kulit anda,pH seimbang,tidak mengandungi klorin dan hipoalergenik.

BERKUASA
* menanggalkan minyak,pekat ( gunakan hanya separuh sukatan),buih yang banyak dan tahan lama serta sesuai dalam semu suhu.

MESRA ALAM
* diperbuat dari bahan sumber semulajadi,pembungkusan boleh dikitar semula,tiada peluntur klorin,tiada sebatian organik mudah meruap,tiada fosfat,tiada nitrat,tiada borat dan bebas ujian haiwan.

BIJAK
* dapat menjimatkan wang anda dengan formula.pekat.

Itulah serba ringkas tentang set get clean shaklee..esok dan hari seterusnya saya akan kupas,korek dengan lebih lanjut dan dalam lagi tentang produk yang terdapat set ini.

Kepada yang dah tak sabar nak tahu dengan lebih lanjut @ dah teruja nak mencuba boleh hubungi yati 013-5954808.

Perkhidmatan terbaik untuk pelanggan saya. konsultasi percuma seumur hidup jika anda pelanggan saya.
posted from Bloggeroid

Busuknya kamu!!!

Masalah bau badan bukan perkara remeh, ianya melibatkan tahap keyakinan diri kita untuk berdepan dengan orang sekeliling setiap hari.

Apa puncanya???

Mengikut kajian pakar dermatologi,baun badan berpunca daripada bahan bahan buangan yang terkumpul dalam badan akibat proses pencernaan @ perkumuhan yang tidak berlaku dengan sempurna.

Bahan buangan tersebut ialah toksin yang tidak disingkirkan sepenuhnya oleh ginjal,hati dan usus. jika semua organ pencernaan tersebut berfungsi dengan baik maka kuranglah bau badan kita.





Bau badan disebabkan oleh hormon yang dipanggil pheromones tetapi jika dibiarkan hormon semulajadi ini akan mengeluarkan bau yang lebih kuat apabila kelenjar peluh mula dijangkiti bakteria. masalah ini selalunya melanda apabila seseorang memasuki usia remaja @ akil baligh dimana pada tahap umur ini remaja akan mengalami perubahan hormon.oleh itu kita perlu titik beratkan soal penjagaan kebersihan diri.

Bagi yang obesiti @ terlalu.gemuk pula, pengambilan makanan pedas dan memakan ubat khusus seperti ubat kencing manis akan lebih berisiko mengalami.masalah bau badan.

Bau badan juga dipengaruhi oleh perubahan hormon,mood,jantina,tahap kesihatan dan pengambilan ubat-ubatan tertentu serta genetik juga menyumbang kepada punca bau badan seseorang.

Faktor pemakanan juga mempengaruhi bau badan,pengambilan rempah ratus,bawang putih, minuman berkafein, alkohol juga berpotensi tinggk menyumbang kepada bau badan.

Untuk mengelakkan perkara ini,perlu dititik beratkan adalah penjagaan kebersihan diri dan gaya pemakanan. Anda hanya perlu mandi 2 kali sehari @ lebih untuk mengelakkan bakteria membiak pada bahagian ketiak. selain itu,cukur rerambut dibahagian ketiak apabila tiba waktunya dan akhir sekali pakai deodoran yang mengandungi bahan antiseptik dan berunsur organik untuk menolong mngurangkan bau badan anda.

begitulah perkongsian tentang punca yang menyebabkan bau badan. jangan ambil mudah kerana bau badan yang segar akan buat orang selesa dengan kita dan contohnya jika kita menghadiri sesi temuduga,bau badan yang kurang enak juga mempengaruhi samada kita dapat peluang pekerjaan tersebut @ tidak.

Jadi,kita semua perlulah menitik beratkan aspek kebersihan diri supaya tahap keyakinan juga semakin bertambah.
posted from Bloggeroid