Jom la klik

!-- nuffnang -->

Ada ApaYang Awesome

Wednesday, 4 December 2013

ASMA'UL HUSNA DAN FADHILATNYA








ASMA'UL HUSNA - Pengertian dan  fadhilat-fadhilatnya


1. Allah
The God

Apabila dizikirkan 500 X setiap malam, lebih-lebih lagi selepas solat tahajjud atau solat sunat 2
rakaat mempunyai pengaruh yang besar di dalam mencapai segala yang dihajati.


2. Al Rahman
Maha Pemurah
The Most Merciful

Apabila dizikirkan sesudah solat 5 waktu sebanyak 500 X , maka hati kita akan menjadi terang,
tenang & sifat-sifat pelupa & gugup akan hilang dengan izin Allah.


3. Al Rahim
Maha Penyayang
The Most Merciful

Apabila dizikirkan sebanyak 100 X setiap hari , InsyaAllah kita akan mempunyai daya penarik
yang besar sekali hingga manusia merasa cinta & kasih serta sayang terhadap kita.


4. Al Malik
Maha Merajai/memerintah
The King, The Sovereign

Apabila dizikirkan sebanyak 121 X setiap pagi atau setelah tergelincirnya matahari, segala
pekerjaan yang dilakukan setiap hari akan mendatangkan berkat & kekayaan yang diredhai
Allah.


5. Al Quddus
Maha Suci
The Most Holy

apabila dizikirkan sebanyak 100 X setiap pagi setelah tergelincirnya matahari, maka hati kita
akan terjaga dari semua penyakit hati seperti sombong, iri hati, dengki dan lail-lain.


6. As Salaam
Maha Memberi Kesejahteraan
Peace and Blessing

Apabila dizikirkan sebanyak 136 X, InsyaAllah jasmani & rohani kita akan terhindar dari segala
penyakit sehingga badan menjadi segar sihat & sejahtera.


7. Al Mu'min
Yang Memberi Keamanan
The Guarantor

Apabila dizikirkan sebanyak 236 X , InsyaAllah diri kita, keluarga & segala kekayaan yang
dimiliki akan terpelihara & aman dari segala macam gangguan yang merosakkan.


8. Al Muhaimin
Maha Pemelihara
The Guardian, The Preserver

Apabila dizikirkan sebanyak 145 X sesudah solat fardhu Isyak, Insyaallah fikiran & hati kita
akan terang & bersih.


9. Al Aziz
Maha Gagah
The Almighty/ The Self Sufficient

Apabila dizikirkan sebanyak 40 X sesudah solat subuh, Insyaallah kita akan menjadi orang
yang mulia, disegani orang kerana penuh kewibawaan.


10. Al Jabbar
Maha Perkasa
The Powerful/ The Irresistible

Apabila dizikirkan sebanyak 226 X pagi & petang, semua musuh akan menjadi tunduk &
patuh dengan izin Allah.
11. Al Mutakkabir
Maha Megah/Yang Memiliki Kebesaran
The Tremendous

Apabila dizikirkan sebanyak 662 X maka dengan kebijaksanaan bertindak, kita
akan dapat menundukkan semua musuh, bahkan mereka akan menjadi pembantu
yang setia.


12. Al Khaliq
Maha Pencipta
The Creator

Dibaca mengikut kemampuan atau sebanyak 731 X, Insyaallah yang ingin otak cerdas,
cepat menerima sesuatu pelajaran. Amalan ini akan memberikan otak kita cerdas dan
cepat tangkap (faham).


13. Al Baari
Yang Melepaskan (Membuat, Membentuk, Menyeimbangkan)
The Maker

Sekiranya kita berada di dalam kesukaran atau sedang sakit, dibaca sebanyak 100 X
selama 7 hari berturut-turut, Insyaallah kita akan terlepas dari kesukaran & sembuh
dari penyakit tersebut.


14. Al Mushawwir
Yang Membentuk Rupa (makhluknya)
The Fashioner of Forms

Sekiranya seorang isteri yang sudah lama belum mempunyai anak, maka cubalah
ikhtiar ini dengan berpuasa selama 7 hari dari hari Ahad hingga Sabtu. Di waktu hendak
berbuka puasa, ambil segelas air dan dibacakan "Ya Mushawwir" sebanyak 21 X, Kemudian
diminum air tersebut untuk berbuka puasa. Bagi sang suami, hendaklah berbuat perkara
yang sama tetapi hanya dengan berpuasa selama 3 hari sahaja. Kemudian pada waktu
hendak berjimak, bacalah zikir ini sebanyak 10 X. Insyaallah akan dikurniakan anak yang soleh.


15. Al Ghaffar
Maha Pengampun
The Ever Forgiving

Sambil beri'tikaf (diam dalam masjid dalam keadaan suci) bacalah zikir ini sebanyak 100 X
sambil menunggu masuknya solat Jumaat. Insyaallah akan diampunkan dosa-dosa kita.


16. Al Qahhar
Yang Memaksa
The All Compelling Subduer

Zikir mengikut kemampuan atau sebanyak 306 X, maka hati kita akan dijaga dari
ketamakan & kemewahan dunia & Insyaallah orang-orang yang selalu memusuhi
kita akan sedar & tunduk akhirnya.


17. Al Wahhaab
Maha Pemberi Kurnia
The Bestower

Dizikir sebanyak 100 X sesudah solat fardhu, barang siapa yang selalu didalam kesempitan,
Insyaallah segala kesulitan atau kesempitan dalam soal apa pun akan hilang.


18. Ar Razzaaq
Maha Pemberi Rezeki
The Ever Providing

Dizikir mengikut kemampuan sesudah solat fardhu khususnya solat subuh. Insyaallah akan
dipermudahkan rezeki yang halal & membawa berkat. Rezeki akan datang tanpa diduga.
Tetapi perlulah dilakukan dengan ikhtiar yang zahir.


19. Al Fattaah
Maha Pembuka Rahmat
The Opener/The Victory Giver

Dizikir sebanyak 71 X sesudah selesai solah Maktubah. Insyaallah hati kita akan dibuka
oleh Allah sehingga mudah menerima nasihat agama.


20. Al Aliim
Maha Mengetahui (Memiliki Ilmu)
The All Knowing/The Omniscient

Dizikir sebanyak 100 X setiap selesai solat Maktubah, Insyaallah akan mendapat kemaktifatan
yang sempurna.
21. Al Qaabidhu
Yang Menyempitkan (makhluknya)
The Restrainer/ The Straightener

Dizikirkan 100 X setiap hari, maka dirinya akan semakin dekat dengan Allah & terlepas dari
segala bentuk ancaman.


22. Al Baasithu
Yang Melapangkan (makhluknya)
The Expander/ The Munificent

Bagi mereka yang berniaga atau mempunyai usaha-usaha lain, kuatkanlah usaha & berniaga
itu dengan memperbanyakkan membaca zikir ini setiap hari, Insyaallah rezeki akan menjadi
murah.


23. Al Khaafidh
Yang Merendahhan (makhluknya)
The Abaser

dizikirkan sebanyak 500 X setiap hari, dalam keadaan suci, khusyuk & tawwaduk, Insyaallah
segala maksud akan ditunaikan Allah. Juga apabila mempunyai musuh, musuh itu akan
jatuh mertabatnya.


24. Ar Raafi'
Yang Meninggikan (makhluknya)
The Exalter

Dizikirkan setiap hari, baik siang atau malam sebanyak 70 X, Insyaallah keselamatan harta
benda di rumah, di kedai atau di tempat-tempat lain akan selamat & terhindar dari kecurian.


25. Al Mu'izz
Yang Memuliakan (makhluknya)
The Giver of Honor

Dizikirkan sebanyak 40 X setiap hari, Insyaallah akan memperolehi kewibawaan yang besar
terutama ketua-ketua jabatan atau perniagaan.


26. Al Mudzil
Yang Menghinakan (makhluknya )
The Giver of Dishonor

Perbanyakkanlah zikir ini setiap hari, sekiranya ada orang yang berhutang kepada kita &
sukar untuk memintanya, insyaallah si penghutang akan sedar & membayar hutangnya kembali.


27. Al Samii'
Maha Mendengar
The All Hearing

Sekiranya ingin doa kita makbul & pendengaran telinga kita tajam, biasakanlah zikir ini setiap
hari menurut kemampuan, lebih-lebih lagi sesudah solat Dhuha, Insyaallah doa akan mustajab.


28. Al Bashir
Maha Melihat
The All Seeing

Dizikirkan sebanyak 100 X sebelum solat Jumaat, Insyaallah akan menjadikan kita terang hati,
cerdas otak & selalu diberikan taufik & hidayah dari Allah.


29. Al Hakam
Maha Menetapkan
The Judge/ The Arbitrator

Dizikirkan sebanyak 68X pada tengah malam dalam keadaan suci, Insyaallah dapat membuka
hati seseorang itu mudah menerima ilmu-ilmu agama & membantu kecepatan mempelajari
ilmu-ilmu agama.


30. Al Adllu
Maha Adil
The Utterly Just

Dizikirkan sebanyak 104 X setiap hari sesudah selesai solat 5 waktu, Insyaallah diri kita
selalu dapat berlaku adil.
31. Al Lathiff
Maha Lembut
The Subtly Kind

Dengan memperbanyakkan zikir ini mengikut kemampuan, Insyaallah bagi para peniaga, ikthiar
ini akan menjadikan barangan jualannya menjadi laris & maju.


32. Al Khabiir
Maha Mengetahui Rahsia
The All Aware

Dengan memperbanyakkan zikir ini setiap hari, terkandung faedah yang teramat banyak
sekali sesuai dengan maksud zikir ini antara lain faedahnya ialah dapat bertemu dengan
teman atau anak yang telah terpisah sekian lama.


33. Al Haliim
Maha Penyantun
The Forbearing/The Indulgent

Dizikirkan sebanyak 88 X selepas solat 5 waktu, bagi mereka yang mempunyai kedudukan
dalam pemerintahan, syarikat atau apa saja, Insyaallah dipastikan kedudukannya tidak akan
dicabar atau diungkit-ungkit atau tergugat.


34. Al Azhiim
Maha Agung
The magnificient/The Infinite

Dizikirkan sebanyak 12 X setiap hari untuk orang yang sekian lama menderitai sakit, Insyaallah
akan sembuh. Juga apabila dibaca 12 X kemudian ditiupkan pada tangan lalu diucap-usap
pada seluruh badan, maka dengan izin Allah akan terhindar dari gangguan jin, syaitan dan
sebagainya.


35. Al Ghafuur
Maha Pengampun
The All Forgiving

Bagi orangyang bertaubat, hendaklah memperbanyakkan zikir ini dengan mengakui dosa-dosa
& beriktikad untuk tidak mengulanginya, Insyaallah akan diterima taubatnya oleh Allah.


36. As Syakuur
Maha Pembalas Budi (Menghargai)
The Grateful

Dizikirkan sebanyak 40 X selepas solat hajat, sebagai pengucapan terima kasih kepada Allah.
Insyaallah semua hajat kita akan dimakbulkan Allah. Lakukanlah setiap kali mempunyai hajat
yang penting & terdesak.


37. Al 'Aliy
Maha Tinggi
The Sublimely Exalted

Untuk mencerdaskan otak anak kita yang bebal, tulislah zikir ini sebanyak 110 X
(DIDALAM BAHASA ARAB BUKAN BAHASA MALAYSIA!!!!) lalu direndam pada air yang
dingin dan diberikan si anak meminumnya, Insyaallah lama kelamaan otak si anak itu akan
berubah cemerlang & tidak dungu lagi. Insyaallah.


38. Al Kabiir
Maha Besar
The Great

Bagi seseorang yang kedudukannya telah di rampas atau dilucut gara-gara sesuatu fitnah,
maka bacalah zikir ini sebanyak 1000 X selama 7 hari berturut-turut dalam keadaan
suci sebagai pengaduan kepada Allah. Lakukanlah sesudah solat malam (tahajud atau hajat.)


39. Al Hafizh
Maha Menjaga
The Preserver

Dizikirkan sebanyak 99 X, Insyaallah diri kita akan terlindung dari gangguan binatang
buas terutamanya apabila kita berada di dalam hutan.


40. Al Muqiit
Maha Pemberi Kecukupan
The Nourisher

Sekiranya kita berada di dalam kelaparan seperti ketika sesat di dalm hutan atau di mana
sahaja sehingga sukar untuk mendapatkan bekalan makanan, maka perbanyakkan zikir
ini. Insyaallah badan kita akan menjadi kuat & segar kerana rasa lapar telah hilang.
41. Al Hasiib
Maha Membuat Perhitungan
The Reckoner

Untuk memperteguhkan kedudukan yang telah kita jawat, amalkanlah zikir ini sebanyak 777 X
sebelum matahari terbit & selepas solat Maghrib, Insyaallah akan meneguhkan kedudukan kita
tanpa sebarang gangguan.


42. Al Jaliil
Maha Mulia
The Majestic

Barang siapa mengamalkan zikir ini pada sepertiga malam yang terakhir, Insyaallah kita akan
mendapati perubahan yang mengkagumkan - perniagaan akan bertambah maju. Andai seorang
pegawai, maka tanpa di sedari kedudukan kita akan lebih tinggi dan terhormat & begitulah
seterusnya dengan izin Allah.


43. Al Kariim
Maha Pemurah
The Bountiful/The Generous

Untuk mencapai darjat yang tinggi & mulia di dunia mahupun di akhirat kelak, maka
amalkanlah zikir ini sebanyak 280 X ketika hendak masuk tidur. Nescaya Allah akan
mengangkat darjat mereka yang mengamalkan zikir ini.


44. Ar Raqiib
Maha Mengawasi
The Watchful

Bagi meminta pertolongan kepada Allah terhadap penjagaan barang yang dikhuatirkan,
maka zikirkan sebanyak 50 X setiap hari dengan niat agar barang-barang yang
di khuatirkan yang berada di tempat yang jauh & sukar dijaga terhindar dari sebarang
kecurian mahupun gangguan lainnya. Bertawakkal & yakinlah kepada Allah,
Insyaallah......


45. Al Mujiib
Maha Mengabulkan
The Responsive/ The Answerer

Sesungguhnya Allah adalah Zat yang menerima doa hambaNya & agar doa kita mustajab &
selalu diterima Allah, hendaklah mengamalkan zikir ini sebanyak 55 X sesudah solat subuh.
Insyaallah Tuhan akan mengabulkan doa kita.


46. Al Waasi
Maha Luas
Tha Vast/ The All Encompassing

Apabila di dalam kesulitan maka amalkanlah zikir ini sebanyak 128 X setiap pagi & petang,
Insyaallah segala kesulitan akan hilang berkat pertolongan Allah. Andai zikir ini
sentiasa diamalkan, Insyaallah Tuhan akan menjaga kita dari hasad dengki sesama makhluk.


47. Al Hakiim
Maha Bijaksana
The Wise

Bagi pelajar atau sesiapa sahaja yang memperbanyakkan zikir ini setiap hari, Insyaallah
akalnya akan menjadi cerdas & lancar di dalam menghafal & mengikuti pelajaran.
Amalkanlah sekurang-kurangnya 300 X setiap hari.


48. Al Waduud
Maha Pencinta
The Loving/ The Kind One

Amalkan zikir ini sebanyak 11000 X pada setiap malam. Insyaallah kita akan menjadi
insan yang sentiasa bernasib baik, disayangi & rumahtangga kita akan sentiasa berada
di dalam keadaan harmoni.


49. Al Majiid
Maha Mulia
The All Glorious

Untuk ketenteraman keluarga di mana setiap anggota keluarga sentiasa menyayangi
& menghormati & khasnya kita sebagai ketua keluarga, maka amalkanlah zikir ini
sebanyak 99 X, sesudah itu hembuskan kedua belah tapak tangan dan usap ke
seluruh muka. Insyaallah semua anggota keluarga kita akan menyayangi &
menghormati kita sebagai ketua keluarga.


50. Al Baa'its
Maha Membangkitkan
The Raiser of the Dead

Zikirkan sebanyak 100 X dengan meletakkan kedua tangan ke dada, Insyaallah akan
memberi kelapangan dada dengan ilmu & hikmah.
51. As Syahid
Maha Menyaksikan
The Witness

Apabila ada di kalangan anggota keluarga kita yang suka membangkang atau
sebagainya, maka zikirkan sebanyak 319 X secara berterusan setiap malam
sehingga si pembangkang akan sedar & berubah perangainya.


52. Al Haqq
Maha Benar
The Truth/ The Real

Perbanyakkan zikir ini, Insyaallah ianya sangat berfaedah sekali untuk menebalkan
iman & taat di dalam menjalankan perintah Allah.


53. Al Wakiil
Maha Memelihara
The Trustee/ The Dependable

Sekiranya terjadinya hujan yang disertai ribut yang kuat, atau terjadi gempa, maka
ketika itu perbanyakkanlah zikir ini, Insyaallah bencana tersebut akan menjadi reda
& kembali seperti sediakala.


54. Al Qawiyyu
Maha Kuat
The Strong

Amalkan zikir ini sebanyak mungkin agar kita tidak gentar apabila berdepan dengan
sebarang keadaan mahupun berdepan dengan si zalim.


55. Al Matiin
Maha Kukuh
The Firm/ The Steadfast

Amalkanlah zikir ini sebanyak mungkin kerana ianya mempunyai fadhilat yang
besar sekali, antaranya untuk mengembalikan kekuatan sehingga musuh merasa
gentar untuk mengganggu.


56. Al Waliyy
Maha Melindungi
The Protecting Friend/ Patron & Helper

Barangsiapa yang menjawat sebarang jawatan atau kedudukan, maka amatlah
elok sekali mengamalkan zikir ini sebanyak mungkin kerana dengan izinNya,
kedudukan kita akan kukuh & terhindar dari sebarang gangguan orang-orang
yang bersifat dengki.


57. Al Hamiid
Maha Terpuji
The All Praiseworthy

Perbanyakkanlah zikir ini sebagai pengakuan bahawa hanya Allah sahaja yang
paling berhak menerima segala pujian.


58. Al Muhshiy
Maha Menghitungi
The Accounter/ The Numberer of All

Sekiranya kita inginkan diri kita digolongkan di dalam petolongan yang selalu
dekat dengan Allah (muraqabah), maka amalkanlah zikir ini sebanyak mungkin
sesudah solat 5 waktu.


59. Al Mubdi'
Maha Menghidupkan
The Giver of Life

Agar segala apa yang kita rancangkan akan berhasil, maka zikirkanlah sebanyak
470 X setiap hari. Insyaallah.....


60. Al Mu'iid
Maha Mengembalikan Kehidupan
The Reinstater Who Brings Back All

Andai ada anggota keluarga yang menghilangkan diri dan sebagainya, amalkanlah
zikir ini sebanyak 124 X setiap hari sesudah solat. Insyaallah di pertunjukkan
akan hasilnya.
61. Al Muhyii
Maha Menghidupkan
The Giver of Life

Amalkan zikir ini sebanyak 58 X setiap hari, Insyaallah kita akan diberikan
kemuliaan, darjat dunia & akhirat kelak.


62. Al Mumiitu
Maha Mematikan
The Bringer of Death/ The Destroyer

Barangsiapa memperbanyakkan zikir ini, Insyaallah akan dipermudahkan
di dalam perniagaan, berpolitik dan sebagainya.


63. Al Hayyu
Maha Hidup
The Ever Living

Untuk mencapai kekuatan mental/batiniah di dalam menjalani kehidupan,
perbanyakkanlah zikir ini.


64. Al Qayyumm
Maha Mandiri
The Self Subsisting Sustainer Of All

Telah berkata Imam Ghazali bahawa barangsiapa yang ingin memperolehi
harta yang banyak lagi berkat, ingin dikasihi oleh setiap manusia, ingin
berwibawa, ditakuti musuh & ingin menjadi insan yang terhormat, maka
zikir lah dengan "YA HAYYU YA QAYYUUM..." sebanyak 1000 X setiap malam
atau siang hari. Hendaklah melakukannya secara berterusan, Insyaallah akan
tercapai segala hajat.


65. Al Waajid
Maha Penemu
The Perceiver/ The Finder/ The Unfailing

Andai berkeinginan berkeperibadian yang kukuh, tidak mudah terpengaruh & teguh
pendirian, maka perbanyakkanlah zikir ini.


66. Al Maajid
Maha Mulia
The Illustrious/ The Magnificent

Demi kecerdasan otak & agar dipermudahkan hati untuk menerima pelajaran, maka
hendaklah pelajar tersebut memperbanyakkan zikir ini setiap hari.


67. Al Wahiid
Maha esa
The One/ The All Inclusive/ The Indivisible

Bagi pasangan yang belum mempunyai cahayamata & tersangat ingin untuk
menimangnya, amalkanlah zikir ini sebanyak 190 X setiap kali selesai menunaikan
solat 5 waktu selama satu bulan & selama itu juga hendaklah berpuasa sunat
Isnin & Khamis, Insyaallah....


68. As Somad
Maha Diperlukan/ Tempat Meminta
The Self Sufficient/ The Impregnable/ The Eternally Besought of All/ The Everlasting

Ketika dalam kelaparan akibat sesat atau kesempitan hidup, maka pohonlah kepada
Allah dengan zikir ini sebanyak mungkin, Insyaallah, diri akan berasa segar sentiasa.


69. Al Qaadir
Maha Menentukan/ Maha Menyeimbangkan
The All Able

Apabila kita berhajatkan sesuatu namun ianya selalu gagal, maka amalkanlah zikir
ini sebanyak 305 X setiap hari, Insyaallah segala hajat akan berhasil.


70. Al Muqtadir
Maha Berkuasa
The All Determiner/ The Dominant

Agar tercapai tujuan yang dikehendaki, selain dari berikhtiar secara lahiriah, maka
berzikirlah dengan zikir ini seberapa mampu sehingga ikhtiar kita itu berhasil kerana
zikir ini akan mempercepatkan keberhasilan hajat kita itu.
71. Al Muqaddim
Maha Mendahulukan
The Expediter/ He Who Brings Forward

Menurut Imam Ahmad bin Ali Al-Buuniy, beliau berkata "Barangsiapa yang berzikir
dengan zikir ini sebanyak 184 X setiap hari, Insyaallah nescaya segala usahanya
akan berhasil".


72. Al Mu'akkhir
Maha Mengakhirkan
The Delayer/ He Who Puts Far Away

Bagi meninggikan lagi ketaatan kita kepada Allah, perbanyakkanlah zikir ini.


73. Al Awwal
Maha Awal
The First

Barangsiapa yang mengamalkan zikir ini sebanyak 37 X, setiap hari, Insyaallah
segala apa yang dihajati akan diperkenankan oleh Allah.


74. Al Aakhir
Maha Akhir
The Last

Amalkan berzikir sebanyak 200 X sesudah solat 5 waktu selama satu bulan,
Insyaallah Tuhan akan membuka pintu rezeki yang halal.


75. Az Zhaahir
Maha Nyata
The Manifest/ The All Victorious

Amalkanlah zikir ini sebanyak 1106 X selesai solat waktu di tempat sunyi
(khalwat), nescaya Allah akan membuka hijab padanya dari segala
rahsia yang pelik & sukar serta di beri kefahaman ilmu.


76. Al Baathin
Maha Ghaib
The Hidden/ The All Encompassing

Seperti No. 75 juga, tetapi amalkanlah sebanyak 30 X sesudah solat fardhu.


77. Al Waali
Maha Memerintah
The Patron

Memperbanyakkan zikir ini setiap pagi & petang boleh menyebabkan seseorang
itu menjadi orang yang ma'rifat, iaitu hatinya dibuka oleh Allah. Difahamkan para
wali Allah selalu memperbanyakkan zikir ini.


78. Al Muta'aalii
Maha Tinggi
The Self Exalted

Sekiranya kita akan berjumpa dengan mereka yang berkedudukan tinggi atau
mereka yang sukar untuk ditemui, maka bacalah zikir ini sebanyak mungkin
sewaktu mengadap, Insyaallah dengan mudah kita akan berjumpa dengannya
& segala hajat yang penting-penting akan berhasil.


79. Al Barri
Maha Penderma
The Most Kind And Righteous

Amalkanlah zikir ini sebanyak mungkin setiap hari, Insyaallah segala apa yang kita
hajati akan terlaksana dengan mudah.


80. At Tawwaab
Maha Penerima Taubat
The Ever Returning/ Ever Relenting

Bagi orang yang selalu membuat dosa & ingin bertaubat maka hendaklah
memperbanyakkan zikir ini supaya dengan mudah diberikan petunjuk kembali
ke jalan yang lurus.
81. Al Muntaqim
Maha Penyiksa
The Avenger

Jika berhadapan dengan orang yang zalim, supaya dia tidak melakukan
kezalimannya terhadap kita, maka hendaklah kita memperbanyakkan
zikir ini setiap hari sesudah solah fardhu. Insyaallah, kita akan mendapat
pertolongan Allah.


82. Al Afuww
Maha Pemaaf
The Pardoner/ The Effacer Of Sins

Barangsiapa memperbanyakkan zikir ini, nescaya dia akan diampuni segala
dosanya oleh Allah.


83. Ar Ra'uuf
Maha Pengasih
The Cpmpassionate/ The All Pitying

Bagi sesiapa yang inginkan dirinya disenangi oleh teman atau sesiapa sahaja
yang memandangnya, amalkanlah zikir ini seberapa mampu samada pada
waktu siang mahupun malam.


84. Malikul Mulk
Penguasa Kerajaan (Semesta)
The Owner Of All Sovereignty

Seseorang pengarah atau ketua yang ingin kedudukan yang kekal & tetap tanpa
diganggu gugat, hendaklah selalu mengamalkan zikir ini sebanyak 212 X
sesudah solat fardhu & 212 X pada setiap malam selama sebulan. Insyaallah
akan mendapat pertolongan Allah.


85. Dzul Jalaali Wal Ikraam
Pemilik Kebesaran Dan Kemuliaan
The Lord Of Majesty And Generosity

Amalkanlah zikir ini sebanyak 65 X setiap hari selama sebulan, Insyaallah segala
hajat kita akan tercapai dengan pertolongan Allah.


86. Al Muqsith
Maha Adil
The Equitable/ The Requiter

Berzikirlah dengan zikir ini mengikut kemampuan, Insyaallah Tuhan akan
menganugerahkan sifat adil kepada mereka yang mengamalkannya.


87. Al Jamii'
Maha Mengumpulkan
The Gatherer/ The Unifier

Sekairannya ada dikalangan keluarga kita atau isteri kita yang lari dari rumah, maka
amalkanlah zikir ini sebanyak mungkin pada setiap hari dengan niat semoga Allah
menyedarkan orang tersebut. Dengan izin Allah orang yang lari itu akan pulang
dalam jangka waktu yang singkat.


89. Al Ghaniyy
Maha Memberi Kekayaan
The Enricher/ The Emancipator

Amalkanlah zikir ini pada setiap hari sebanyak mungkin, Insyaallah apa yang kita
usahakan akan cepat berhasil & kekayaan yang kita perolehi itu akan mendapat
berkat.


90. Al Maani
Maha mencegah
The Withholder/ The Shielder/ The Defender

Mintalah kekayaan yang bermanafaat untuk kehidupan dunia & akhirat kepada
Allah dengan memperbanyakkan zikir ini. Insyaallah segala hajat kita akan
tercapai.
91. Ad Dhaar
Maha Memberi derita
The Distressor/ The Harmer

Asma' ini sangat berguna di dalam ikhtiar kita untuk menyembuhkan sesuatu
penyakit yang mana sudah lama dihidapi & telah puas dihidapi & telah puas
diubati. Amalkanlah zikir ini sebanyak 1001 X pada setiap hari. Insyaallah
dengan ikhtiar ini penyakit itu akan cepat sembuh.


92. An Nafii'
Maha Memberi Manafaat
The Propitious/ The Benefactor

Menurut Imam Ahmad Al-Buuniy, barangsiapa mengamalkan zikir ini setiap
hari, maka bagi orang yang sakit, sakitnya akan sembuh & bagi orang yang
susah akan dihilangkan kesusahannya dengan izin Allah.


93. An Nuur
Maha Bercahaya (Menerangi/Memberi Cahaya)
The Light

Menurut Sheikh Ahmad Bin Muhammad As Shawi, barangsiapa yang menghendaki
kemuliaan yang agung & memperolehi apa yang dimaksudkan baik kebaikan
dunia mahupun kebaikan akhirat kelak, maka hendaklah selalu berzikir dengan
zikir ini setiap pagi & petang.


94. Al Haadii
Maha Pemberi Pertunjuk
The Guide

Bagi sesiapa yang dalam perjalanan ke suatu tempat tertentu, kemudian dia
tersesat, hendaklah dia memohon pertunjuk Allah dengan memperbanyakkan
zikir ini, Insyaallah akan diberikan pertolongan oleh Allah akan cepat lepas
dari kesesatan tersebut.


95. Al Baadii
Maha Pencipta
Incomparable/ The Originator

Andai kita mempunyai rancangan yang sangat penting & bagi memastikan
rancangan kita itu berjaya & berjalan lancar, maka zikirkanlah dengan zikir ini
sebanyak 500 X selepas solat fardhu. Insyaallah Tuhan akan memberikan
pertolongan hingga rancangan kita berjaya & berjalan lancar.


96. Al Baaqii
Maha kekal
The Ever Enduring And Immutable

Amalkanlah zikir ini sebanyak mungkin tanpa mengira batas waktu, Insyaallah
dengan ikhtiar ini semua pekerjaan yang telah menjadi punca rezeki tidak akan
mudah terlepas, perniagaan tidak akan rugi atau bankrap dengan berkat zikir ini.


97. Al Waarits
Maha Pewaris
The Heir/ The Inheritor of All

Sekiranya kita berzikir sebanyak 500 X selepas solat fardhu atau sebagainya, supaya
segala urusan kita itu berjalan lancar, maka hendaklah pada setiap malam berzikir
dengan zikir ini sebanyak 707 X . Insyaallah berkat zikir ini Allah akan memberi
petunjuk sehingga usaha kita akan berhasil dengan baik & memberangsangkan.


98. Ar Rasyiid
Maha Pandai
The Guide/ Infallible Teacher And Knower

Walaupun kita tergolong di dalam golongan yang cerdas otak, namun biasakanlah
zikir ini sebanyak mungkin, Nescaya otak kita akan menjadi bertambah cerdas.


99. As Shabuur
Maha Sabar
The Patient And Timeless

Agar kita diberi kesabaran oleh Allah dalam segala hal, maka perbanyakkanlah zikir
ini menurut kemampuan. Dengan sifat sabar & penuh pengharapan kepada Allah,
maka segala usaha & upaya akan mencapai kejayaan.


JOM KITA SAMA-SAMA AMALKAN,MOGA HIDUP KITA SEMUA DILIMPAHI RAHMAT DAN HIDAYAHNYA,REZEKI YANG BERKAT,KELUARGA YANG BAHAGIA,UKHWAH YANG HARMONI DAN DIKURNIAKAN ANAK SOLEH DAN SOLEHAH...IN SYAA ALLAH

Nak Jadi Ahli Shaklee

ASSALAMUALAIKUM....
cerita melalui pengalaman sendiri la senang...saya xpenah fikir pn nak join shaklee,nak bisnes2 bagai ni..sebab hidup ni dok dlm COMFORT ZONE dah kot...tapi kisah bermula bila berat bdn naik selepas setahun melahirkan imran..risau la..google cari slimming produk tapi tkut nk try sebab testimoni x meyakinkan pun..xtau macam mana time dok google tu 'terklik' blog distributors shaklee..baca punya baca selak punya selak,kaji punya kaji trus pm FB dia,kebetulan adik ipaq dia keja satu opis,senang la nk tnya2..berbalik ke jalan cerita tadi, yati cerita masalah berat bdn kat dia..dia pun suggest la CINCH SHAKE+LECHITIN+HERBALAX..seminggu mkn brt memang turun..WOW!!! aku teruja,tiap2 hari mesti baca blog dia..lama2 jadi sumber inspirasi pulak dan terus la terjebak dengan shaklee dan rasa seronok sangat sebab boleh tambah income yang sedia ada..walaupun tak banyak lg alhmdulilah..kalu dok goyang kaki mana nak ada kan?? ok la beakhir sudah cerita pengalaman dengan shaklee..nanti ada masa kita cerita lagi nooo..

Jom baca selanjutnya tentang macam mana nk join shaklee

APA KEISTIMEWAAN BISNES SHAKLEE BERSAMA KAMI??

bayaq yuran keahlian rm75 sahaja..seumoq hidup orang kedah kata..tak payah dok renew2 dah.Jimat banyak dah tu.Bila dah join tiada paksaan untuk anda buat bisness,join ahli untuk kegunaan sendiri pun untung jugak tapi kalau nak bisnes lagi la di alu-alukan,group kami akan coaching anda dari xtau apa itu marketing,FB page,Blog..semua akan jadi tau bila anda join group kami.bagi yang dh ada anak-anak,suami mesti risau takut kena p meeting,ganggu weekend..tak dak aihhh,kita guna teknologi yang sedia ada,meeting online..hebat tak???macam hebat ja..macam best ja..itulah kenyataannya..kalau dok kena p meeting2 bagai yati pun tak boleh nak bagi komitmen..tapi semua tu x dak dalam bisnes shaklee ni.Kita hanya perlu ada laptop dan internet sahaja ++ KESUNGGUHAN..duduk kt rumah ja,bisnes sambil gulin2 dengan anak.

cara kedua nk join shaklee dengan buat pembelian RM600++ dlm satu resit.ajak la kawan2 opis,adik beradik,mak ayah,jiran2 semua beli..dpt belian RM600++ dpt la FREE MEMBERSHIP untuk anda.senang ja kan.nak dengan xnak ja.dah ramai yang dapat ingat income 4,5,6 angka dengan shaklee..yang lebih dari tu pun ada tau!!!

Anda TIDAK AKAN DIPINGGIRKAN. Segala coaching yang diberikan adalah PERCUMA!


KEJAYAAN..dh ramai ahli group kami yang jadi WAHM...sambil uruskan rumahtangga anak pun ada depan mata..keperluan suami diurus sempurna..saya pn nk jd WAHM suatu hari nanti..duduk rumah tapi income mengalahkan orang yang bekerja makan gaji..

KEJAYAAN xkan datang bergolek..semua kena usaha dan doa,mintak pada DIA.


Yang paling penting anda kena pilih support group yang betol...ALHAMDULILAH saya buat pilihan yang tepat..group shaklee saya sangat membantu..

NAK JOIN??..mai pm yati,anda akan dibimbing from ZERO to HERO

PM YATI 013-5954808

https://www.facebook.com/IzatisShop



Tuesday, 3 December 2013

kesihatan lelaki


Assalamualaikum dan salam sejahtera semua
hari ni nak bercerita tentang supplement untuk lelaki
dok bercerita tentang wanita ja kan..terasa tersisih pulak kaum adam kan..
shaklee pun ada produk kesihatan untuk lelaki




ni la dia...OMEGA GUARD yang mengandungi EPA & DHA yang membantu perkembangan minda yang sihat

 Apa DHA & EPA tu??

DHA >adalah penting untuk pertumbuhan dan perkembangan fungsi    
otak.DHA juga diperlukan untuk penyelenggaraan fungsi otak yang normal di kalangan orang 
dewasa. Kemasukan banyak DHA dalam diet meningkatkan keupayaan pembelajaran, manakala 
kekurangan DHA dikaitkan dengan defisit dalam pembelajaran.

EPA>berfungsi dalam membantu pembentukan sel-sel darah dan jantung, menyehatkan sistem peredaran 
darah dengan melancarkan sirkulasi darah


Omega memang sesuai sangat untuk para suami,lelaki2 diluar sana yang cepat letih dan kurang bertenaga,pendek kata fungsinya macam tongkat ali la senang..kita sebagai isteri mesti tak syok kan tengok husband balik kerja muka monyok ja..bercakap pun sepatah dua ja...emmm,tak boleh jadi la macam tu..kena buat sesuatu,sempena promosi OMEGA BELI 6 PERCUMA 1 ni jom beli bagi hadiah dekat suami...selalu dok hadiah jam,handphone,baju..kali ni kita bagi hadiah supplement pulak..husband sihat cergas isteri pun senyum meleret la =)

seru lagi sekali ni!!!
 
Isteri-isteri diluar sana jom kita pakat beli untuk suami tersayang dan ayah tersayang...lelaki ni susah nk ambil supplement..melainkan kita paksa ja..paksa untuk kebaikan tak pa.
Jom kita tengok sikit set kesihatan untuk lelaki 
set ni ada omega kan???nampak tak???
maknanya set ni ada diskaun la..HARGA RUNTUH YEAR END SALE!!
Ingat mall ja ka ada YES..shaklee pun ada YES tau =)














Monday, 2 December 2013

Omega Guard Shaklee


Assalamualaikum....
dh disember dh kan..setahun xterasa pun...azam pn banyak yang tak tercapai lagi

xpa la yg tu..nanti kita sembang lain hari..hari ni nk sembang pasai omega guard shaklee
bulan ni promo omega guard..BELI 6 PERCUMA 1..harga??? memang very special la kan..nama pun promo


first sekali nk cerita khasiat omega dulu.....

jom baca


> kecerdasan minda
> pencegahan strok
> melancarkan peredaran darah
> sumber terbaik gizi janin pada ibu hamil
> nutrisi kehamilan dan pasca kehamilan
> memelihara kecerahan penglihatan mata
> menurunkan kadar kolestrol dalam badan
> nutrisi baik untuk meningkatkan daya ingatan
> mencegah kanser
> bertindak sebagai anti hipertensi serta pembekuan darah
> pemeliharaan pembuluh darah serta kesihatan jantung


siapa pula yang perlukan omega???


> individu yang menghidap gout,kerana ia mengelakkan inflamasi pada sendi-sendi dan langkah berjaga supaya bengkak tidak membesar
> individu yang alah kepada seafood, resdung, eczema dan gegata
> pesakit jantung dan darah tinggi
 > mengalami sakit dan keradangan sendi
> penghidap kanser
> anda mengalami kebas-kebas tangan,kesejukan kaki dan tangan terutamanya wanita lewat 50-an
> ingin menurunkan berat badan,omega menggalakkan pembakaran lemak dan mengelakkan pembentukan lemak
> pesakit asma


jika anda tersenarai dlm kategori diatas,jom cuba omega..in syaa allah dengan izinNYa masalah anda akan berkurangan @ hilang terus..semua dengan izinNYA

nk order mai PM YATI 013-5954808
hrga terbaik untuk anda
beli satu pn harga best jugak tauu!!!
 

Tuesday, 19 November 2013

Solat Dhuha



Ruang waktu dan waktu afdal 

Sesuailah dengan namanya dhuha yang bermaksud pagi. Jadi ruang waktunya bermula kira-kira 20 minit selepas terbit matahari  atau disebut dalam kitab-kitab fikah sebagai tinggi matahari daripada pandangan jauh sekadar satu al-Rumh atau batang lembing yakni kira-kira dua meter. Waktu solat ini pula berakhir sebelum menjelang waktu Zuhur. Jadi, secara mudahnya dapat difahami bahawa batas waktu solat sunat Dhuha ini antara pukul 7 pagi hingga 1 petang.

Berkenaan waktu afdalnya pula iaitu ketika sinar matahari kian panas berdasarkan sepotong hadis Nabi s.a.w. yang dirakamkan oleh Zaid bin Arqam. Rasulullah s.a.w. menjelaskan: “Solat Dhuha ini afdalnya ketika matahari telah meninggi dan kian panas sinarnya.” Imam Nawawi menghuraikan masa tersebut sebagai masa berlalunya seperempat tempoh siang hari iaitu pukul 10 pagi hingga 1 petang (Kitab al-Majmu’ karangan Imam Nawawi).

Justeru, waktu sedemikian eloklah dilaksanakan solat tersebut, apatah lagi pada saat itu badan memerlukan ‘rehat sebentar’ setelah penat bekerja. Maka disarankan juga sekiranya masa tersebut diisi sekadar empat hingga lima minit dengan sujud menyembah Ilahi sama ada di rumah atau di tempat kerja dengan syarat tidak mengetepikan perkara-perkara atau urusan yang wajib dan utama daripada yang sunat.

Cara melaksanakannya 
Banyak bahan media cetak yang boleh dirujuk bagi mengetahui cara melakukan solat sunat Dhuha ini merangkumi bacaan-bacaan dalam solat hinggalah dalam sujud dan doa setelah selesai ibadat tersebut.
Cuma secara asas dan mudahnya berdasarkan hadis-hadis Nabi, solat sunat Dhuha ini dilakukan seperti solat-solat lain, cuma bacaan yang dianjurkan Baginda s.a.w. selepas al-Fatihah, menurut hadis yang disampaikan oleh Uqbah bin Amir, ialah surah al-Syams pada rakaat pertama dan al-Dhuha pada rakaat kedua. (Riwayat al-Hakim)
Namun begitu, perkara (bacaan dalam solat) ini adalah sesuatu yang subjektif dan tidak statik. Maka tidak perlulah hanya terikat dengan kaifiat tertentu dan bacaan tertentu. Apa yang penting, solat tersebut diniatkan dengan betul, syarat-syaratnya dipenuhi dan rukun-rukunnya disempurnakan sebaik-baiknya. Begitu jugalah dengan doa selepas solat tersebut.

Surah yang disarankan 



Doa yang disarankan
“Ya Allah bahawasanya waktu duha itu waktu duhamu, kecantikan itu ialah kecantikanmu , keindahan itu keindahanmu, kekuatan itu kekuatanmu ,kekuasaan itu kekuasaanmu dan perlindungan itu perlindunganmu “. ” Ya Allah jika rezekiku masih di atas langit , turunkanlah dan jika ada di dalam bumi, keluarkanlah, jika sukar mudahkanlah, jika haram sucikanlah. ,Jika masih jauh dekatkanlah. Berkat waktu duha, keagungan, keindahan, kekuatan dan kekuasaanmu, limpahkanlah kepada kami segala yang telah engkau limpahkan kepada hamba-hambamu yang soleh”









HUKUM SOLAT DHUHA

 
Pandangan para ulamak tentang hukum mengerjakan solat Dhuha adalah seperti berikut:
 
1.      Sunat secara mutlak dan dikerjakan setiap hari
2.      Sunat namun tidak didirikan setiap hari secara berterusan.
3.      Tidak disunatkan.
 
4.      Ianya disunatkan kerana faktor tertentu seperti bagi mereka yang tertinggal mengerjakan solat Qiyam al-Lail maka digantikan solat tersebut dengan mengerjakan solat pada waktu dhuha.
 
Pendapat yang paling tepat serta dipegang oleh jumhur ulamak adalah solat Dhuha termasuk amal sunat mu’akkadah dan dianjurkan untuk diamalkan secara rutin. Ini adalah kerana Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam selalu mengerjakannya, menganjurkan para sahabat untuk mengerjakannya malah baginda pernah mewasiatkan perlaksanaannya kepada beberapa sahabat. Daripada Abu Hurairah radhiallahu’ anh, dia berkata:
 
أَوْصَانِي خَلِيلِي صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بِثَلاَثٍ
 
صِيَامِ ثَلاَثَةِ أَيَّامٍ مِنْ كُلِّ شَهْرٍ وَرَكْعَتَيْ الضُّحَى وَأَنْ أُوتِرَ قَبْلَ أَنْ أَنَام.َ
 
Maksudnya:
Kekasihku shallallahu ‘alaihi wasallam telah mewasiatkan kepadaku tiga perkara yang tidak akan pernah aku tinggalkan sehingga akhir hayatku; berpuasa tiga hari setiap bulan (hijrah), mengerjakan dua rakaat solat Dhuha dan mengerjakan solat Witir sebelum tidur – Hadis riwayat Imam al-Bukhari dalam Shahihnya, Kitab al-Shaum, no: 1981.
 
Walaupun wasiat ini ditujukan kepada seorang sahabat tetapi anjuran tersebut merangkumi untuk seluruh umat Nabi Muhammad shallallahu ‘alaihi wasallam kecuali sekiranya terdapat lafaz yang menunjukkan ianya sememangnya khusus untuk sahabat tersebut. Ternyata lafaz tersebut berbentuk umum apatah lagi baginda juga pernah mewasiatkan perkara yang sama kepada Abu Darda’radhiallahu’ anh, dia berkata:
 
أَوْصَانِي حَبِيبِي صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بِثَلاَثٍ لَنْ أَدَعَهُنَّ مَا عِشْتُ
 
بِصِيَامِ ثَلاَثَةِ أَيَّامٍ مِنْ كُلِّ شَهْرٍ وَصَلاَةِ الضُّحَى وَبِأَنْ لاَ أَنَامَ حَتَّى أُوتِرَ.
 
Maksudnya:
Kekasihku shallallahu ‘alaihi wasallam pernah mewasiatkan kepadaku tiga perkara yang tidak akan pernah aku tinggalkan sehingga akhir hayatku; berpuasa tiga hari setiap bulan (hijrah), mengerjakan solat Dhuha dan tidak tidur sebelum  mengerjakan solat Witir. – Hadis riwayat Imam Muslim dalam Shahihnya, Kitab Sholaatul Musaafiriin wa Qashruhaa, no: 722.
 
 
v  KEUTAMAAN MENGERJAKAN SOLAT DHUHA
 
q  Ianya Amalan Berbentuk Sedekah
Bagi setiap anggota sendi serta ruas-ruas tulang perlu mengeluarkan sedekah bagi menunjukkan ketaatan kita kepada Allah Subhanahu wa Ta’ala. Justeru itu solat Dhuha adalah amalan yang dapat menunaikan tanggung jawab tersebut. Daripada Abu Dzarr radhiallahu’ anh, daripada Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam, baginda bersabda:
 
يُصْبِحُ عَلَى كُلِّ سُلاَمَى مِنْ أَحَدِكُمْ صَدَقَةٌ فَكُلُّ تَسْبِيحَةٍ صَدَقَةٌ وَكُلُّ تَحْمِيدَةٍ صَدَقَةٌ
 
وَكُلُّ تَهْلِيلَةٍ صَدَقَةٌ وَكُلُّ تَكْبِيرَةٍ صَدَقَةٌ وَأَمْرٌ بِالْمَعْرُوفِ صَدَقَةٌ وَنَهْيٌ عَنْ الْمُنْكَرِ صَدَقَةٌ
 
وَيُجْزِئُ مِنْ ذَلِكَ رَكْعَتَانِ يَرْكَعُهُمَا مِنْ الضُّحَى.
 
Maksudnya:
Bagi tiap-tiap ruas dari anggota tubuh salah seorang di antara kalian harus dikeluarkan sedekahnya setiap pagi hari. Setiap tasbih (Subhaanallah) adalah sedekah, setiap tahmid (Alhamdulillah) adalah sedekah, setiap tahlil (Laa Ilaaha Illallah) adalah sedekah, setiap takbir (Allahu Akbar) adalah sedekah, menyuruh untuk berbuat baik juga sedekah, dan mencegah kemungkaran juga sedekah. Dan semua itu boleh diganti dengan dua rakaat solat Dhuha. - Hadis riwayat Imam Muslim dalam Shahihnya, Kitab Sholaatul Musaafiriin wa Qashruha, no: 720.
 
q  Allah Memberi Rezeki Yang Cukup Sepanjang Siang Hari
Bagi mereka yang mengerjakan solat Dhuha Allah Subhanahu wa Ta’ala sentiasa mencukupkan segala keperluan seseorang sepanjang siang hari. Daripada Nu’aim bin Hammar, dia berkata: Saya pernah mendengar Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda Allah Azza Wa Jalla berfirman:
 
يَا ابْنَ آدَمَ لاَ تُعْجِزْنِي مِنْ أَرْبَعِ رَكَعَاتٍ فِي أَوَّلِ نَهَارِكَ أَكْفِكَ آخِرَهُ.
 
Maksudnya:
Wahai anak Adam, janganlah engkau sampai tertinggal untuk mengerjakan solat empat rakaat pada permulaan siang (waktu Dhuha), nescaya Aku akan memberi kecukupan kepadamu sampai akhir siang. - Hadis riwayat Imam Abu Dawud dalam Sunannya, Kitab al-Sholaah, no: 1097.
 
q  Mendapat Pahala Sebagaimana Mengerjakan Haji Dan Umrah
Bagi mereka yang mengerjakan solat Subuh secara berjemaah lalu tetap berada dalam masjid dengan berzikir kepada Allah dan mengerjakan solat Dhuha pada awal terbitnya matahari maka dia mendapat pahala seperti mengerjakan haji dan umrah. Daripada Anas radhiallahu’ anh, dia berkata: Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:
 
مَنْ صَلَّى الْغَدَاةَ فِي جَمَاعَةٍ ثُمَّ قَعَدَ يَذْكُرُ اللَّهَ حَتَّى تَطْلُعَ الشَّمْسُ
 
ثُمَّ صَلَّى رَكْعَتَيْنِ كَانَتْ لَهُ كَأَجْرِ حَجَّةٍ وَعُمْرَةٍ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
 
تَامَّةٍ تَامَّةٍ تَامَّةٍ.
 
Maksudnya:
Barangsiapa mengerjakan solat Subuh secara berjemaah lalu sesudah itu dia tetap duduk (di masjid) untuk berzikir kepada Allah sehingga matahari terbit (dan meninggi), kemudian solat (Dhuha) dua rakaat maka dia akan mendapat pahala sebagaimana pahala haji dan umrah. Dia berkata (Anas), Rasulullah bersabda: Yang sempurna, Yang Sempurna, Yang Sempurna. – Hadis riwayat Imam al-Tirmidzi dalam Sunannya, Kitab al-Jumu’ah, no: 535.
 
q  Ia Solat Bagi Orang Yang Bertaubat
Solat Dhuha adalah termasuk bagi solat untuk orang-orang yang bertaubat (Sholat Awwabin). Daripada Zaid bin Arqam bahawasanya Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam keluar menuju tempat Ahli Quba’ yang ketika itu mereka sedang mengerjakan solat Dhuha. Baginda lalu bersabda:
 
صَلاَةُ الأَوَّابِينَ حِينَ تَرْمَضُ الْفِصَالُ.
Maksudnya:
Solat Awwabin (orang-orang yang taubat) dilakukan pada saat teriknya matahari. - Hadis riwayat Imam Muslim dalam Shahihnya, Kitab Sholaatul Musaafiriin wa Qashruhaa, no: 748.
 
 
v  TATACARA PERLAKSANAAN SOLAT DHUHA
 
q  Waktu Mengerjakan Solat Dhuha
Waktu untuk mengerjakan solat Dhuha adalah sewaktu matahari mulai naik iaitu sebaik sahaja berakhirnya waktu yang diharamkan solat setelah solat Subuh (12 minit setelah matahari terbit atau untuk lebih berhati-hati laksanakannya setelah 15 minit) sehingga sebelum matahari condong atau tergelincir ketika tengahari (10 minit sebelum masuk waktu Zuhur atau untuk lebih berhati-hati laksanakannya sebelum 15 minit). Menurut Syaikh al-‘Utsaimin di dalam Asy-Syarhul Mumti’:
 
Jika demikian, waktu solat Dhuha dimulai setelah keluar dari waktu larangan solat pada awal siang hari (pagi hari) sampai adanya larangan saat tengah hari.
 
Namun demikian waktu yang afdal adalah pada saat matahari panas terik. Demikian adalah dalil-dalil tentang waktu mengerjakan solat Dhuha:
 
Daripada Anas radhiallahu’ anh, dia berkata: Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:
 
مَنْ صَلَّى الْغَدَاةَ فِي جَمَاعَةٍ ثُمَّ قَعَدَ يَذْكُرُ اللَّهَ حَتَّى تَطْلُعَ الشَّمْسُ
 
ثُمَّ صَلَّى رَكْعَتَيْنِ كَانَتْ لَهُ كَأَجْرِ حَجَّةٍ وَعُمْرَةٍ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
 
تَامَّةٍ تَامَّةٍ تَامَّةٍ.
 
Maksudnya:
Barangsiapa mengerjakan solat Subuh secara berjemaah lalu sesudah itu dia tetap duduk (di masjid) untuk berzikir kepada Allah sehingga matahari terbit (dan meninggi), kemudian solat (Dhuha) dua rakaat…– Hadis riwayat Imam al-Tirmidzi dalam Sunannya, Kitab al-Jumu’ah, no: 535.
 
Sabda Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam:
 
صَلاَةُ الأَوَّابِينَ حِينَ تَرْمَضُ الْفِصَالُ.
Maksudnya:
Solat Awwabin (orang-orang yang taubat) dilakukan pada saat teriknya matahari. - Hadis riwayat Imam Muslim dalam Shahihnya, Kitab Sholaatul Musaafiriin wa Qashruha, no: 748.
 
q  Jumlah Rakaat Solat Dhuha
Jumlah rakaat solat Dhuha paling minimal adalah dua rakaat dan ia boleh dikerjakan tanpa batasan jumlah rakaat yang tertentu. Sebelum ini penulis telah memaparkan hadis-hadis berkaitan solat Dhuha yang dilaksanakan dengan dua dan empat rakaat. Berikut adalah dalil yang menunjukkan ianya juga boleh dikerjakan dengan sebanyak enam, lapan dan dua belas rakaat.
 
Daripada Anas bin Malik radhiallahu’ anh bahawasanya Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam pernah mengerjakan solat Dhuha sebanyak enam rakaat – Hadis riwayat Imam al-Tirmidzi dalam kitab al-Syamaail, Bab Sholat al-Dhuha, no: 273.
 
أُمِّ هَانِئٍ فَإِنَّهَا قَالَتْ إِنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ دَخَلَ بَيْتَهَا يَوْمَ فَتْحِ مَكَّةَ
 
فَاغْتَسَلَ وَصَلَّى ثَمَانِيَ رَكَعَاتٍ.
 
Maksudnya:
Daripada Ummu Hani’, dia berkata: Pada masa pembebasan kota Makkah, dia bertemu Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam ketika baginda berada di atas tempat tertinggi di Makkah. Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam beranjak menuju tempat mandinya lalu Fathimah memasang tabir untuk baginda. Selanjutnya Fathimah mengambilkan kain dan menyelimutkannnya kepada baginda. Setelah itu baginda mengerjakan solat Dhuha sebanyak lapan rakaat – Hadis riwayat Imam al-Bukhari dalam Shahihnya, Kitab al-Tahajjud, no: 1176.
 
Di dalam Fathul Baari al-Hafidz Ibnu Hajar rahimahullah telah membawa sebuah riwayat seperti dibawah:
 
وَعِنْد اَلطَّبَرَانِيّ مِنْ حَدِيثِ أَبِي اَلدَّرْدَاءِ مَرْفُوعًا مَنْ صَلَّى اَلضُّحَى رَكْعَتَيْنِ لَمْ يُكْتَبْ مِنْ اَلْغَافِلِينَ ,
 
وَمَنْ صَلَّى أَرْبَعًا كُتِبَ مِنْ اَلتَّائِبِينَ , وَمَنْ صَلَّى سِتًّا كُفِيَ ذَلِكَ اَلْيَوْمَ ,
 
وَمَنْ صَلَّى ثَمَانِيًا كُتِبَ مِنْ اَلْعَابِدِينَ , وَمَنْ صَلَّى ثِنْتَيْ عَشْرَة بَنَى اَللَّهُ لَهُ بَيْتًا فِي اَلْجَنَّةِ
 
Maksudnya:
Dalam riwayat al-Thabarani daripada hadis Abu Darda’ secara marfu’ disebutkan: Barangsiapa solat Dhuha dua rakaat, maka tidak ditulis sebagai orang-orang lalai, barangsiapa solat Dhuha empat rakaat maka ditulis sebagai orang-orang yang bertaubat, barangsiapa solat Dhuha enam rakaat, maka dicukupkan untuknya pada hari itu, barangsiapa solat Dhuha lapan rakaat, maka ditulis dalam golongan ahli Ibadah, dan barangsiapa solat Dhuha dua belas rakaat maka dibangunkan untuknya rumah di syurga. – rujuk Fathul Baari, jilid 6, ms. 349 ketika al-Hafidz mensyarah hadis Shahih al-Bukhari no: 1176. Namun status hadis ini diperselisihkan olah para ulamak hadis. Musa bin Ya’qub al-Zami’i yang terdapat dalam sanad hadis ini telah didha’ifkan oleh Ibnu al-Madini namun dinilai tsiqah pula oleh Ibnu Ma’in dan Ibnu Hibban. Al-Hafidz sendiri berkata sanad hadis ini lemah namun diperkuatkan oleh hadis Abu Dzar yang diriwayatkan oleh al-Bazzar hanya sahaja sanadnya juga lemah dan apa yang lebih tepat hadis ini dha’if. Wallahu’alam.
 
Berkaitan dengan dalil yang menunjukkan jumlah rakaat solat Dhuha ini tidak ada batasan yang tertentu adalah:
 
مُعَاذَةُ أَنَّهَا سَأَلَتْ عَائِشَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهَا:
 
كَمْ كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يُصَلِّي صَلاَةَ الضُّحَى؟
 
قَالَتْ: أَرْبَعَ رَكَعَاتٍ وَيَزِيدُ مَا شَاءَ.
 
Maksudnya:
Daripada Mu’adzah, dia berkata: Aku bertanya kepada ‘Aisyah: Berapa rakaat Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam mengerjakan solat Dhuha?
Dia menjawab: Sebanyak empat rakaat lalu baginda menambahnya lagi menurut yang dia kehendaki. - Hadis riwayat Imam Muslim dalam Shahihnya, Kitab Sholaatil Musaafiriin wa Qashruhaa, no: 719.
 
Ringkasan Tatacara Mengerjakan Solat Dhuha

 

Rakaat Pertama

1)      Berniat di dalam hati untuk mengerjakan solat Dhuha
2)      Takbiratul Ihram
3)      Doa Iftitah
4)      Membaca surah al-Fatihah
5)      Membaca Surah al-Qur’an
6)      Rukuk
7)      Iktidal
8)      Sujud
9)      Duduk antara dua sujud
10)    Sujud kali kedua
11)    Bangun untuk rakaat kedua
 
Rakaat Kedua
1)      Ulang seperti rakaat pada pertama dari nombor (4) hingga (10)
2)      Duduk untuk tahiyyat akhir
3)      Memberi salam ke kanan dan ke kiri