Jom la klik

!-- nuffnang -->

Ada ApaYang Awesome

Thursday, 4 December 2014

Spageti Orang Kampung

Assalamualaikum semua

Rindu sungguh kat blog ni,sapu-sapu habuk sikit.
Insya allah lepas ni akan konsisten update ya.

Jom kita selesaikan entri tertunggak dulu..apa lagi entri resepi la. gambar pun tak cantik sebab telefon cap ayam ja. Foof presentation lagi la out, kalau masuk masterchef ni memang sebelah mata pun chef tak pandang.

Tak apa la kan, janji kenyang perut suka hati. kesayangan semua pun makan berseleranya. Jom lah tengok cara pembuatan spageti orang kampung ni



Bahan-bahan

> sepeket spageti (jenama apa pun tak kesah)
> tomato puree (kalaun rajin kisar ja fresh tomato)
> sos spageti (jenama ikut tekak masing-masing)
> daging / ayam cincang
> cendawan butang (fresh @ dalam tin )
> lada hitam
> mix herb (beli jenama tesco ja)
> gula dan garam secukupnya
> 2 ulas bawang putih cincang
> selabu bawang besar cincang

Cara membuat

> rebus spageti,toskan dan gaul sedikit minyak ( minyak apa pun tak apa,asalkan minyak yang boleh dimakan ya), ketepikan
> panaskan sedikit minyak, tumis bawang besar hingga layu baru masukkan bawang putih
> bila semua dah layu dah naik bau, msukkan tomato puree, sos spageti, cendawan butang, daging, lada hitam,mix herb
> perasakan secukup rasa dan masukkan lada hitam ikut tahap pedas masing-masing ya

dah siap, senag saja. kalau ada yang cakap tak tahu tu memang nak kena sangat la kan. Sealamat mencuba!!!

posted from Bloggeroid